Saturday, February 23, 2008

Meeting Jubli Perak

Hari ni separuh hari habis di restoran NZ untuk meeting sempena Jubli Perak. Ramai juga yang turun kali ni untuk mengambil bahagian dan memberi pendapat. Thanks to all yang hadir, hopefully sokongan semua membolehkan acara ini menjadi kenangan terindah untuk semua Terendakian :)


Is, Shimi, Shuk, Oshie, Kak Julie, Dr Adi dll


Girls side...ujung tu Abijan, Jonet dan Peeja


Dari meeting duduk sampai dah berdiri hah


ShahidanNordin, abg RB, Taj, abg Affendy, abg Muhd Ali, Abijan dan abg Azmi (berdiri)


Tipu! Tipu! Tipu!


Kak Julie tersesat di barisan pembangkang...ehh..lelaki




Sesi TT oleh team pioneer (SPM 87)


Oshie, junior yang paling aktif



ini ciken chop yg melampau. udah le ada mushroom, ada pulak melt cheese...harus aku berazam untuk main badminton 4 round isnin ini....huhuhu...

Tuesday, February 19, 2008

Badminton

Dah lama tak bersukan especially main badminton. Dah 2 kali ni dapat le join geng2 MRSM Terendak yang main badminton secara regular di KLRC di Wangsa Maju setiap Isnin waktu malam. Smalam lah yg paling havoc sebab paling ramai turun. Pemain2 baru pun ada dan yg best ramai turun saja bagi sokongan. Sambil tu AJK Jubli Perak ada pula yg bermeeting time tu.


Wakil pasukan rumah Phoenix, aku dan Is.


Kalah teruk ngan team Mulan. Gara2 dua-dua org dah bertahun tak pegang reket badminton.


Ni baru betul aksi pakar bermain badminton


Sesi mesyuarat politik pulak. Mulan, kak Julie, gue dan Mantoi


Sesi meeting antara AJK berkenaan sambutan Jubli Perak di MRSM Terendak tahun ini


Kali ni dapat amik group photo.


Pemain paling jauh datang dari Kuantan. Kebetulan Dr Jamal ada tugas disini tu yg boleh join

Siapa sangka sebuah forum yang tercetus dari idea Dr Jamal boleh menhubungkan Terendakian dari batch pertama (SPM87) sehingga batch latest (SPM2007) sebegini akrab sampai leh join sama2 main badminton dan lepak di kedai mamak. Go Go Terendakian :)

Tuesday, February 12, 2008

WANTED: Button Logo Kerajaan

Saya mencari mende ni. Dia cam klip logo kerajaan Malaysia. Dia ada tapi yang bleh kita tarik utk mudahkan kita swipe kad tanpa perlu menanggalkannya. Ia hanya diberi kepada kakitangan kerajaan. Saya dengan gatal tangannya telah menarik tali mende ni sampai rosak menyebabkan kawan saya marah bebeno sbb dia sayang sangat mende ni. Jadi saya berusahalah utk mencarinya.

Kalau anda atau kawan ke sedara ke yg ada dapat mende ni, tak pakai, ada extra di office, harap leh le kasi kat saya. Saya sanggup beli asalkan jumpa. Saya attach gambonya disini:


Bahagian depan. Ada tali dibawahnya yang bleh ditarik2 mcm yo-yo


Ni bahagian belakang, ada clip yg bleh disangkut di tali leher

Harap sapa yang ada info, menghubungi saya. Jasa anda sangat saya kenang

Saturday, February 09, 2008

Jejambat KLCC

Few weeks ago berkesempatan naik ke jejambat KLCC. Hawau kan, dok KL sejak lahir tapi tak penah naik jejambat KLCC ni. Orang kampung dah lama jejak kat sini. huhu...Yang menyertai rombongan kali ni ialah saya, kawan saya, Mantoi sekeluarga, Fairuz sekeluarga, Zaitie, Ida Merissa dan Dina serta keluarga. Oh ya, ni kira unofficial trip Terendakians lah atas usaha saudara Ruhan yang tolong amikkan tiket.


Pintu masuk

.
Tiket. Percuma tapi limited. Thanks to Ruhan sbb tolong amikkan tiket utk kitorang


Boleh lepak sini 10 minit je. Ketinggian 400 meter lebih...


Anak-anak Fairuz yg excited melihat pemandangan dari aras tinggi


Kawasan taman KLCC


Jalan Ampang


Pushing the optical zoom limit....fuhhh...

Sapa2 yg blom naik, gi lah melancong. Free je. Tapi kene amik tiket awal2. Tempat amik tiket kat area Philharmonik tu tapi kene turun bawah. Kat ngan Maybank bawah tanah (aku tak penah tau pun ada maybank situ). best woo....ada tayangan 3D, ada pameran dan yg best dapat naik lift pada kelajuan satu tingkat satu saat....fuhhhh



Friday, February 08, 2008

Makan dan Gaduh

Semalam punya buhsan tahap gaban, tatau nak gi mana. Nak shopping pun tatau nak beli apa. Duit ada tapi sayang lak nak belanja. Seharian terperok di rumah, malam keluar jugak lah. Gi bank jap masukkan duit (nasib baik RHB, kalau Maybank confirm mesin semua dah out huhu) pastu bikin U-Turn kat Jalan Genting Klang membelok ke Kenny Rogers. Dah lama x makan kat Kenny Rogers.

Semenjak restoran cina tumbuh pesat disebelah2 Kenny Rogers, parking sangatlah azab. Tapi nak dijadikan citer, rezeki baik lah. Ada satu lubang kosong dengan restoran KR. Parking cun2, keluar dan masuk restoran. As usual order mende samalah iaitu 1/4 ayam.

Abis makan dan bayar, keluar dari restoran. Alamak, ada kete block kete gua lah. Ini musti orang2 yang datang makan. Takpelah, 3 tahun keje kat Wangsa Maju dan masak dah ngan kete kene block. Penah kene sampai petang, kene cancel kelas sebab takleh nak keluar. Anyway, aku just masuk kete, start enjin, hon sikit2 dan pasang lampu. Dengan harapan tuan nye kete sedar. Kat 10 minit takde harapan lagi. Aku dah berlegar2 depan kete tu kot2 ada tinggal no phone. Biasalah, cam haram kan. Dah block kete orang, bukan tinggal no phone. Aku yg tak block kete org pun tinggalkan no phone atas dashboard.

Tengah lepak2 tunggu, tiba2 mamat MPV beso yang park kete aku datang. Dia pun kene block ngan kete Kenari. Dia hon2 pastu ada org datang alih kete Kenari. Still dia sangkut gak sebab Wira depan kete aku tu makan space dia sikit. Dia punya bengang, dia hon non stop selama berminit2. Aku pun dah naik bengang. Bising dowhh....aku yg dari awal kene block pun takde hon camtu. Lantaklah.

Tiba2 ada mamat cina keluar dari KR. Dia gi kete Wira dia nak alih kete. Tapi mamat MPV sebelah aku ni pun satu, main jiwa pulak. Orang tu dah nak alih kete, dia masih hon tak berenti. Sengal sungguh le. Saja nak menimbulkan sentimen pergaduhan. Mamat cina Wira tu dah elok2 nak masuk kete, keluar balik ketuk cermin mamat MPV ni. Gaduh mulut lah. Pastu aku tatau camne lah sekeluarga ayah, mak dan anak lelaki leh masuk dlm drama swasta ni. Tolong gaduhkan. Aku haram x paham lah kan. Dah puas 10 minit gaduh mulut, mamat Wira angkat tangan. At the same time, ada pakcik India keje tukang sapu datang meleraikan dorang. "aiyaa....gong xi fa cai tak boleh gaduh2", kata uncle itu. Mamat Wira tu blah, kete MPV blah baru aku blah.



Perut dah kenyang, jiwa dah tenang tapi kene tengok drama swasta pulak....haiyaaaa

Wednesday, February 06, 2008

Berjaya Times Square Hotel & Convention Center

2 minggu yang lepas, Sherrina berpeluang menginap di Berjaya Times Square Hotel. Berjaya Times Square Hotel adalah hotel berbintang 5 (agak diragui kesahihannya). Sherrina stay di superior room yang luas dan selesa.




Ruang tamu yang dipisahkan dari bilik tidur. Ada meja study dan bagusnya ada ironing board dan iron. Takyah leceh2 nak call housekeeping minta hantarkan.


TV dan Hi-Fi di ruang tamu, wooden sliding door memisahkannya dengan bilik tidur. Katil bersaiz king dengan bantal yang sangat empuk (tgh usha kat mana nak beli bantal yg hotel guna)


Bilik mandi pula diberikan dua pilihan samada tub atau shower room. Ada 3 jenis tuala disediakan iaitu tuala mandi, tuala muka dan tuala kecil.


Coffee corner disini amatlah kedekut (malu dgn hotel 3 bintang yg generous) dimana set kopi dan teh cukup2 untuk dua cawan aje.


TV yang disediakan juga agak mengecewakan. Hanya ada siaran tv biasa (itupun tv2, Ntv7 dan channel 9 takde suara, gambar je), Channel Four yang menyiarkan program2 yang membosankan, siaran Astro cuma ada 1,2 channel yang amat membosankan. Takde HBO ke AXN ke. Tang ni, BTS Hotel kalah dengan hotel 3 bintang yg mampu berikan mcm2 channel.



Pemandangan dari tingkat 21. Bangunan sebelah sana kalau tak silap ialah service apartment.


Swimming pool yang besar dan bersih sedalam 4 kaki sahaja.


Reception area yang bersaiz kecil dan terpaksa beratur panjang apabila ramai pelanggan hendak berurusan. Hotel yang berbintang-bintang ini hanya ada 2-3 orang petugas sahaja di kaunter. Pelik.

Aktiviti menarik takde apa sangat. Cuma agak seronok sebab hotel ini attach dengan shopping mall Berjaya Times Square. So bila boring boleh jalan2 di BTS untuk tengok wayang, main bowling, karaoke dan banyak lagi. Overall stay, biasa-biasa aje. Nampak sangat pekerja mereka melebihkan pelancong luar daripada orang tempatan. Ada banyak hotel 3,4 bintang lagi best dari yang mereka tawarkan disini.

Sunday, February 03, 2008

Konsert Sheila Majid

Pengakuan ikhlas. Aku tak penah gi konsert seumur hidup kecuali konsert kat skolah masa Hari Guru. Aku tak penah gi konsert nyanyi secara live samada berbayar mahupun percuma. Apabila cousin aku offer 2 tiket free ke konsert Sheila Majid di KL Convention Centre, aku melompat gembira. Bukan sbb aku peminat fanatik Sheila Majid, tapi sbb aku x penah tgk camne konsert tu sebenarnya. Cehhh....



Aku ajak member temankan gi konsert. Since ini konsert amal, aku plak tatau apa dress code. Mcm tengok teater di Istana Budaya ke? Ishh...mujur abg TT pun akan gi gak konsert ni tapi dia tiket 2hb, so aku YM dia tanya pasal dress code. Katanya jgn pakai jeans. Aku pun ye ye lah gosok suar slack kan. Sekali gi sana cehh, ramai je pakai jean....huhu...almaklumlah, org x penah gi konsert :p



Aku and member gi makan dulu di A&W. Lapo woo...dah lama x pekena float dan Mozza burger. terkocoh-kocoh gak makan sebab nak kejar masuk dewan kol 8.30 kan. Lepas makan, terus gi KL Convention Centre, wooo....ramainya orang. Ni semua orang yg beli tiket utk jualan amal. Lepak kat luar jap, terus masuk. Kitorang nye seat atas skali, seat rega RM200. Sementara tunggu konsert start, tengok gelagat orang. Macam-macam pesen manusia. Kol 9 baru dorg announcent yg Tun Mahathir dan isteri datang. Tetamu kehormat. Kol 9.15 kot Sheila Majid keluar ke stage dan mulakan persembahan.



Banyak lagu-lagu yang dinyanyikan. Ada juga lagu yang aku tak penah dengar tapi orang2 belakang aku nyanyi aje semua lagu, peminat fanatik le tu. Tak kira lah berapa lagu dia nyanyi tapi banyak juga lah. Lagu2 dia yang fofular mcm Antara Anyer dan Jakarta, Gerimis Semalam, Pengemis Muda dan banyak lagi.



She claimed that dia dah 6-7 tahun tak wat konsert tapi aku tgk persembahannya mcm hari-hari buat konsert. Elok aje, suara pun bagus. Macam dengar dari CD. Maknanya persembahan live beliau memang sangat hebatlah. Taklah mcm artis yang dalam CD best giler, bila live hancus. Almaklumlah orang lama, Ratu Jazz pula tu.



Sheila Majid juga pandai berceloteh, buat lawak2. Antara artis yang hadir mcm Chef Wan, Anuar Zain, Noryn dan Dayang Nurfaezah. Yang kelakar masa nyanyi lagu Lagenda, background tu paparkan gambar-gambar perdana menteri Malaysia dari pertama sampai terkini. Bila sampai gambar Tun Mahathir, semua hadirin bertepuk bersorak punya kuat (yelah, dia pun ada dlm tu tgk konsert kan), Sheila Majid pusing belakang tengok gambar Tun. Dia pun senyum nyanyi lagi.



Pastu keluar lak gambar Pak Lah, org tepuk biasa2....pastu kuar gambo Pak Lah lagi.....dan gambar Pak Lah lagi. Penonton senyap je, Sheila Majid pun pusing belakang dan tgk gambo Pak Lah...patut pun senyap. Haha...kelakar tol. Kene lak time tu lagu agak slow aje, mcm Pak Lah yang suka tido lah....hahaha...

Konsert habis kol 11.30, selepas dua-tiga kali orang ramai bersorak one more...one more...aiyaa..ini macam punya one more, tak habis sampai pagi...kehkehkeh. Sheila Majid pun layan 2-3 lagu lagi pastu bow dan babai. Kitorang keluar cepat-cepat.

Sampai umah kol 12.30, huhu.....ngam2 sampai sama ngan my parent baru balik dgr ceramah Pas. selamat tinger aku...hahaha




Layan video rakaman konsert yang dirakam oleh abang TT....bestttt

Saturday, February 02, 2008

My Book Garage Sales




Come and view my garage sales. Plenty of books, cheap price.
All profits will be donated to MRSM Terendak's 25th Celebration Fund.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin