Monday, September 29, 2003

KHAYALAN
( - V.E feat. Ruffedge - )

(Intro)
Percubaan mike 1, 2, 3 dan 4
Tiada apa ku dapat bersamamu hanya penat
Mereka bisa berkata apa
Kerna tidak merasa beban yang terpahat di dada
Sunguh menyiksa
Terpinga-pinga aku dalam dilema kamu, kamu, kamu
Terbang mengejar mimpi kamu, kamu, kamu
Ku sendiri lagi.. khayalan menjelma
Menghantui diri

(Verse 1)
Khayalan mejelma
Ketika fikiran
Melayang menjauh mengenangkanmu
Suaramu yang mesra
Mengalunkan lagu
Irama hatimu yang sepi

Aku dapat merasa engkau dalam derita
Tentang kasihmu tinggalkan pergi
Oooo... ooo...

(Verse 2)
Kumasih terdengar senandung dukamu
Yang engkau curahkan di malam itu
Wajahmu terbayang
Mengukir senyuman yang penuh dengan kepahitan

Aku sungguh simpati
Atas nasib dirimu
Tapi apakan dayaku ini


(Chorus)
Diriku sudah pun berpunya kekasih hati
Tak mungkin ku tukar ganti
Padamu yang datang dalam khayalan

Carilah pengganti agar kau gembira lagi
Usahlah kau mengganggu
Wajahmu muncul dalam khayalan

Khayalan

repeat chorus.
I'm Back!!!

yahoo....it's good to be able to online again after a week. Laptop kene format coz ada conflict masa guna wireless network card kat Unitar aritu.

Yesterday gi merayau seharian. Tengahari gi lunch kat Tropicana Golf club. ada kupon free. Then round2 sekitar perumahan situ. Humang aihh....umah sebijik2 mengalahkan istana. Lepas puas cuci mata sambil pilih mana umah yg berkenan (hehehe...cam real aje), terus ke Shah Alam, pick up Zura and gi Bukt Raja tgk Cinta Kolestrol. Oklah, not bad. 4 bintang le. Sapa nak tgk YUsry mengalirkan air mata, pi le tgk citer nie. Tapi takleh lawan le lakonan Erra masa Soal Hati. Lagi bestt....



Monday, September 22, 2003

Teambuilding at Genting Highland

dua hari yg menyeronokkan dan banyak pengalaman serta ilmu yg dapat dikutip. salah satu aktiviti yg takleh dilupakan ialah bila sherrina kene pilih sbg wakil kumpulan. semua wakil dibawa keluar dan kene isi borang. soalannya adalah spt berikut:

1. Your shoe size?
2. Your favourite colour?
3. Your favourite food?
4. Furthest place u have traveled so far?
5. Your favourite shopping place?
6. Your favourite car?
7. Your favourite Student in the centre?
8. Your least favourite (hated most) student?

errkkss....nie yg leceh. part2 personal questions nie yg susah. sebab kalau ahli jawab atau teka salah, takde markah. ada beberapa yg betul spt fav colour, fav car and least fav student. tapi yg kelakar time size kasut. rasanya wana patut ingat sebab last skali beli kasut ngan diorang kat Tesco. kasut sukan tu saiz 9 tapi diorang teka size 8. actually 8 tu betul jugak sebab tu size kasut kulit yg aku pakai pi opis hari2. hahahaha, aku sendiri pon lupa.

pastu tang fav makanan. aku tulih tomyam dan depa teka kuey tiow. tang nie aku rasa nak gelak guling2. aku, tuan punya diri pun sendiri lupa makanan feveret aku. memang le for the past 2 months aku dok bantai tomyam sebab tu dlm menu diet aku tapi memang all time fav kuey tiow. camne le aku bleh lupa :p

pastu furthest place tu depa dapat betoi. australia. mujur aku ada bukak citer pasal australia masa breakfast pagi tu. tapi tang fav shopping place tu aku rasa nak hempuk aje kepala sorang2. boleh tergaru2 kepala masa nak jawab. last2 masa habis and bila aku sebut carrefour, depa bantai gelak. kalau takat gelak aje takpelah, ini pi pecah rahsia teragung aku pada org ramai plak tu. Aku tak suka shopping!! caittt...abis cekgu2 lain semua dok pakat gelak kat aku. aku tulih carefour pun sebab tu le paling dekat ngan opis kitorang and slalu lepak situ. walaupun aku lebih kpd drebar bila depa nak shopping kat situ tapi sesekali aku beli gak. cuma aku takde spesifik feveret place. alih2 sampai abis program diorang tak abis2 usik aku tak suka shopping. dan bila terpikir2 balik, yelah. memang shopping bukan hobi aku kecuali time nak raya tu pon kalau ada duit. pelik ke kalau x suka shopping? maybe pelik kot sebab cekgu2 lelaki yg dah tua2 tu pon ada feveret shopping place. hukalohh......aku nie alien ke?????

Sunday, September 21, 2003

Recently I started to listen to this song which I heard in Light & Easy before I go to bed.

Where Do I Begin - Andy William


Where do i begin
To tell the story of how great a love can be
The sweet love story that is older than the sea
The simple truth about the love she brings to me
Where do i start

With her first hello
She gave new meaning to this empty world of mine
There'll never be another love, another time
She came into my life and made the living fine
She fills my heart

She fills my heart with very special things

With angels' songs , with wild imaginings
She fills my soul with so much love
That everywhere i go i'm never lonely
With you my love, who could be lonely
I reach for her hand-it's always there

How long does it last
Can love be measured by the hours in a day
I have no answers now but this much i can say
I know i'll need her till the stars all burn away
And she'll be there




p/s: arrgghhhh.....all my archieves has gone!!!! huwaaa.......:(
Apakah pandangan atau perception orang ramai terutama warga Malaysia kalau melihat ibubapa melayu yang speaking dengan anak-anak mereka di public?

Sebabnya.....kami selalu practice seperti ini walau dimana kami pergi walau dirumah, ada yang nampak macam takda apa saja & ada yang pandang serong macam tak suka atau macam kami ni berlagak saja pada pandangan dorang.

Apa pandangan warga cari?
Jukebox, Forum Cari.com.my


sherrina sendiri berpendapat bagus jika kita boleh didik anak2 dengan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa sejak kecil especially english supaya mereka tidak kekok apabila mereka besar nanti. walaubagaimanapun, ia bergantung kepada keadaan persekitaran.

sejak kecil memang ayah sherrina biasakan sherrina dengan buku samada bahasa inggeris mahupun bahasa melayu. I read a lot. bila sherrina masuk skolah rendah, sherrina diwajibkan membaca satu karangan BI sekurang2nya sekali satu minggu ketika di rumah, dan bila sherrina berumur 9 tahun sherrina mesti duduk depan ayah dan create a short spontaneous story in english. topiknya, apa saja. asalkan in english. sambil tu ayah sherrina akan tambah new vocabs dan betulkan grammar yg salah. Di sekolah, subjek english language was not a problem at all. dalam masa yg sama, sherrina minat membaca buku BM dan membuat karangan BM tidak menjadi masalah kerana apabila kita banyak membaca, kita akan mempunyai banyak idea.

Bila darjah 5, kami sekeluarga ke australia sebab ayah belajar disana. di sana le baru kami diuji samada kami benar2 boleh converse in english atau tidak. mulanya sherrina nakdimasukkan ke local school tapi takut takleh nak mix up dgn local students, ayah sherrina hantar sherrina ngan adik ke skolah antarabangsa. english rojak memang berleluasa tapi nasib baik foundation in english dah mula dibina sejak kecil, so masalah komunikasi dan pelajaran tu tak begitu teruk. sherrina juga menjadi pelajar terbaik disana sebab hasilkan satu research essay mengenai kucing dan sejarah kucing dalam bahasa inggeris dalam usia 11 tahun.

bila balik malaysia, sherrina terpaksa hadapi dgn situasi dimana kawan2 akan ejek kita tatau BM lagi sebab dah dok oversea. walhal semasa disana, mak sherrina sentiasa cakap dalam BM sebab taknak jadi macam anak2 malaysian yg dok disana sampai tak reti langsung cakap BM. lagipun sherrina hanya ada setahun lagi utk preparation for upsr. memula tension gak tapi lama2 org yg ejek tu akan cari kita balik ketika ada masalah homework subjek english. di skolah pun sherrina hanya communicate in english dengan guru BI.

semasa di skolah menengah, sherrina masuk ke sebuah girl school. disini komunikasi dalam BI takde masalah sebab kebanyakkan guru dan pelajar boleh dan digalakkan berkomunikasi dlm BI. cuma lepas form 3 sherrina masuk asrama penuh, time nie teruk sket sebab takde sapa yg sherrina boleh sembang dlm BI. yg ada cuma cikgu aje le. so, end up sherrina terpaksa cakap sorang2 dlm hati dan juga gunakan diary utk memastikan skill BI tu tak hilang.

skarang bila dah keje, sherrina memang converse almost 80% in english di pejabat. student disini pun kebanyakkan memang boleh bertutur dlm BI. tidak timbul soal berlagak bila melihat org lain berbahasa inggeris. cuma sherrina terkilan sebab ada ibu bapa yg terlalu taksub dgn english sampai tidak mengaku lagi menggunakan BM ketika berbual. dalam rumahnya, BM telah dimansuhkan. hasilnya, anak2nya tidaklah begitu pandai dalam BI (tataulah kenapa dia kata anak2 dia excellent in english communication) dan dlm masa yg sama BM pun hancus. rugi dua perkara. dan ini bukan satu perkara yg boleh diambil mudah sahaja atau boleh diabaikan. tentu kita taknak generasi akan datang terlalu mengagungkan bahasa asing sampai bahasa ibunda sendiripun dipijak-pijak.

kalau kita lihat senario hari ini, kebanyakkan pelajar bukan melayu menguasai BM dengan lebih baik (dalam peperiksaan) berbanding org melayu sendiri dan dlm masa yg sama BI juga merupakan kelebihan bagi mereka. org melayu masih ramai yg tertinggal dalam penguasaan BI baik di sekolah mahupun di universiti. Ini menunjukkan kalau kita bersungguh, kita mampu melakukannya. Persekitaran suasana juga memainkan peranan penting dan juga sokongan keluarga. Gunakannya mengikut keadaan dan tempat yg sesuai. dan jaga sesekali buang jauh2 bahasa ibunda kita.....sekadar pengalaman utk dikongsi bersama

Sunday, September 14, 2003

Genting Highland, here I come!!!
yehaaa....don't be surprised if you won't be seeing any of my posting in my blog or in any popular forums in the net for the next 2 days coz I will be attending a team building programme in Genting Highland. We will be staying in Awana Genting Highland. We'll be departing tomorrow morning at 7pm from Gombak and hopefully we will be arriving there before 9am. Wow...hope this could be the time to meet new people, learn new things and at the same time relax and enjoying myself. We really need a break after months of heavy workload. Opppss...gotta pack my stuff now..
This is my posting on unemployed graduates which I posted in cari.com.my's forum. I paste it here to share it with all of you.

sherrina nak kongsi sket le pengalaman sherrina. lepas abis prac, company tu offer sherrina ngan my bestfriend keje disitu tapi kitorang taknak. kalau ikutkan best sebab it's a semi-govt company so segala kemudahan kakitangan govt dapat, kita pun akan dpt. tapi in terms of working environment disana, sherrina tak brape suka. masa makan dan bual kosong lebih byk dr masa keje. 6 bulan disitu pun rasa cam dah beku otak sebab terikut2 cara org sana. tak ramai yg rajin nak blaja sesuatu yg baru dan takde skill survival disitu. semuanya disuap, vendor buatkan dll lagi. Kalau ikutkan duit dan selesa, memang le selesa. tapi kalau long term, tak best sebab end up jadi cam diorang. taknak le. tak berkembang.

so lepas prac sherrina cari keje. suratkabo dan jobstreet dah berpuluh kali sherrina cuba. lepas 3 minggu sherrina ngan member decide nak cuba door to door. malu memang malu tapi bukannya kita mencuri. so dgn membawa resume dan sijil2, kitorang ketuk le satu demi satu pintu sykt tanya keje kosong. susah memang susah. jalan kaki dalam keadaan panas pastu tgk muka2 org yg ingat kita nie jurujual. kekadang kene maki kene caci. sambil tu sabtu ahad sherrina keje kat recycle centre. asingkan sampah recycle. macam alam flora tapi suasanya elok sket. cuma keje dlm kawasan parking lot and customer yg dtg pandang kita cam sampah. rasa nak gantung aje frame diploma kat situ. tapi sabar. then blaja buat akaun. gaji tak byk, rm 5 satu jam tapi cukup le nak makan pakai.

dalam ketuk2 pintu tanya keje sampai le kat satu kompeni A. dia interview on the spot. then dia kata dia akan bagitau. lepas tu kami ke satu kompeni lain, B utk interview. dan ptg tu juga kompeni B call sherrina bagitau melalui phone yg sherrina diterima. soknya terus start keje. gaji? rm500. Alhamdulillah......takde pengalaman keje le katakan.sherrina keje ajar komputer kat satu skolah. sebulan lepas tu, kompeni A interview sherrina tu call nak offer keje. terpaksa sherrina tolak sbb dah terima tawaran lebih awal. sambil keje di skolah, sherrina still keje di recycle centre sabtu dan ahad. isnin-jumaat sebelah pagi pula keje menaip buku yg sedang ditulis oleh seorang bekas duta. upahnya, rm 5 satu jam. malam pula sherrina ajar tusyen di rumah sorang budak. dapat rm 30 satu minggu utk 3 jam mengajar.

dalam pertengahan tahun, kompeni A call semula mintak sherrina keje gak ngan diorang sebagai part time sebab dah tak cukup staff. Masa tu member2 sherrina kata sherrina gila keje. yalah, isnin-jumaat belah pagi keje menaip. tengahari sampai petang plak mengajar kat skolah under kompeni B. malam plak ajar tusyen kat umah org. jumaat malam gi ajar kat kompeni A. sabtu ngan ahad pagi pun ngajar kompeni A and sabtu-ahad, tengahari sampai petang keje kat recycle centre. memang workaholic abis.

awal 2002 sherrina stop semua keje sebab nak sambung degree. sherrina cuma maintain 2 keje aje iaitu mengajar di kompeni A dan ajar tusyen. sabtu ahad pi blaja kat kampus. la nie bila tgk balik resume, cantik le tang experience tu. macam2 experience ada. baru sherrina paham kenapa org tua2 dok pesan lepas blaja toksah pilih2 keje. amik aje apa yg ada. bila experience dah byk baru syok nak pilih keje sebab kompeni dok kejar kita. Insya' Allah kalau takde apa halangan tokey kompeni A dah usul supaya sherrina beli kompeni tu dgn harga yg berpatutan sebab selama nie sherrina pun keje kat situ cam kompeni sendiri. tokey tu pun dah ada bisnes lain yg dia perlu jaga. Harap2 tercapai le hasrat sherrina.

Thursday, September 11, 2003

Flash Mob?

Aktiviti yg pelik

Satu hari korang lepak di KLCC tetiba nampak sekumpulan org lepak depan TGV sambil menyanyikan lagu Negaraku selama 2,3 minit kemudian tetiba menghilangkan diri dan blah begitu aje? Pelik? Tapi inilah trend terbaru yg tengah melanda dunia. Dunia makin gila? mungkin. Takpun manusia yg dah tahap bosan sampai sanggup create such activity. Faedah? tatau le. Buang masa ada le tapi sometimes best juga buat sesuatu yg lain dr yg lain. Just to atrract other people's attention. Inilah yg dipanggil Flash Mob. Wanna know more about it? Ada beberapa plan tengah dirancang di Jikonlai. Kalau minat, bleh le join :D

p/s: Antara cadangan yg menarik ialah berkumpul di satu kedai mamak yg famous dan ramai2 minta air kosong kurang manis. Kehkehkeh....idea nie memang dah ada yg buat dan slalu membuatkan mamak tu konfius. Apa ler ko, danganum. Suka nak wat mamat Mapley tu fenin hahahahaha......

Tuesday, September 09, 2003

nak tau camne nak configure Streamyx bagi pengguna OS Windows XP? lawatlah web ini yg dihasilkan oleh saudara zam4ever dari Ittutor.net Lengkap dengan penerangan serta gambarajah :)
Cara konfigurasi Streamyx bagi Windows XP

Sunday, September 07, 2003

Marah dan Amarah
Apa itu marah (anger)?

KataCharles Spielberger, seorang pakar psikologi yg mengkaji mengenai anger berkata 'Marah adalah satu emosi yg mempunyai tahap diantara marah tahap rendah sehingga tahap tinggi dan ganas. Seperti perasaan dan emosi yg lain, ianya berkaitan dgn perubahan psikologi dan biologi iaitu bila anda marah, degupan jantung dan tekanan darah akan meningkat begitu juga dengan tahap hormon tenaga, adrenalin dan noradrenalin.


Marah boleh disebabkan oleh kejadian-kejadian luaran dan dalaman. Anda mungkin marah pada seseorang atau marah pada kejadian (kesesakan jalanraya) atau anda mungkin marah kerana risau mengenai masalah peribadi. Kenangan trauma atau kejadian2 yg pernah berlaku dimasa lalu juga boleh mencetuskan rasa marah.

Controlling Anger

Semalam adalah kali kedua aku menjadi begitu marah. Kali pertamanya adalah pada tahun 1999 ketika aku dan kawan2 mula berpindah ke rumah sewa. Kesnya kecil saja. Aku suruh mereka tunggukan kontraktor memasang grill dan bila aku sampai di rumah tiada siapa yg menunggu. Aku terpaksa tunggu sehingga mereka habis kerja. Dalam 10 org ahli rumah tu, memang aku marah pada semua sebab tak bertanggungjawab tetapi aku paling dan teramat marah pada bestfriend aku sebab dia adalah org yg aku paling percayai dan dia juga yg telah mengabaikannya. Itulah kali pertama aku berasa benar2 marah.

Dan semalam ia berulang lagi. Kali nie pula apabila aku mengetahui manager aku gi attend satu majlis tanpa memaklumkan pd aku yg dia bawa skali admin staff. Sehinggalah aku tahu bila telefon berbunyi lama tanpa sapa pun menyambutnya. Aku suruh sorang staff gi angkat dan rupanya org tu mencari admin staff. Dlm keadaan begitu, aku mula menjadi marah. Pertama, kerana aku tak tahu menahu yg dia dah meninggalkan opis. Kedua, kerana aku tak tahu kemana dia pergi dan ketiga kerana lampu dan aircond bilik terpasang tanpa penghuni. 3 sebab yg simple and yet it makes me angry. Org yg aku percaya dan pertanggungjawabkan melalaikan tugasnya. Mujur bukan big boss yg cari tapi ex-manager. Yg paling aku hangin ialah aku terpaksa bagitau yg staff tu keluar sekejap dan tanpa aku tahu rupanya ex-manager tu tgh lepakkat bawah opis menunggu staff tu balik sebab nak jumpa sgt. Terpaksa aku explain yg aku baru tau dia ikut manager.

Lepas lunch manager sms aku suh join diorang kat sana. Aku balas balik dgn suruh diorang balik opis sebab aku tgh hangin ngan diorang. Dia tanya kenapa dan aku x balas sms itu. Disebabkan perasaan marah mempengaruhi psikologi dan biologi, aku terpaksa mencari aktiviti utk mensibukkan diri. Habis technician room aku kemas. Segala mouse and keyboard semua aku simpan dlm satu tempat yg mana selama ini bersepah begitu aje. Segala kabel aku ikat elok2 dan simpan. Faulty hardware aku kumpul dlm satu kotak. Sehinggakan bidai tingkap opis lama yg terbiar berbulan2 dibawah meja aku ikat kemas2 dan simpan dlm pantry room.

Bila diorang balik aje dan mendengar suara manager aku tanya apa masalah, level kemarahan aku naik kembali. Aku tak sangka aku akan jadi begitu marah sehingga mengigil tangan2 aku ketika buat kerja. Dia tanya lagi dan aku hanya mampu kata 'korang pegilah lunch dulu. Kang aku citer'. Dia paksa2 lagi, dan aku insist suruh diorang gi makan. Aku bercakap pun dgn membelakangi dia sambil sibuk mengemas monitor2 lama. Aku tak sanggup nak cakap berdepan, takut sesuatu yg tak diingini berlaku. Lepas lunch, aku pass kelas yg sepatutnya aku ajar pada part time teacher dan aku tidur dalam bilik. Aku cuba nak tidur tapi tak boleh. Terkebil2 aku dengan jaket menyelubungi kepala. I wish I can just switch off my brain for a while. Utk rehatkan otak, aku cuba fikirkan benda2 yg menggembirakan.

Pukul 4.30 tetiba aku dengar anak manager aku menangis. Irfan, anak manager yg paling rapat dgn aku. Sampaikan menangis kalau tak dapat naik kete aku. Aku memula buat tak layan tapi bila dengarkan dia menangis tanpa henti2, aku bangun. Takut kalau sawannya datang lagi. Biasanya Irfan tak layan org lain ketika nangis tapi smalam dia terus nak dukung dan menangis terhinggut-hinggut diatas bahu aku. Aku pujuk dia dan tunjukkan gambar ayam Din Beramboi yg terpapar di cover majalah Ujang. Baru dia berenti menangis. Peliknya, secara tiba2 kemarahan aku pun reda. Aku dah boleh bergelak ketawa dgn Irfan dan kemudian aku join manager ngan admin staff lepak2 sambil aku bacakan koleksi jokes yg aku simpan dalam laptop. Seolah2 tiada apa yg berlaku hari ini.

Pukul 6, aku ngan admin staff tu pegi ke Titiwangsa utk jogging. Ketika dlm perjalanan le lepas warm up borak selama 15 minit baru dia tanya apsal ngan aku hari nie. Mula2 aku taknak citer. Sebabnya, entahlah. Tapi last2 aku citer gak. One thing kenapa aku suka citer ngan dia ialah sebab dia akan dengar segala luahan aku sblm memberikan pendapat. dia pun terkejut bila aku kata aku marah sampai menggigil. sebab dia tau aku kalau marah pon dlm opis, marah2 biasa aje. Memang luar biasa melihat aku hari ini. Aku pun sendiri naik heran. It was out of control. Dan aku agak gembira juga bila dia kata aku berjaya menahan marah yg amat sgt tanpa berlaku apa2 yg tak elok. Siap joking lagi bagus kalau aku marah slalu, tentu opis sentiasa kemas dan bersih. caittt!! Nasib baik aku tak pi ketuk opis sebelah tanya ada apa2 tak nak dikemas just to reduce my anger. hahahahaha......

Lepas maghrib kitorang ke Kg Baru utk dinner sampai kol 10. Bila aku sampai umah dan lepas mandi, baru aku rasa tenang sket dan seolah2 takde apa yg berlaku hari nie. Member aku tu nak citer ngan manager aku what actually happen tapi aku tak bagi pada mulanya. Aku taknak manager aku gelakkan aku. dia tu pantang ada modal nak kutuk aku. But then aku benarkan sebab aku nak gak tau apa reaksi manager aku. Muahahahahaha.......6 September 2003, tarikh yg aku takkan lupa. Agaknya bila lagi aku akan merasa tahap kemarahan spt itu? Harap2 tak berulang lagi le sebab ianya meletihkan dan tak membawa apa2 keuntungan pun.......what a life!!

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin