Trip To Medan: Day 2 - Istana Maimun, Sun Plaza dan Taman Buaya Asam Kumbang
Hari kedua, cuaca agak mendung. Disini kerap hujan, seperti juga di Malaysia. Selepas sarapan pagi, van telah menunggu untuk membawa kami, aunty dan cousin Apek seramai 3 orang bersiar-siar sekitar kota.
Kami menuju ke Istana Maimun yang juga dikenali sebagai Istana Deli yang terletak di Jalan B. Katamso. Ianya sebuah istana lama yang telah berusia lingkungan 100 tahun. Kami disambut oleh jurupandu yang menerangkan mengenai sejarah istana dan kesulatanan Deli. Rupanya Allahyarhammah Tengku Ampuan Rahimah adalah daripada istana ini. Salah seorang pakcik disitu yang turut menceritakan salahsila istana tersebut mengatakan beliau berasal dari Kelang, Selangor. Menurutnya, susur galur keturunan Deli ini berkait rapat dengan kerabat diraja dibeberapa buah negeri di Malaysia seperti dengan kerabat Selangor, Negeri Sembilan dan Perak.
Mendengar penerangan salahsila kesultanan Deli dengan penuh teliti
Bergambar kenangan dihadapan pelamin yang sering disewakan untuk majlis perkahwinan.
Penjual2 sudah bersedia untuk menyerbu kearah kami membuatkan kami teragak-agak untuk turun daripada istana.
Selepas melawat Istana Maimun, kami ke tengah kota untuk menikmati makan tengahari di Restoran Garuda. Uniknya disini, semua lauk akan dihidangkan dan kita hanya perlu pilih lauk mana yang hendak dimakan. Lauk yang tidak diusik tidak akan dikenakan bayaran. Tak bagusnya kalau semua lauknya nampak enak2 belaka, macam nak usik semua. Barangkali udang besar disini murah, kami makan udang besar sepuas-puasnya. Minuman yang dihidangkan adalah air kosong tetapi kita boleh order minuman tambahan. Apek order jus oren yang rasanya sedap sekali. Gunakan buah limau yg kulitnya warna hijau tu. Lana ngan Jaril order teh manis dingin (teh o ais). Puding nata de coco dihidangkan sebagai pencuci mulut.
Hujan di tengahari Jumaat turun agak lebat. Van menghantar kami ke Sun Plaza dimana Apek hendak buat manicure dan potong rambut. Kami yang lain berlegar2 disekitar plaza mencari CD yang harganya jauh lebih murah berbanding di KL. Sempat memborong beberapa CD filem2 Indonesia yang tiada di Malaysia lakonan Dian Sastro. Aku belikan CD Marcel yang adik aku kirim dan member2 memborong CD Peter Pan dan Radja yang menjadi kesukaan mereka ketika ini. Bukan cd pirate okay, semuanya original. Original disini lebih murah berbanding di Malaysia. Ketika berlegar2 didalam kedai muzik, terjumpa juga CD Siti Nurhaliza. Ternyata penduduk tempatan sangat mengenai Siti Nurhaliza. Jurujual kata Siti Nurhaliza pernah buat show di Sun Plaza.
Album Siti Nurhaliza di rak2 album. Tak nampak pula album artis2 Malaysia yang lain.
Bangunan lama yang kini menjadi Pejabat Pos.
Keretapi melintasi ditengah-tengah kota.
Selamat datang ke Taman Buaya Asam Kumbang, yang terletak dalam 1/2 jam perjalanan dari kota Medan. Terletak di Kecamatan Medan Selayang. Yuran masuk dikenakan sebanyak Rp4000 seorang. Menurut beberapa review di websites2, ramai mengatakan ia tidak berbaloi untuk dilawati. Tetapi bagi kitorang yang kemaruk nak tengok apa beza buaya Malaysia ngan buaya Indon, terhibur juga sebenarnya. Kalau kat Zoo Negara atau Taman Buaya di sini, pagarnya tinggi2 tapi di Taman Buaya Asam Kumbang ini, tembok pemisan buaya dan anda hanya setinggi paras bahu dewasa. Gerun juga melihat buaya2 yang bertimpa-timpa antara satu sama lain, panjang dan besar2. Spesis buaya apa, tak tau.
Keadaan persekitaran agak kotor dan daif. Kesian jugak melihat buaya2 ni hidup berhimpit-himpitan. Tidak jauh dari sangkar2 buaya tu ada satu tasik yang dikatakan menjadi kediaman 2000 ekor buaya. Kelihatan timbul disana-sini.
Buaya-buaya disini diberi makan ayam.
Berlegar2 sambil menjeling adik-adik manis yang dok berdiri ditepi tasik....
Menikmati makan malam yang baru sahaja disambar.
Bergambar kenangan di Taman Buaya.
Anak monyet memberikan pose istimewa.
Sebaik sahaja selesai melawat Taman Buaya, hujan turun lagi. Kami terus pulang ke rumah dan bersiap-sedia untuk satu lagi aktiviti keesokan harinya iaitu ke Danau Toba.
No comments:
Post a Comment