Trip To Medan: Day 1 - Pajak Ikan
Sudah aje sampai di umah, kami disambut oleh Aunty June, mak Apek yang tinggal disitu kerana mengikut suaminya bertugas di Medan. Rumah banglo 2 tingkat itu sangat luas dan selesa. Kitorang berlima tidur di bilik paling besar di tingkat atas.
Setelah selesai mandi dan mkan tengahari, Aunty June membawa kitorang ke kota Medan dengan menaiki sebuah van yang disewa khas. Lokasi pertama ialah sebuah pasar dipanggil Pajak Ikan. Disini adalah tempat utk shopping kain2, telekung dan juga cenderamata2 yg menarik. Kat setengah jam jugak le di gerai telekung yg aunty June kenal tokeynya. Sehelai telekung yang bagus dengan sulaman berwarna boleh ditawar sehingga ke Rp 100,000. Yang putih biasa dengan sulaman pula sekitar Rp70,000-Rp80,000.
Tawar-menawar harga sehingga kepala penjualnya pusing.
Tu dia rombongan Cik Kiah ke Kota Medan. Tu didepan skali mamat yang dok asik le suruh kitorang beli beg telekung. Lepas tawar2, member aku amik kat 10 beg. Balik KL boleh jual balik. One thing bila shopping di Pajak Ikan ni ialah, kita akan dikerumuni oleh penjual2 lain yg menjual cenderamata, beg, keychain dll. Mcm selebriti le pulak.
Selain dari telekung yg berkualiti tinggi dengan harga yang murah, kain pasang juga tak ketinggalan. Design cantik2 dan harganya murah2 juga. Borong sakan le.
Habis aje round kat Pajak Ikan (fuhh, hampir gaduh ngan penjual t-shirt Lake Toba sebab ada mamat lain kata gerai tu dia punye and nak bagi rega murah gile. Baru nak telek2, datang owner sebenar. Apalagi, kene seranah le ngan aunty sebab dia bising2 kitorang usik baju2 dia..ek elehhh.....) kitorang ke Pajak Petisah. Kat sini kira macam pasar basah le. Macam2 ada. Awin sempat le borong keropok, aunty beli pinggan seramik and ikan masin utk dimakan malam nanti.
Macam2 jenis makanan kering ada dijual disini.
satu perkara yang unik disini ialah, kepelbagaian makanan kering yang dimasinkan. Ikan kering aje ntah brape belas jenis, sampai ke jenis2 yg aku sendiri tak penah tengok. Bukan sahaja ikan, malah udang turut dikeringkan. Kat sini takat udang kering tu udang kecik2, disana udang yg sederhana besar pun dikeringkan juga. Rasanya udang kertas kot. Oh ye, even isi kerang juga turut dikeringkan....fuhh, banyak tak terkira.
Penjual rokok jalanan ini ada sahaja dimana-mana untuk memenuhi kehendak mereka2 yang hendak menghanguskan peparunya...
Penjual pecal menjunjung barang jualan sambil berteriak memanggil pelanggan.
Semasa dalam perjalanan pulang, aku duduk dihadapan sebelah driver dan mengambil peluang mengamati persekitaran bandar dengan lebih jelas. Sedang dalam kesesakan di lewat petang, kelihatan kanak-kanak menjual akhbar dicelah-celah kenderaan. Aku beli senaskah untuk kenangan, hanya Rp 1500 (65 sen). Kuberikan Rp2000 dan menyuruhnya menyimpan wang baki. Sedih melihat kemiskinan yang menghimpit anak2 kecil ini.
Bandar nya padat dan tertumpu dimana lokasi pasar2 dan bangunan2 tidak begitu jauh antara satu sama lain. Kenderaan awam yang banyak berkeliaran adalah beca basikal, beca bermotor, teksi dan van/bas. Keadaan jalanraya sibuk pada hampir setiap masa. Pemanduan kenderaan di bandar ini jauh lebih mencabar dari di KL. Masing2 tidak kalah untuk maju ke hadapan, memotong atau masuk ke lorong. Dahulu lampu isyarat hanyalah satu hiasan tetapi sekarang undang2 lebih ketat dan ramai mula patut kerana polisi (polis) berada di kawasan2 utama.
Jangan terkejut jika mendapati keadaan lebih bising disini kerana memandu disini tanpa hon adalah bagaikan memandu dengan brek tidak berfungsi. Hendak memotong, mereka hon. Bila lampu isyarat dah hijau pun, orang belakang akan hon. Hendak suruh kenderaan depan bergerak cepat pun hon. Jadi, hon kenderaan adalah satu keperluan penting. Kenderaan bukan sahaja perlu bersaing dengan kenderaan2 lain, bahkan juga dengan pejalan kaki yang berkeliaran melintas jalanraya bila2 masa mereka suka. Belum lagi ditambah dengan beca bermotor yang berlumba sesama sendiri untuk menghantar penumpang ke destinasi dengan pantas. Walaupun mereka disini memandu dengan laju, tetapi mereka cekap dan berhati2. So far sepanjang kat sana tak nampak/terjumpa dengan sebarang kemalangan jalanraya.
Sampai rumah pada lewat petang, mandi, makan malam dan menonton tv. Mujur ada Astro, dapat juga mengikuti perkembangan terkini di tanahair. Oh ya, disini waktunya satu jam lebih lewat daripada di Malaysia. Jadi, kami menonton Buletin Utama pada jam 7 malam. Jam 6 petang sudah mula gelap dan Maghrib juga awal, dalam pukul 6.45pm gitu.
Malamnya semua tidur awal kerana keletihan....
Sambungannya: Hari Kedua
No comments:
Post a Comment