Saturday, December 24, 2005

Day 4: Medan - Jalan-jalan sekitar kota

Hari Ahad. Persekitaran sunyi. Ayah apek dah keluar layan golf awal2 pagi. Lepas sarapan, kami bersiap2 menunggu seorang staff menjemput kami dan menghantar kami ke Medan Mall.

Pada hujung minggu, cuaca mendung dan suasana belum lagi sesak. Oh ya, disini persekolahannya ialah 6 hari seminggu, cuti hanya pada hari Ahad. So, hanya pada hari Ahad lah keluarga boleh bersiar-siar bersama keluarga.

Medan Mall sebuah mall yang kecil. Environmentnya macam Kotararaya di KL. Ada supermarket yang menjual barangan dengan harga yang lebih murah berbanding Carrefour di Sun Plaza. Kitorang amik kesempatan membeli snack untuk dimakan esok hari sepanjang perjalanan ke Berastagi. Takde shopping apa pun, lunch di McDonald di tingkat atas. Disini pengunjung bebas merokok didalam mall dan didalam MacD tanpa ada halangan. Jadi agak menyeksakan untuk menikmati hidangan didalam kepulan asap (brainless smokers sucks!). MacD disini turut menghidangkan nasi putih bersama ayam goreng. KFC disini pula ada hidangan spaghetti dan pegedel (gantian nugget agaknya).

Selepas lunch, berkesempatan menaiki beca bermotor dengan bayaran Rp10,000 untuk perjalanan yang cukup mencabar dari Medan Mall ke Sun Plaza. Kecekapan mereka mengemudi beca bermotor ni cukup mengagumkan. Boleh cilok sana sini, sempat pula berlumba-lumba antara satu sama lain. Kalau boleh short-cut celah2 parking lot bangunan, mereka akan lakukan. Sebanyak 5 buah beca mengangkut kami semua ke Sun Plaza.



Selepas berjalan-jalan di Sun Plaza yang meriah dengan dekorasi sempena perayaan Krismas, sekali lagi menaiki beca bermotor pulang ke rumah. Sakit juga punggung bila beca melanggar jalanraya yang berlubang. Di sini struktur jalanraya tak ubah seperti di kawasan Dato' Keramat. Tampalan sementara disana-sini dan banyak lagi lubang yang terbiar.


Bergambar kenangan ngan abang beca yang telah cuba sedaya upaya untuk menang dalam perlumbaan dari Sun Plaza ke rumah. Cess, tak aci korang ikut short cut celah2 restoran....

Petang, aktiviti bebas. Apalagi, terjun swimming pool.....malamnya selepas makan, acara Karaoke. Layan lagu Radja sampai lebam.....tido awal kerana esok nak berjalan jauh.

Sambungan: Day 5

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin