Tuesday, January 25, 2005

Kebaya dan Anda


Sehari sebelum terjadinya kes blackout separuh semenanjung Malaysia baru2 nie, sherrina dan seorang kawan berada di KLCC untuk membeli buku di Kinokuniya. Sebelum ke Kinokuniya, kitorang lalu di Galeri Seni Petronas (Petronas Art Gallery) dan terpandang akan papan tanda mengenai pameran baru. Ianya berkenaan fesyen kebaya. Sesekali memang kitorang minat berkunjung ke situ lebih2 lagi bila ada pamera2 lukisan yg bagus. Sungguhpun ia belum dirasmikan (esoknya masa blackout baru ia dirasmikan), kami dibenarkan masuk. Kelihatan susunan patung2 dipakaikan dengan kebaya nyonya lama dan juga yang moden. Bagus-bagus corak kainnya. Seronok juga membaca artikel dan penerangan mengenai kebaya lama.

Selepas 30 minit, kami sudah selesai mengelilingi ruang pameran. Sherrina sempat mengusik kawan sherrina. "Kalau kau pakai kebaya yg moden2 tu pegi keje, tentu berduyun2 pelanggan datang ke pejabat kita".....

Jika dilihat rekabentuk kebaya moden dan jika melihat berduyun2 rakyat malaysia memakainya untuk menyahut seruan kempen, janganlah disalahkan perogol jika kes rogol meningkat kelak. Tetapi tidak juga boleh kita menyalahkan nyonya2 lama kerana pandai2 menghasilkan design pakaian sebegitu rupa kerana design kebaya dahulu sungguh jauh berbeza dengan yang sekarang.

Dulu:


Source: The Star

Sekarang:


Source: Berita Harian

Fuhh....cuaca yg panas bertambah bahang le jadinya..fuhh...fuhh..fuhh.....



Off Topic:

I use Google search engine to find the KLCC website and came across these image, welcoming me to the page. Seems like KLCC is not proud of our local people eh?

Suria KLCC

Monday, January 24, 2005

sorry lama tak update. Sepatutnya aku keje hari nie tapi aku demam panas sejak malam semalam beserta batuk, selsema dan sakit tekak. Pakej biasa. Dah lama aku tak demam. Tak silap last skali Jun tahun lepas. Sementara menunggu aku pulih untuk berkongsi pengalaman balik utara, sila lawat My Fotopages untuk melihat sebahagian gambar yg aku larat nak upload...

Friday, January 14, 2005

AYAM PUNYA CELITA

Setiap pagi, petang ataupun malam si ayam nie tak henti berkokok. macam pakai bateri energizer le plak. yg menyampahnya, berkokok tak tengok jam. Tengahari pon nak testing suara. Pagi nie sherrina bangun awal, tengah2 surf internet terdengar suaram ayam nie. punye le kuat. rupanya dia berkokok diatas bumbung tepi bilik sherrina. mujur digicam tepi katil, apalagi amik le gambo dia







Tuesday, January 11, 2005

BOOKS FOR SALE!

POwerBuilder 4.0 Developer Guide (SOLD)
Unix Administration for system V
Java Script
An Introduction to Database System
Operating System Concepts
The Linux A-Z
Database Processing
Advances PowerBuilder Techniques (SOLD)
Oracle A Beginner Guides

contact the seller: Sia Eng Hui (siaeh@hotmail.com)

Monday, January 10, 2005

Satu Petang di Tasik Titiwangsa

Setelah 2 bulan sherrina menggantung kasut jogging, hari ini sherrina menyarungnya semula. Ternyata apabila lama meninggalkan arena jogging, terasa sangat pancit sekali. Last2 kerana melayan semput, maka sherrina merakamkan gambar2 dibawah ini:


KLCC dari jauh


Siapa kata tasik titiwangsa hanya port utk org berdating? Ianya juga sesuai utk yg gemar bermeditasi mencari ketenangan diri.


Ini foto yg paling sherrina suka. Dengan latarbelakang air tasik, ianya sgt unik (bagi sherrina).


Ikan besar yg mati terdampar ditepi tebing. Bukan kerana tsunami. Sayang sekali ikan ini tidak sempat menjamah kail pemancing setiap kali diadakan pertandingan memancing di tasik ini. Jika tidak, barangkali ia bakal menjuarai kategori ikan paling besar dan berat.


Selamat Malam Kuala Lumpur...

Friday, January 07, 2005

I used to dislikes teaching job when I was in school. But when I started with this career, I changed my mind. I know I will not regret for doing something that I used to hate so much. And finally, the hardwork paid off when a mother told my colleague how his son likes me so much that when his mother ask him to quit from the computer class because of his tight schedule on other extra activities (english class, swimming and etc), he told his mom. "You can ask me to quit from other classes but not Futurekids because I like teacher Sharifah very much"

I'm on top of the world!!!!



berjalan-jalan di blog rakan-rakan yg lain, sherrina terjumpa catatan Pakdi mengenai anak2 yatim piatu acheh yg kini menjadi bahan dagangan. Eh, tak silap sherrina baru2 nie Presiden Indonesia kata tidak ada sebarang program utk menghantar anak2 ini ke negara luar, malah kerajaan Indo sendiri akan bertanggungjawab diatas kebajikan mereka. Harap2 kes seperti yang disebut oleh Pakdi tu hanya sekadar gossip sahaja kerana jika ianya benar2 berlaku, banyak masalah yg bleh timbul.

Di blog Jeff Ooi pula, isu yang selalu menarik minat sherrina utk bertandang di Screenshot... ialah isu kualiti perkhidmatan pelanggan di Malaysia. Isu yg tidak pernah surut, tidak pernah habis. Bak kata salah satu komen di topik tersebut, Malaysia adalah negara dunia ketiga yg mana rakyatnya menerima kualiti perkhidmatan taraf negara dunia keempat. Merempat dibumi sendiri?

Mat Jan pula mempunyai satu mesej pendek utk pasukan bolasepak Malaysia.

Semenjak suratkhabar dah naik harga, sherrina pun dah tak beli suratkhabar. Mujur ada suratkhabar online:
Utusan Malaysia
Berita Harian

Monday, January 03, 2005

Isu Tsunami masih hangat diperkatakan disana sini. Justeru, rakyat Malaysia yg berbilang kaum tak kira apa agama dan bangsa bangun dan menghulurkan sumbangan kepada yg memerlukan. Tetapi biasalah org Malaysia, dah maju cam mana pon masih ada segelintir yg dok buat perangai 'pherak' (kata org kedah, perangai cam org tak pi mengaji). Orang sedih pasal mangsa Tsunami, dia pon nak sedih sama. Orang derma pakaian, makanan dan barang2 keperluan, dia pon nak derma sama. Tapi, dia pi derma baju koyak, seluar berlubang, bra dan siap ada yg derma pingat2 lama. Sapa la yg perangai cam skolah tahap tadika nih? Budak tadika la nie pon dah cerdik2. Tak caya, hangpa pi la website Jeff Ooi yang popular tu. Sedih tgk perangai manusia2 camtu. Menjadikan tempat kutipan barangan derma bagaikan tempat pembuangan sampah. Bila la depa nie nak cerdik sikit?

Ayah sherrina baru balik dari Langkawi. Dia pi sana dengan makcik dan sepupu utk antar bekalan pakaian, makanan dan wang utk sedara yg umahnya turut menjadi mangsa tsunami. Cuma mujur umahnya tak roboh tapi peralatan abis musnah. Katanya di Langkawi keadaan tak seteruk di Kuala Muda. Di KM teruk sungguh.

Pastu depa singgah di Penang nengok tok kat sana. Kami ingat nak pi Penang nanti sebulan lagi. Dah ada kete baru yg mak nak pi amik sok nie, senang sket nak jalan jauh. Kete Iswara plak sherrina beli dr mak. tolak murah2 aja, alah anak sendiri takkan nak amik profit kut! muehehehe...sapa yg dok kutuk kete Honda lama aku tu, aku dah jual la. Sedih ooo...byk sentimental value tapi nak simpan pon tak guna. anyway, dalam kepala dok pikir mcm2 nak modify kete nie Iswara ni. nak taruk tinted, sejuk sket. tau tak kat mana buat tinted yg bagus? habaq mai kat sherrina.

malam tahun baru haritu korang kat mana?sherrina kat KLCC ngan member. saja pi lepas opis, pekena sizzling yg sedap dan lazat tu. Ingatkan tadak orang, rupanya punye le ramai umat kat taman KLCC. konsert dah batal, tatau le depa tunggu apa. Ada gak dengar rumors kata KLCC nak wat gak bunga api walaupon Pak Lah dah kata tak bagi. Agaknya depa takut stok bunga api masuk angin kut kalau nak simpan sampai Merdeka. Ada sesapa yg ada kat sana ke masa midnight? sherrina blah kol 10. kang jalan jem. ingat saja nak lalu Bukit Bintang tapi tgk jalan Yap Kwan Seng pon dah sendat, balik le. Lepak umah lagik best main The Sim.

Huh..Malaysia kalah 4-1 dgn Indonesia di tempat sendiri? biar betullllllll......

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin