Tuesday, January 03, 2006


Day 6: Medan - Selamat Tinggal

Maaf, entry tertunggak. Laptop mengalami gangguan. Lambat pula menutup kisah perjalanan 6 hari di Medan. Well, here it goes.....

Hari terakhir, sejuk kerana hujan diawal pagi. Selepas sarapan, kami diberitahu flight adalah pada jam 3 petang. Pukul 10 pagi aku, Mas, Apek dan maknya sempat keluar ke bandar buat kali terakhir. Mas nak sangat merembat kain kebaya yang dia dok mimpi2kan sejak dia nampak aritu. Aku pun amik kesempatan utk mengambil gambar perkara2 yg tak sempat dirakamkan especially suasana2 dan ragam2 masyarakat kota Medan. Aku juga sempat membeli sehelai lagi kain telekung untuk mak aku.


Beca bermotor, kenderaan awam yang popular dan mudah didapati. Murah dan cepat. Sangat mengagumkan melihat penunggang2 motosikal di kota ini sangat patuh kepada peraturan pemakaian topi keledar. Dan memakai helmet ful face juga semacam satu trend, tidak tertakluk kepada motosikal berkuasa besar sahaja. Ini kerana denda akibat tidak memakai helmet adalah mahal, dalam Rp1 juta kalau x silap (bout RM350 gitu) . Bagi mereka, setiap rupiah yang diperolehi perlu digunakan dengan sebaiknya dan mereka patuh kepada peraturan untuk elakkan dari wang itu dijadikan wang denda. Kehidupan yang susah membuatkan mereka menghargai nyawa, wang dan mata pencarian mereka sendiri. Penunggang motosikal Malaysia patut malu dengan mereka....

signboard seperti ini ada dimerata tempat. Kadangkala amaran signboard di Medan kedengaran kasar bagi bahasa kita. Amaran ini untuk mereka yang suka mencelah dijalanraya.

Satu elemen yang menarik perhatian aku mengenai kota Medan ialah billboard atau papan iklan. Rasanya 90% papan iklan adalah dalam bahasa Indonesia (ternyata mereka sangat berbangga dengan bahasa ibunda berbanding kita) dan rata2 billboard sekalipun di lokasi yang paling strategik dikuasai oleh syarikat2 tempatan. Aku tak jumpa pun iklan rokok Dunhull (ada few iklan Malboro) dan juga produk2 import seperti yang bertebaran di KL. Ternyata mereka memberi keutamaan kepada produk tempatan untuk dipaparkan di billboard2 utama di kota.

Aku tak ingat apa namanya ini, papan bunga barangkali. Ia menjadi trend di kota Medan untuk menghadiahkan papan ini sebagai ucapan tahniah mahupun takziah. Di sekitar hotel2, dapat dilihat papan2 sebegini memenuhi ditepi jalan meraikan pasangan pengantin yang berkahwin disitu. Disebuah rumah pula kelihatan banyak papan2 ini mengucapkan takziah diatas pemergian ibu seorang penduduk rumah disitu. Dan gambar diatas adalah ucapan tahniah diatas pembukaan restoran baru. Papan bunga itu berharga antara Rp80,000 - Rp300,000 sebuah.

Selesai shopping buat kali terakhir, kami pulang ke rumah jam 12 untuk berkemas dan makan tengahari. Sebelum meninggalkan kediaman ini, sempat le mengambil foto untuk kenangan.

Geng, where's next? Passport kita valid for 5 years nih...

Tiba di Polinia airport untuk urusan check-in. Wheww...mujur berat bagasi tidak melebihi had yang ditetapkan.

Ole-ole terakhir sebelum berlepas ke KL. kek lapis dijual di kawasan menunggu didalam airport.

Semenjak banyak berlaku kejadian bombing di Indonesia, kawalan keselamatan telah diperketatkan. Semua kenderaan yang memasuk shopping centre akan di scan untuk mencari bom dan juga pemeriksaan sebegini di lapangan terbang. Masa tiba di KLIA, takde apa2 pemeriksaan pun. Ayah apek sempat joke mengenai teknologi tercanggih di airport ni ialah eskelator. hehehe......

Tak sabar2 nak balik KL. Memasing dah rindu nak jumpa bf le tuu....:p

Alhamdulillah....selamat sampai KL tanpa sebarang masalah.

Lucu juga masa nak lepas kat kastam KLIA. Mas dah cuak sebab barang dia banyak, takut le kastam check. Tetiba seorang uncle yang berkerusi rosa bypass mesin scan kastam. Yang si apek pakat ikut dia diikuti kitorang semua. Selamat satu beg pun kastam tak buka dan tanya. Ciss, kalau tau kita borong banyak2 yek......

The End.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin