Trip To Medan: Day 5 - Berastagi
Satu lagi perjalanan jauh dianggarkan 3 jam gitu. Kami bertolak pada jam 10.30 pagi, hari ni lewat sikit. Selepas sarapan, sekali lagi Otto menjadi pemandu pelancong kami.
Disebabkan perjalanan ke Danau Toba yang lalu agak memabukkan, aku beli ubat anti mabuk dan mengambilnya 1/2 jam sebelum bertolak. Mak aihhh....ubat tidur rupanya. Baru 20 minit van bergerak, mata ni dah tak tertahan nak katup. Tidur, bangun, tidur, bangun sehingga tiba di pekan
Berastagi yang terletak di daerah Kabupaten Karo ni juga ramai penghuninya terdiri dari suku Batak. Cuaca pada hari ini sangat terang dan anginnya agak sejuk. Berastagi adalah satu kawasan tanah tinggi (mcm Cameron Highland) dimana menjadi pusat pertanian yang besar. Kebanyakkan sumber2 buah-buahan dan sayur-sayuran datangnya dari kawasan ini.
Kami tiba di kawasan ini pada waktu tengahari, kanak-kanak baru pulang dari sekolah. Jalan utama agak sesak dengan kenderaan mengambil dan menurunkan kanak-kanak ini.
Kasihan babi-babi ini yang ditimpa-timpa didalam lori dan diduduki oleh manusia pula. Nampak gaya ia bakal dijadikan hidangan diatas meja.
Singgah sebentar mengisi minyak. Sungguhpun harga diesel agak tinggi disini, ramai memilih menggunakan kenderaan diesel kerana struktur jalanraya yang kurang sesuai untuk kenderaan biasa. Tidak hairan jika 4WD dan jip banyak terdapat dikawasan ini.
Since pertanian adalah sumber ekonomi utama bagi penduduk disini, setiap inci tanah dipergunakan sebaiknya. Adalah satu kebiasaan laman rumah diubahsuai menjadi batas tanaman sayuran. Menggantikan hiasan bunga-bunga. Unik sekali.
Lokasi pertama, air terjun Sipiso-piso yang menjadi ikon pelancongan di kawasan Berastagi.
20 minit diperlukan untuk berjalan turun ke bawah air terjun ini.
Air terjun yang unik terbit dari celahan bongkah batu besar. Kalaulah ada masa, best gak gi mandi.
Pemandangan Danau Toba dari kawasan air terjun Sipiso-Piso. Biasanya traveller dari Medan akan ke sini dahulu dan bermalam baru menyambung perjalanan ke Danau Toba di Parapat. Kira macam one big circle, mengelilingi Danau Toba dari dua arah yang berbeza.
Singgah di Grand Mutiara Hotel & Resort untuk makan tengahari. Tak ramai guest di hotel kerana ketika ini belum lagi musim cuti sekolah. Cuti sekolah hanya bermula 2 hari sebelum Hari Krismas.
Makan nasi berlaukkan sup shark's fin, kari ayam, sayur dan ikan masak kicap.
Sebaik sahaja van tiba di Bukit Gundaling, beberapa pemuda menarik kuda-kuda mendekati kami. Upahnya Rp20,000 untuk sekali round. Melihat semuanya dah mula memanjat kuda masing2, ingatkan aku nak follow jalan kaki aje dari belakang. Tapi mereka suh gak merasa naik kuda. Aiseh, aku kesian kat kuda tu yang nak kene pikul aku. Aku pilih seekor kuda besar bernama Puteri. Jenuh gak nak memanjat nak letak kaki properly kat tepi badan kuda tu. But, it's a great experience. Kuda dibawa perlahan-lahan mengikut arahan tuannya. Wana and aunty naik kereta kuda sahaja kerana tak berani.
Kuda diatur sebaris untuk mengambil foto. Lucu juga bila apek asik menjerit-jerit mahu turun kerana takut. Mas pula kudanya ditepuk dan disuruh bergoyang Inul. Apalagi, meluncur laju lah si kuda sambil bergoyang Inul.....
Pemadangan kampung-kampung dipersekitaran dari aras atas Bukit Gundaling. Kedudukan rumah-rumahnya sangat rapat, bahaya juga jika berlaku kebakaran.
Gunung berapi Sibayak dan Gunung berapi Sinabung yang masih aktif dan bernafas. Sudah lama ia tidak meletus, kata Otto sudah ratusan tahun lamanya.
Kawasan tanaman sayur-sayuran dapat dilihat dengan jelas disepanjang perjalanan menuju ke pasar di Berastagi
Shopping lagi dan lagi dan lagi...
Sementara menunggu dorang shopping, pekena jagung bakar pun best jugak. Hanya Rp2000 setongkol.
Disini tak main le Astro dish sebesar kuali, disini semuanya parabola. Kadangkala, seolah-olah parabola ni melambangkan status seseorang. Lebih besar saiz parabolanya, lebih kaya orang itu (agaknya le sbb lebih besar lebih mahal). Dikawasan luar bandar, tanpa parabola bermakna tiada siaran televisyen. Di bandar pula, parabola membolehkan mereka menonton rancangan televisyen dari seluruh dunia...uuuuu bestnya....
melalui pekan ini semasa dalam perjalanan pulang ke kota Medan.
Pekan ini selain daripada terkenal dengan sektor pertanian, prostitution (pelacuran), ia terkenal juga dengan kepopularan masakan Babi Panggang yang istimewa. Disini mereka bukan sahaja memakan babi, malah juga anjing. Jika anda melihat papantanda dengan short form seperti B1, ia bermakna daging anjing dan B2 ialah shortform untuk daging babi.
Babi dimasak dengan pelbaga cara. Paling terkenal ialah dengan memanggangnya. Ia dapat dilihat tergantung-gantung dihadapan kedai makan. Selain itu, ia juga dimasak dinamakan Lomok-Lomok iaitu masakan babi muda dengan darahnya dan juga Saksang, masakan babi dicampur dengan darah.
Hujan turun lagi, menyebabkan jalanraya bertambah macat. Tiba dirumah jam 7 malam.
Sambungan: Day 6 - Selamat Tinggal Medan
1 comment:
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Post a Comment