Trip To Medan: Day 3:- Danau Toba - Ambarita
Bangun seawal jam 5 pagi untuk bersiap-siap ke Danau Toba. Van tiba menjemput kami pada jam 6 pagi. Selepas sarapan, semua naik ke van sambil menguap-nguap. Awal pagi, masih gelap dan sunyi. Kali ni aunty tak ikut, kami diiringi oleh seorang tourist guide bernama Otto. Pemuda berusia 29 tahun ini sangat mesra dan ceria. Banyak kisah2 menarik yang dikongsi bersama kami.
Perjalanan ke Danau Toba mengambil masa 4 jam. Jalannya berliku2, macam jalan ke Frasier Hill. Pening juga kepala dan rasa seperti nak muntah. Pemandangan hanya kelihatan kampung2 dan ladang2 kelapa sawit. Tidur dan bangun, tidur dan bangun...masih tak sampai2 lagi.
Danau Toba terletak dikawasan tanah tinggi. Disini banyak terdapat tanaman padi bukit. Kebanyakkan penduduk adalah suku Batak yang ramai menganut agama Kristian.
Tiba di Kota Parapat pada jam 10 pagi. Suasana pekannya sunyi, tidak begitu ramai pengunjung. Ketika itu hanya kami sahaja yang tiba untuk menaiki feri awam ke Pulau Samosir yang terletak ditengah-tengah Danau Toba. Perjalanan menaiki feri ke Pulau Samosir mengambil masa sekitar 30 minit. Cuaca bagus dan keadaan air tenang. Mas yang takut naik bot kelihatan tenang sahaja.
Aneh juga kerana pusat pelancongan yang terkenal seantero dunia ini sunyi dan sepi tanpa pengunjung. Menurut Otto, ini berlaku semenjak terjadinya pelbagai bencana di Indonesia selepas jatuhnya Suharto. Antaranya keganasan, tsunami, selsema burung dll....Danau Toba ini terbentuk akibat letusan gunung berapi berpuluh ribu tahun yang lalu. Pulau Samosir yang terletak di tengah2 danau ini bersaiz menyamai keluasan pulau Singapura.
Perkampungan Batak pertama yang kami singgah ialah dinamakan Ambarita.
Beginilah keadaan feri awam di Danau Toba. Kerusinya fleksibel, tidak dipaku ke lantai. Apabila ombak tasik memukul feri dengan kuat, kerusi akan bergerak kesana dan kemari. Jaket keselamatan? Apa tu?
Beginilah rupa rumah tradisi suku Batak. Macam ala2 umah Minangkabau.
Makan lama raja2 Batak
Kami dibawa masuk ke rumah lama suku Batak yang masih dikekalkan. Pintunya kecil, muat2 badan sahaja. Masuk sahaja kedalam terus akan jumpa dengan dapur yang dibina ditengah2 rumah. Disinilah aktiviti penyediaan makanan dilakukan.
Lubang yang ditebuk di lantai rumah inilah tempat penghuni rumah membuang isi perut mereka. Boleh bayangkan camno? Sengsara beb..letaknya tak sampai satu meter dari dapur masak.
Foto rumah tersebut dari arah depan.
Ini pula macam konsep penjara di zaman ini. Pesalah akan dibawa ke sini dan dipasung (kaki akan digari) dan pengawal akan mengawal dari atas rumah. Lihat tangga batunya, unik kan. Tempoh pasung bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan yang dilakukan. Hukuman dijatuhkan setelah raja menghakimi kes berkenaan.
Beginilah teknik pemasungan dilakukan
Disinilah proses penghakiman dilakukan. Dikatakan juga raja2 Batak mempunyai kuasa sakti dan sangat2 dihormati oleh rakyat jelata. Dibelakang ialah rumah pasungan.
Makam yang menyimpan mayat.
Otto menunjukkan kalendar Batak dan cara membacanya. Kalendar Batak juga menggunakan konsep 12 bulan.
Mendengar penerangan dengan khusyuk. Damn, aku patut bawak aku nye mp3 player or my handphone. Bleh buat voice recording sebab tak ingat each details dengan tepat.
Tongkat ini digunakan untuk memukul pesalah
Pisau akan dikelar dibadan pesalah. Jika darah tidak keluar, badan tidak luka atau darah putih yang keluar bermakna pesalah mengamalkan ilmu hitam. Raja akan memaksa pesalah meneutralkan ilmunya dan menjalani hukuman.
Satu lagi tempat dimana sistem kehakiman dijalankan. Disini juga hukuman akan dijatuhkan.
Aktiviti ekonomi disini agak terhad kepada pertanian dan penjualan cenderamata. Sedih juga melihat kehidupan mereka kerana bilangan pelancong ke kawasan ini sangat sedikit. Pada pagi itu, hanya kumpulan kami sahaja yang berlegar-legar disekitar Tomok. Kami tidak membeli-belah di Ambarita kerana hendak ke kampung lain iaituTomok dengan menaiki feri.
Sekitar kampung di kawasan Tomok.
Anak kecil baru pulang dari sekolah.
Sambungan: Danau Toba - Tomok
No comments:
Post a Comment