Friday, March 31, 2006

Seddeynye, tak dapek join Scrabble competition. Bukan sebab tak hadir. Dah hadir, siap half day lagi dan berkejar ke Unitar nak join in tapi malangnya pihak penganjur tersalah bagi information. patutnya aku kene hadir preliminary round last week. Lecturer pun mintak mahap sebab bagi salah info.

Kadang-kadang walau teliti mana pun preparation kita. Check schedule berkali2, berhubung dengan person in-charge to clarify some matters, confirmed schedule, plan journey, plan time.....tapi kalau dah takde jodoh, takde rezeki, memang takkan ada. That's why I always have second reasons for everything I do. For example, semalam besides Scrabble, aku arrange dengan faculty executive untuk amik surat praktikal. At least tak terasa sangat kerugian gi sana.

Nampak gayanya, main Scrabble kat laptop ajelah......:(

Friday, March 24, 2006

Scrabble

Unitar will be organizing Unitar English Week 2006 starting on 27th March 2006. One of the acitivity is Scrabble Competition. I believe this is the first time such competition is held in Unitar. Gosh, I just loved play Scrabble. I used to play it with my mom and dad when I was still in school. Can't beat my father coz he is damn good in English. But we enjoyed the game very much.

When I saw the ads about the competition, I registered myself. I will be competing next Thursday in Unitar. To prepare myself for the competition, I bought the PC version of Scrabble to practice.

I think I have started to get addicted to this game, now.

I wish I could play it regularly with human instead of competing it with computers only. I looked into Google for any Scrabble club in Malaysia but failed. The only one that I could found is Malaysia Scrabble Club website which is no longer active. If you know any Scrabble club in KL, please let me know.

Not many youngsters nowdays know Scrabble, Sahibba, Monopoly, Saidina and other board games. I guess that board games era has gone, replaced with video games, computer games and handheld games.

I'll post some pics from the competition and hope that I will win something..hehe...

Wednesday, March 22, 2006

Apa itu Islam Hadhari?

Semenjak dilancarkan kempen Islam Hadhari, aku masih tak paham2 apa bezanya dengan Islam yang ada sekarang? ke Islam Hadhari ni adalah rebranding bagi Islam yang telah wujud beribu2 tahun ini? Dan lagi bertambah keliru apabila menonton nyanyian mengenai Islam Hadhari di tv semalam...aku konpius....cuba korang explain sket apa Islam Hadhari ni?







Tuesday, March 14, 2006

Majlis Pertunangan Awin dan Radzi

Gambar-gambar majlis pertunangan Awin dan Radzi boleh didapati di sherrina's fotopages.

SMS dan Integriti Bahasa.

Ahad lepas Mingguan Malaysia menyiarkan satu rencana bertajuk Integriti bahasa, membina integriti bangsa menceritakan apakah kaitan diantara kepentingan bahasa dengan pembinaan bangsa. Semalam pula member sherrina menerima sms seperti ini:
Termenung gak barang seminit dua mentafsir apa mesej yang cuba disampaikan oleh penghantar sms ni......

Friday, March 10, 2006

Aku tak pernah tengok citer Sutun. Masa citer tu gah ditayangkan kat TV, aku miss. Org kata best sangat. Aku pun tatau le apa kisahnya sebenar, tapi melihat pada gambar ni...aku rasa ni citer pasal budak lelaki yg lembut.


Citer Sutun turut dicalonkan dalam Anugerah Seri Angkasa. Ada ke dijual vcd citer nih, teringin aku nak nengok apa mesej disebalik citer nih.

p/s: aiseh....payung pink, beg pun pink. Aku pun x penah ada payung pink dan beg pink. Nasib baik dia tak pakai beg Barbie atau Power Puff Girls....phew.....

Friday, March 03, 2006


Akhbar The Star semalam memaparkan kemalangan yang melibatkan lori yang membawa sotong untuk dieksport. Pemandu lori tersebut mati dan orang ramai berpesta mengutip sotong-sotong yang bertaburan diatas jalanraya. Ini barangkali adalah kesan sampingan akibat peningkatan harga minyak mendorong orang ramai mengutip sotong2 percuma ini yang selepas ini confirm harganya mencanak naik di pasaran kerana pembekal2 sotong terpaksa menaikkan harga.

Jangan terkejut jika selepas ini anda melihat papan tanda ini di kawasan2 lebuhraya:

muehehehe.....

Fuel Penuh,
Wallet Pun Kosong

aku dah nak tukar naik motor, Pak Lah and the geng bila lagi nak tukar naik Kancil? Kata suh berjimat cermat. Walk the talk, lah!

p/s: petang ni ada demonstrasi membantah kenaikan harga minyak kat KLCC. Info lanjut, klik http://www.malaysiakini.com/news/47738.

Wednesday, March 01, 2006

Minyak naik rega. Semua orang naik minyak. Berbakul-bakul seranah untuk Pak Lah. Kedai mamak lengang, slalu order teh tarik sekarang order air suam. Mamat2 opis atas yg slalu mkn kat kedai smlm aku nampak borong roti kat 7-eleven. Mamak NZ smalam sembang2 ngan aku bagitau tong gas naik beberapa ringgit, susu pekat slalu sekotak besar RM99 naik sampai RM 108. Serbuk kari Baba's sepeket slalu RM22 naik RM28 (rega maybe lari sket, x ingat). Abis tu, nak wat camno. Pak Lah kata minyak dunia naik rega, Malaysia pun kene naikkan juga. Tapi bila rega minyak dunia turun, tak turun plak rega. Pandai depa meniaga. Teringat dulu kat Australia, mcm2 stesen minyak dgn mcm2 rega. Dr yg murah harga sen2 seliter sampai yg rega dollar2 seliter.

Aku ngan family aku pun pikir2, camnie le kot. Kene le ikat perut, kurangkan belanja:

1. makan di rumah. kalau keluar makan, bawak air kosong sendiri. jimat duit tang air

2. sarapan di umah atau bancuh kopi segera di ofis. takyah pi kedai mamak lagi dah (pagi ni tgk kedai mamak lengang)

3. makan tengahari budget RM3 aje. Klau bleh bawa bekal atau mkn breakfast lambat biar kenyang smpi ptg.
4. kete simpan kat umah, pakai motor (tgh usha skolah memandu nak amik lesen B2)
5. mana2 jemputan kenduri yg jauh2, hantar kad ucapan tahniah ajelah.
6. tv satelit tak jadi nak apply. tgk je tv yg ada. tido awal. jimat elektrik. takyah pakai aircond dlm umah
7. rancang perjalanan supaya boleh selesaikan pelbagai perkara utk sekali perjalanan kenderaan. Byr bil secara online.
8. hiburan2 lain lupakan. tgk wayang, gi Genting, lepak2 kat KLCC, Mid Valley, cuti2 Malaysia (kesian hotel2)
9. sapa ada join kelab golf itu ini, health club...kensel membership. jogging depan umah aje. free (bila le MPAJ nak clearkan sisa2 setinggan dpn umah aku ni)

10. batalkan langganan suratkhabar. baca online/amik The Sun free kat 7-Eleven

11. maid yg dtg cuci umah dihadkan 2 kali sebulan instead of tiap2 minggu.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin