Sunday, December 31, 2006

Buku



Cuti ni sempat menghabiskan buku tulisan Faisal Tehrani yg bertajuk Perempuan Politikus Melayu. Tak silap ini adalah antara karya terawal FT kerana buku2 barunya spt 1511, Advencer Si Peniup Ney dan lain2 olahan cerita dan kata2nya agak berbeza. Buku ini memang best, pasal ahli politik yang kotor dengan pelacur. Bacaan wajib bagi ahli politik (haha!) betapa kotornya dunia mereka yg memilih utk membina syurga dunia.

Buku terbaru beliau sudah di pasaran, Kekasih Sam Po Bo. Kene cari ni utk melengkapkan koleksi buku2 Faisal Tehrani :)

Monday, December 25, 2006

Tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

kita membesar dgn menonton G-Force,Transformers, Thundercats,Silver Hawk, Woody Woodpecker,Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs, Carebears, He-Man dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan...kan?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz.
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? Menda alah ape tu? poskad, pos surat tau ler.

CD? iPod? MP3 Player? ape tu? kaset tape penah laa dgr..Tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee ,Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang, Tora chocolate balls yang ada mainan kat dlm die,'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum,KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'.
bile dah abih exam, main Monopoly la,Donkey la, Happy Family laa dlm class.


tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two- three', 'Police & Sentry', main kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! Ataupun aiskrim Malaysia yg ada mcm2 perisa spt Milo, asam boi dll.

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.
hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the
Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer. Dan ada sistem DOS yang semuanya kene guna keyboard utk function. Game pun Prince Of Persia.

Diorg tak penah tau pun 'Atari', 'Micro Genius' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2
lame korg. Sure diorg suke punye laa...hehehe

Tuesday, December 19, 2006

CINTA

I went MBO Cinema in Ampang yesterday to catch up with the local movie called CINTA which I heard is one of the most amazing movie ever made in the new century. My friend and I headed to the Galaxy mall in the evening, bought 2 tickets and grab a quick dinner. The movie is good, the storyline is great and the best part is the shots. The way the camera moves, the background and the surrounding is absolutely amazing.

On the way back, we stopped by at a stall in the mall looking at a new technology of keeping plants using some kind of crystal jelly to hold the water. I bought one to see if it can last long in my room.



Thursday, December 14, 2006

Activemind English & Science Camp


Kem terakhir bagi tahun 2006. ActiveMindKids kembali dengan tema 'Transport Engineer' dengan lebih banyak aktiviti menarik, permainan menguji minda, semangat berkumpulan serta pertandingan-pertandingan yang hebat.

Tarikh: 20 Disember 2006
Hari: Rabu
Masa: 8.30 am - 4.30pm
Lokasi: Kompleks Sukan Sri Siantan, Selayang
Yuran: RM 50 seorang (diskaun 10% bagi adik-beradik yang turut serta)
Tema: Transport Engineer
Aktiviti menarik:
  • Ice Breaking
  • Spelling Bee, Role Play
  • Amazing Race
  • Design your own future transport
  • Air flight
  • Design a moving car
  • Vehicle Test competition
Setiap peserta akan menerima sijil serta cenderahati. Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang akan disediakan.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, boleh berhubung dengan saya di 013-3843484 (Sharifah Sharina/Sherrina) atau 013-2085 215 (Iskandar Aminuddin)

Daftar segera!

UPDATE: This camp will be postponed to 2007 because of not enough participant.

Tuesday, December 05, 2006

Perjumpaan pertama bersama Bicara Jutawan

Memang dah lama sherrina join geng Bicara Jutawan. Cuma tak pernah berkesempatan untuk hadir perjumpaan sehinggalah Sabtu lepas di Pusat Komuniti Bandar Tun Razak. Sherrina rasa terharu sangat kerana BJ telah menghadiahkan sebuah buku bertajuk Rich Woman ditulis oleh Kim Kiyosaki.


Terima kasih sangat-sangat. Satu-satunya hadiah yang diterima kerana telah berhenti kerja. Thanks juga kepada emie dan Fazrul diatas kad ucapan yang diberikan dan kepada semua ahli BJ yg hadir.

Kemudian, kami main game Cashflow. Fuh, masa ni lah teruji antara untung dan rugi, tamak dan takut. Cukup berilmiah, cukup bermanfaat. Harap2 lepas ni bleh main Cashflow lagi.


Dunia 9/10




Pelancaran blog baru sherrina:

Dunia 9/10

Sila masuk ke rumah kedua saya :)

Selamat Datang



Friday, December 01, 2006

Blue Ocean Strategy vs Red Ocean



Have you heard of Blue Ocean Strategy? Here's the excerpt of the book:

"Don’t Compete with Rivals—Make Them Irrelevant"

Companies have long engaged in head-to-head competition in search of sustained, profitable growth. They have fought for competitive advantage, battled over market share, and struggled for differentiation.

Yet in today’s overcrowded industries, competing head-on results in nothing but a bloody “red ocean” of rivals fighting over a shrinking profit pool. In a book that challenges everything you thought you knew about the requirements for strategic success, W. Chan Kim and Renée Mauborgne contend that while most companies compete within such red oceans, this strategy is increasingly unlikely to create profitable growth in the future.

Several examples that I posted in BicaraJutawan.com:

Contoh:

1. Perniagaan warung kopi
red ocean strategy: bukak warung di tepi jalan jual kopi satu gelas RM 1, untung 30sen - 50 sen.

blue ocean strategy: bukak cafe kopi di tempat2 tumpuan, taruk jenama mcm Starbuck/Coffee Bean, taruk wireless internet, air cond, kopi sedap2 letak rega RM10 segelas pun orang berpusu-pusu.

Ok. Mcm saya katakan tadi, konsep laut biru adalah untuk membolehkan kita sebagai usahawan lari drpd perniagaan laut merah. Laut merah ialah konsep yang banyak digunakan sekarang, merata-rata yg kita lihat disekeliling kita. Dalam erti kata lain, ordinary business method.

laut biru pula cuba membawa kita supaya buat business beyond ordinary. Lain dari lain, lebih dari lain. Mungkin nampak gila tapi akhirnya berjaya. Antara contoh2 yg saya ingat:

Contoh lain:

TV1, TV2, TV3 dan lain2 adalah stesen tv percuma. Seluruh rakyat Malaysia berpeluang menikmati stesen tv percuma. Dtg pula perniagaan drpd laut biru membawa fenomena 'nak tgk tv kene bayar'. Mula2 nampak pelik, yg lain free dia kene bayar tapi kini berapa ramai yg melanggannya? Kenapa mereka sanggup bayar sedangkan yg free ada? Sebab yg berbayar ada non-stop channel kartun, ada non-stop bola dan live telecast, ada non-stop filem2 dan mcm2 lagi yg non-stop yg tv percuma takleh nak offer. Anda tentu tau tv apa itu. Apakah tindakan pelik mereka mengenakan bayaran sedangkan percuma pun ada membuahkan hasil? Jawapannya ia dan menjadi trend pula sekarang cool

MAS ialah sebuah syarikat penerbangan. Tambangnya anda sedia maklum. Standard rega kapal terbang lah, ratus2. Tiba2 muncul sykt dr mana ntah offer tambang serendah RM10, RM4.99 dll...jauh lebih rendah drpd sykt penerbangan yg dah lama bertapak. Apa kata org ramai? Gila.....confirm lingkup tak lama lagi. Naik bas pun berbelas ringgit, kapal terbang RM4.99? Gila. Dan kini gila itu menjadi nyata, orang ramai bertukar kpd penerbangan mereka, mereka mampu membesarkan perniagaan dan membeli beberapa buah kapal terbang sendiri. Kini syarikat yg dari ntah mana ntah tu menggugat kedudukan sykt penerbangan kebanggaan negara yg selama ini gah dimata dunia.

Contoh2 diatas adalah yang saya petik daripada ceramah motivasi yg disampaikan oleh seorang speaker (sapa lupa lah namanya, nnt saya check jadual) yang cukup bagus dan dinamik. Ahad ni ada seminar sehari bersama beliau, akan saya share disini apa yg dapat saya pelajari drpd pengajaran beliau. Sementara itu, fikirkan apakah tektik blue ocean yg boleh anda cipta atau hasilkan :)

Wednesday, November 29, 2006

English & Science Camp

Date: 27th November 2006
Time: 8.30 am - 4.30pm
Venue: Dewan Sri Siantan, Selayang

The camp was very successful. Things went smooth from the minute it start till it end. Everyone had so much fun. The best part was not the activities alone but we were able to get all kids to get to know each other and have fun with each other even though many of them have never met before. Then the second best part is when seeing the face of the kids who came without smile and went home with a big grin on their face, saying goodbye to each other, hugging each other before climbing into their parent's vehicle.


The first 30 minutes of the program was the crucial time to warm them up and slowly make them trust us. The kids who refuse to talk or even smile and some of them can't stop putting the sour face mask (probably because they had to woke up early or being forced by the parent to join the camp) slowly relaxed and enjoyed the activities. We are glad that at the end of the program, everyone had a great time learning and playing. We have achieve the program's objectives.

I'll let the pictures tell the rest of the stories. I was exhausted, my legs ached because standing too long and pity Iskandar who had to drove all the way to Melaka right after the program because he has training programs on the following day (but surely you had so much fun too, eh). I went to bed with a big smile on my face and I believe the kids were feeling the same way too....


Thursday, November 23, 2006

Tick....Tock....Tick.....Tock.....


7 days to go....minus weekend and few days off for projects, only 2 days left. Just enough to pack my stuff and said goodbye to my students.

I met an old friend who used to stayed together with me and Zura when we were studying in UTMKL. Not much different, a bit chubby and mature (married look lahhh)....we had lengthy chat during lunch. Plan for a reunion of our house mate probably next year.

Went to MBO Ampang (my current favourite cinema) last Sunday to watch Casino Royale. Park right outside the cinema, free parking, walk to the counter just 5 minutes before the show and manage to grab good seat (third from last). I think that was the first time I watched Bond movie in cinema. I think the new Bond is quite good. The movie overall is very good, worth the time, effort and money.



Currently addicted to a cool digital puzzle game called Pastime Puzzle Deluxe. It was hard for a start but after a few puzzle, can't stop doing it.



Besides now cracking my head to complete the thesis, industrial training report and camps. Really prayed hard to get out of the uni before the UMNO take over it....it was published in the newspaper last Sunday. Duh....



Monday, November 20, 2006

Gath BBQ Raya Ex-MRSM Terendak 95/97

Event: Gath BBQ Raya Ex-MRSM Terendak 95/97
Date: 18 November 2006:
Time: 4.30pm - 10.30pm
Venue: Rumah Shima Afifi di Puchong Utama

Walaupun hujan selebat-lebatnya dan ramai yang sesat, sesat-sesesatnya....(sesat jalan daa..) namun tak mematahkan semangat untuk bersama-sama berkumpul di rumah Shima Afifi di Puchong Utama untuk program Gath BBQ Raya 2006.

Walaupun ketibaan bahan BBQ lambat drpd dijangka, ia tak mematahka semangat yg hadir untuk mengkelepet kesemua makanan sehingga ke titisan terakhir. Terima kasih kpd Ajil yang menyediakan makanan yg menjilat jari, kepada para2 lelaki yang bersungguh2 membakar ayam dan hot dog serta tuan umah, Shima dan Radzi yang tak jemu2 memberi petunjuk arah kpd yg sesat di pangkal jalan serta menyediakan tempat pertemuan kali ini. Harap2 jiran sebelah tak komplen ek sebab masing2 bising masa acara meeting berdiri di porch luar.



Semoga dapat jumpa lagi dengan ex-TDK yg lain yg tak dapat join kali ini

Untuk koleksi penuh foto gath, klik sini.

Friday, November 17, 2006

The ShawShank Redemption

Aku tak bleh nak recall bila exactly aku menonton filem lakonan pelakonan feveret aku, Morgan Freeman tu. Definitely selepas 1994 lah sebab filem itu release in 1994. Baru-baru ni aku teringat citer tu balik kerana scene dalam citer tu yang paling aku ingat ialah si Andy (lakonan Tim Robbins) mencungkil dinding prison tu sedikit demi sedikit pakai tukul kecil yg dia guna utk ukir buah catur. Berpandukan scene tersebut, aku bertanya kepada member2 Forum Cari dan ada yang memberitahu nama filem tersebut ialah The Shawshank Redemption.





The first thing yg aku buat ialah pergi ke Ezy Video dimana aku menyewa VCD selama ini. Terkejut bila diberitahu yg filem tu di banned di Malaysia. Uiksss....pelik. Habis, dimana pula aku menonton filem itu sebelum ini? Mujur ada rakan forum yang bermurah hati memberi link torrent untuk aku download DVD version filem ini yang mana ia mengambil masa seminggu untuk siap sepenuhnya.

Citer ni memang best sebab ia menceritakan bagaimana kehidupan didalam penjara Shawshank dan bagaimana kaitan antara hope dan fear dalam kehidupan kita. Dan lebih best kerana aku terjumpa audio book bagi filem ini.



Lepas ni bleh le layan audio book lak dalam kete sambil memandu. Best....

Thursday, November 16, 2006

Jokes Of The Day








Apa kaitan gambar-gambar ini? Tatau, baca ini

Mari kita lihat apa kata rakyat Malaysia mengenai hal ini:

Saudagar_mimpi: cadangan2 lain yg boleh dipertimbangkan : main congkak,jengket2,polis sentri,main guli,.........

Houdini: Esok lusa keluar pulak berita... menumbuk sambal belacan tanpa graviti

Nash^Roy: korang jgn tak tau.. bila diorang main batu seremban kat angkasa.. secara tak lgsg seluruh dunia akan terpegun dan terus berminat utk main batu seremban.. bandar seremban akan menjadi terkenal.. acara batu seremban akan dipertandingkan dlm sukan olimpik.. sah2 malaysia menang..tu baru satu dunia tgk.. cuba bayangkan alien2 kat planet lain tgk.. mau kite wat pertandingan batu seremban antara planet.. antara galaksi.. woww.. mmg terer la idea diorang ni..

Jeff Ooi: Glocal means... you get into a global space to play local games.

Palmdoc: The reasoning that the "programme was not borne by the Treasury, but derived by offsetting the purchase of Sukhoi jet fighters from Russia by the Defence Ministry" is just ridiculous. You mean we traded in cold hard cash for a space joy ride? The Russians must be laughing all the way to the bank.

ktak: 18 Russian Sukhoi (Su-30MKM) fighter jets (2003) = US$900 million / RM3.42 billion
Malaysian astronaut aboard a Russian rocket = RM95 million
First Malay astronaut to play traditional Malay children's games in space (2007) = PRICELESS

robin hood
: The experiment is actually a communication breakthrough to invite Aliens from other planets to Malaysia. Visit Malaysia 2020

moo_t: I can imagine this happens :

Russia defense department(RDD) : We are going to give joy ride for 2 Malaysia, since their government pay outrageous price for our aircraft.

Russia Space Agency(RSA) : But those people are dangerous, they want to splash tea around throw stone under zero gravity.

RDD: Don't worry, we will handle it.

RSA: Do you think the RM95 millions worth to risk to lost the WHOLE space shuttle that cost USD$1 billions?

RDD: No, we are no going to send them to space. As soon as those astronauts enter the shuttle, sedate them and we bring them back to ground. The rest will be make inside studio.

RSA : But how do you simulate zero gravity?

RDD : Don't worry, we never short of drugs to create the Zero-gravity hallucination.

j-boy: dear all, i think play mahjong there better la, send them to me for training. including the russian too....plain stupid minister...

Apa kata anda?


Wednesday, November 15, 2006

Activemind English & Science Camp

Activemind will be organizing English & Science Camp on 27th November 2007, 8.30am - 4.30pm at Dewan Sri Siantan, Selayang. Lots of exciting and fun activities for English and science projects. The most interesting project will be the Volcano. Fee is only RM50 per child. Interested, call 013-384 3484 or email to sherrina_kl@yahoo.com for details.



Tuesday, November 14, 2006

Ahad lepas sempat kidnap Zura dan anaknya, Aisyah untuk lepak2 di KLCC yang dah lama tak dikunjunginya tu. Slalunya kalau ke KLCC aku ngan Wana akan makan di food court Aseania tapi kali ni aku pilih untuk lepak di food court tengah.


Sedap gak chicken chop yang dibeli dari Skippers nih. Tang chips tu yg tak tahan....



Aisyah, menunggu makanan sampai dengan penuh kesabaran


Akhirnya chips aku jua yang menjadi pilihannya....huwaaa....ganti balikkkkkk!!!


Aisyah gembira kerana berjaya merembat chips dari pinggan aku.


Sukanya naik kete Bg Bird!!!!



Sukarnya nak keluarkan dia dari kereta Big Bird!!

Friday, November 10, 2006

Pro Of Being Self-Employed



Soon I will be declaring myself as self-employed. Life must goes on and I thanked Allah for giving me opportunity to venture into other areas after my services with the current company end. I will still be in the education line and this time I can put in 110% of my effort and focus on it. There are several pro of being self-employed that I can predict and plan for myself....

  • No more 8-5 schedule. I can't say no to my dad anymore and giving him excuses not to wake up early in the morning and join him jogging while it's still dark.
  • I can visit the swimming pool when everyone else in the office. Bleh conquer the whole pool for myself...hehehe. Bleh gi gym as well.
  • I can spend more time reading the 1GB of ebooks that I have been downloading for the past 6 months
  • I can spend time doing voluntary works
  • No need to get MC when I'm sick and no need to worry about applying leave
  • I have more time to learn sales and marketing skills which is essentials in todays' business world
  • I can play chess more often and attend any courses during weekdays if it doesn't clash with my upcoming classes and projects
  • Spend more time in libraries
  • Write more books and teaching manuals on IT teaching and chess teaching
  • I can plan holiday easily. No need to join the huge crowd during school holiday or public holiday
  • If I work harder and smarter, I can earn more....goodbye o fix salary
  • I can learn more about trading, stock exchange, unit trust etc..
Banyak lagi......yang penting be positive....yearghhhh


Wednesday, November 08, 2006

Change Of Status

Starting 1 December 2006, I will be officially....



I have choice of either doing this:



or....



Which one should I do?

Friday, November 03, 2006

Kursus Abiter Catur

Selama 2 hari berkampung di Unit Sukan di Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane bersama 60 guru-guru Kelab Catur daripada pelbagai sekolah dan zon di Kuala Lumpur benar-benar memberi kenangan manis dan ilmu kepada aku. Thanks to Cikgu Suhairi yang sudi membenarkan saya join kursus walaupun saya bukan guru sekolah. Saya perlukan knowledge untuk pengendalian catur bagi kanak-kanak untuk next projek saya.

Sepanjang dua hari berkursus, peserta telah didedahkan kepada pelbagai jenis permainan catur, peraturan-peraturan, cara pengurusan kelab dan banyak lagi. Sangat beruntung bagi saya kerana dapat menyertai program ini yang sangat jarang dikendalikan di Malaysia. Malah kami didedahkan tentang tugas arbiter yakni pengadil bagi pertandingan catur.

Di Amerika Syarikat telah terbukti catur mampu membantu pelajar yang lemah dalam pelajaran dan pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Terdapat satu artikel di dalam Readers Digest mengenai usaha seorang guru menggunakan pendekatan catur untuk membantu pelajar yang lembab dalam pelajaran dan pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Sebab tu aku join program tu untuk lihat bagaimana konsep tersebut dapat diaplikasikan di Malaysia. Ini kerana saban hari kita melihat bilangan pelajar bermasalah disiplin semakin bertambah. Seperti yang aku citer sebelum ini, ada pelajar tahun 3 yang dah mula 'melawat' balai polis kerana kes-kes mencuri dan sebagainya.

Aku harap projek ini dapat dijalankan dan aku yakin pelajar-pelajar bermasalah ini masih boleh dibantu.

Friday, October 27, 2006

Insurans- Kenapa takut?

Apabila bercakap mengenai insurans, kebanyakkan orang Melayu disekeliling aku kelihatan gementar. Heran. Perlindungan pun takut. Mungkin sebab banyak kes penipuan insurans yang diceritakan di akhbar menyebabkan masing-masing lebih rela menggadai tanah pusaka dan mengorek simpanan hari tua apabila membiayai bil hospital daripada mengambil insurans. Agak hairan apabila aunty jual soyabean tepi jalan mempunyai insurans tetapi pegawai eksekutif di syarikat tidak mempunyai insurans. Takde knowdge? Tak aware? Malas nak amik tahu? Lantakkan ajelah? Anyway, kalau korang tertanya2, aku bukan agen insurans. Bukan bidang aku jual-menjual ni cuma aku nak sebarkan sejauh mungkin betapa pentingnya insurans (tak caya, baca buku Azizi Ali. Berkali2 dia menyentuh soal insurans. Malah rumah pun perlu diinsurans kan tau...korang tau?) Terdapat banyak cap dan jenama insurans didalam pasaran Malaysia. Cuma perlu pilih, teliti, check dompet dan keperluan anda serta isi borang.

Bagi aku keperluan insurans paling penting buat masa ini ialah insurans kesihatan (takyah bersesak dalam spital gomen, kasi can pada org miskin) dan insurans diri (kalau kemalangan, cacat sapa nak tanggung?). Sebenarnya ramai agak sceptical dengan insurans kerana bersabit dengan nyawa dan pelaburan yang meragukan. Again, study dulu sebelum membuat pilihan. Aku pernah ajukan persoalan ini kepada Ustaz Amran di Mingguan Malaysia tapi takde reply sampai ke hari ini. Aku agak hairan kenapa ulama kurang menyentuh bidang insurans apatah lagi bidang kewangan Islam. I guess kekurangan ilmuan Islam dalam bidang ini menyebabkan susah nak cari penerangan mengenai hal ini yang agak kompleks. Walau apapun, bertindak sebelum terlambat. Tak guna menyimpan beribu-ribu dalam akaun simpanan kalau akhirnya dicurahkan ke bil perubatan. Back to zero. Paling takut jika sampai terpaksa menggadai aset.

Wednesday, October 25, 2006

HARI RAYA 2006 - Day One, Malam Raya Pertama

Acara wajib setiap kali raya, malam raya mesti berkumpul di umah makcik aku di Setapak. Best dapat kumpulkan semua dibawah satu bumbung. Bukan nak makan sangat pun tapi dapat sama2 berkumpul dan bersembang. Masa ni lah baru tahu yg sipolan dah masuk skolah menengah, sipolin dah abis blaja...cuma satu family aje tercicir sebab balik umah mertua di Kedah. Anyway, here's some pics...kesian jiran2 sebelah. Havoc kitorang malam tu.







HARI RAYA 2006 - Day One

Assalammualaikum, pekabo? Burbbb...tu dia...bau lemang, bau ketupat, bau kuah kacang. Sakan noo...sampai boroi perut dibuatnya melantak sakan. Bagi yang beraya di kampung maybe raya seminggu ni jalan sakan lah. Aku yg beraya di KL ni seminggu raya ni berehat dulu. Cuma pi beraya umah sedara terdekat. Pastu tunggu semua balik ke KL semula baru leh jalan ke umah kawan2 lain.

Hari raya pertama biasa sahaja. Cuaca KL pun mendung, hujan di tengahari , petang dan malam. Main bunga api kene kensel sebab hujan. Kesian budak2 kecik menunggu2 bila nak cucuh bunga api. Sok2 lah ya adik-adik. Petang tadi masing2 boring tahap cipan dok dlm umah, aku bawak lah depa ke taman permainan depan umah pakcik aku tu. Tu dia ligan.....macam terlepas dari kandang. Sempat le snap beberapa gambo anak-anak buah.














LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin