Trip To Medan: Day 3:-Danau Toba - Tomok
Setelah menyelusuri di sekitar Ambarita, kami menaiki feri menuju ke satu lagi perkampungan Batak yang diberi nama Tomok. Disini Tomok bermaksud gemuk. Dikatakan raja2 Batak sangat suka mencari isteri berbadan gemuk kerana bagi mereka ianya cantik dan seksi.
Tiba di kawasan dimana terletaknya makan Raja Sidabutar, raja suku Batak yang pertama tiba di kepulauan ini.
Raja Sidabutar dikatakan raja yang sangat disayangi dan dihormati oleh rakyat. Sebelum mati, beliau meminta supaya makamnya diukir mengikut wajahnya. Jadi kalau dilihat daripada struktur wajah makan ini, wah..ganteng bangat raja ini. Hidungnya mancung macam ada kacukan dengan mat saleh pula. Mayatnya telah disimenkan didalam makan ini.
Kurang pasti ukiran ini milik siapa, kalau tak silap cucu kepada Raja Sidabutar. Ada apa-apa yang aneh mengenai makam ini? Lihat dimana kedudukan tangannya? Ia menutup kemaluannya dan ini bersebab. Dikatakan pada ketika itu, apabila berlakunya peperangan, raja ini akan menunjukkan kemaluannya kepada askar-askar musuh dan mereka akan bertempiaran lari. Ini kerana melihat kemaluan raja adalah petanda buruk dan boleh ditimba musibah. Begitulah kepercayaan mereka. Pada ketika itu mereka berfahaman animisme, menyembah objek2 di alam sekitar.
Ini adalah makan seorang perempuan bernama Anting Malela Boru Sinaga yang dikhabarkan wanita tercantik di masa itu. Beliau telah ditunangkan dengan seorang Raja Ompu Ni Ujung Barita Sidabutar tetapi beliau tidak menyukainya, lalu Raja melakukan black magic keatasnya sehingga Anting menjadi gila dan akhirnya melarikan diri ke hutan dan tidak kembali lagi. Hanya ukiran ini sahaja sebagai kenangan. Jika lihat ada mangkuk diatas kepalanya, itu tanda beliau telah bertunang.
Pokok Hariara ditanam apabila raja disemadikan. Dikatakan ia adalah pokok sakti dimana siapa yang hendak mendapat jodoh dengan cepat hendaklah memeluk/mencium pokok ini. Aku rasa2 mcm ternampak aje Mas nak pi peluk pokok nih..muahahaha...sayangnya pokok ini musnah. Nampak ada 4 makam kecil didepan pokok itu? Ia adalah makan perajurit2 yg setia dengan raja. Mereka diabadikan disitu berdekatan dengan makan Raja Sidabutar.
Selepas melawat tempat2 bersejarah, apalagi..shopping lah. Banyak gerai2 yang menjual pelbagai cenderamata seperti t-shirt, beg dll. Awas, mereka ni suka menawarkan harga dalam ringgit malaysia. Pastikan anda minta harga rupiah kerana ia lebih murah dan tawar sehingga 50%, sure dapat. Satu frasa yang sering didengari dikawasan ini ialah Horas yang bermaksud Selamat Datang didalam bahasa Batak. Ketika masuk kekedai2 ini anda akan dengar perkataan seperti 'pecah telur' yang bermaksud anda adalah orang pertama yang singgah di kedai mereka pada hari itu, maka katanya harga yang diberi adalah harga 'pecah telur' iaitu sangat murah. Kami jokes dengan meminta harga telur goreng, iaitu harga paling murah. Jenuh juga nak tawar-menawar. Jika beli beramai2, lebih mudah mendapatkan diskaun. Mereka juga akan merayu2 supaya anda membeli dikedai mereka dengan mengatakan mereka belum ada jualan lagi dan tanpa wang mereka takkan dapat membeli makanan. Seeloknya anda beli dibeberapa kedai kerana ada sesetengah kedai mempunyai barang2 yang tiada dikedai lain.
Antara kraftangan yang dijual dikedai2 di perkampungan Batak
Tu dia borong sakan..
Dalam perjalanan pulang semula ke Parapat, bot menghadapi sedikit masalah kerana tiba2 enjin berhenti ditengah2 tasik. Gabra jugak tengok muka driver bot mcm pucat aje. Tapi Otto buat relaks aje sebab taknak kitorang panik. Tapi si Mas dah pucat2 le. Dah le masa nak balik tu dah nak petang, angin dah bertiup dan cuaca dah mula mendung. Tasik mula berombak kuat. Ada satu ketika ombak menghempas bot dengan kuat sehingga kerusi bergerak2 kesana kemari. Yang lain menjerit dan memaut tiang bot dengan kuat. Tak lama tu bot okay, terus jalan.
Dalam perjalanan, ada 4 orang budak2 Batak naik bot sama. Mereka membersihkan bot dan membuat persembahan sepanjang perjalanan. terhibur juga. Mereka menyanyikan lagu2 tradisional Batak dan lagu Indonesia. Yang belah kiri tu suaranya hebat juga, tak putus nafas. Yang di sebelah kanan buat backup muzik trett..tett...tetttt.....lepas menyanyi masing2 memberikan seribu-dua rupiah untuk setiap kanak-kanak. Menurut Otto, mereka ini anak2 miskin dimana di sebelah pagi mereka akan ke sekolah dan disebelah petang mereka bekerja. Menurutnya lagi, masyarakat Batak terkenal dengan kebolehan menyanyi sehinggakan juara Indonesia Idol baru2 ini adalah dari masyarakat Batak. Salute dengan budak2 ini yang kreatif mencari duit. Aku rasa budak yang lead vocal tu ada potensi untuk jadi artis terkenal.
Semasa feri tiba di jeti Parapat, beberapa anak2 tempatan menunjukkan aksi terjun dari bot. Dan kanak2 ini asik menjerit2 meminta sesuatu dalam bahasanya yang aku tak paham. Bila aku tanya pada Otto, katanya budak tu minta wang syiling. Ler...kang aku baling dalam tasik tu naya plak nak selam sampai ke dasar nak mencari duit tu...:p
Singgah makan di Restoran Istana yang menyediakan masakan Minang. Restoran ini terletak di Parapat.
Pemandangan Danau Toba dari tanah tinggi sebelum pulang ke kota Medan. Kelihatan sangkar2 ternakan ikan.
Perjalanan pulang mengambil masa 4 jam juga. Kota Medan sesak dengan kenderaan2 dan orang yang baru sahaja habis kerja disebelah petang. Jalan agak 'macet' iaitu traffic jam. Kami tiba di rumah jam 8 malam gitu dalam keadaan cuaca hujan renyai2.
Sambungan: Day 4
No comments:
Post a Comment