Wednesday, July 29, 2009

Restoran Mohd Chan Abdullah

Kali ini Sherrina makan di restoran yang agak baru juga di Taman Melawati. Restoran berkonsepkan makanan cina muslim ini mendapat sambutan yang hangat juga. Penah sampai orang beratur menunggu giliran nak makan.



Memandangkan makanan disini agak mahal jugalah (lebih mahal dari harga di gerai), maka Sherrina memilih nasi, sup dan satu jenis hidangan ayam sahaja utk mencuba.


Fishball soup. Sedap.


Orange juice. Siap dalam menu bagitau brape biji oren digunakan utk buat jus ini.


Ayam masak thai. Oklah tapi manis. Macam tak kene dengan tekak yg dah biasa pedas.

Overall oklah makanan disini. Mungkin tak kene dengan tekak Sherrina sebab kurang pedas. Makanan cina memang tak pedas pun kan. Tapi nasinya cukup mengenyangkan dan lauknya mencukupi untuk makan dua orang. Apa pun, not bad lah. Tentu disukai oleh mereka yang menggemari masakan chinese style.

Potluck BBQ Terendakian Part 2

Sabtu lepas, kitorang berkampung di umah Jokyu dan Wani di Puchong. Nasib baik ada GPS. Kalau tak, confirm tak sampai. Jauh gak dan terpencil sebab perumahan baru.





Sampai agak lambat, orang dah menunggu air. Hehehe, Sherrina ditugaskan utk bawak air lagi. Kali ni tambah aiskrim sekali lah. Budak-budak sure suka.



Ramai juga yang join kali ni. Lebih muhibah sebab pelbagai batch. Ada yang dari era 80an, 90an dan era 2000an. Selain acara makan-makan, acara sembang-sembang dan acara pecah otak buat puzzle pun ada.

Majlis berakhir jam 11.30 malam. Terima kasih bebanyak kepada Jokyu dan Wani yg sudi jadi tuan tanah kali ini :)

Sumber gambar: Manjamas

Sunday, July 26, 2009

Kucing Gumuk

Kucing jiran yg sgt jinak.

Sent from my BlackBerry® wireless device via T-Mobile-Celcom.

Wednesday, July 22, 2009

Changing The World

Sherrina cukup suka menonton rancangan The Oprah Show. Banyak sungguh ilmu dapat dikutip dengan menonton rancangan itu. Salah satu episod yang cukup Sherrina teruja ialah Changing The World.

Dalam episod tersebut, Oprah memaparkan 3 individu yang mencetuskan 3 idea yang cukup bijak tentang bagaimana mereka dapat memberi sumbangan kepada masyarakat. 3 individu tersebut ialah Genevieve Piturro, John Wood dan Barbara Franklin.



Genevieve Piturro sering melawat rumah-rumah kebajikan untuk memberikan bantuan dan beliau dapati kanak-kanak disitu tidur tanpa memakai pijamas. Mereka hanya memakai apa sahaja pakaian yang ada. Apabila ditanya kepada kanak-kanak disana mengapa mereka tidak memakai pijamas, jawab mereka ialah "pijamas tu apa?"



Bermula dari situ, beliau mendapat idea untuk mengumpulkan sebanyak mungkin pijamas untuk diberikan kepada kanak-kanak kurang berkemampuan ini. Dalam program Oprah pula, Oprah telah secara senyap-senyap memaklumkan kepada semua penonton yang datang ke studio untuk datang dengan membawa sepasang pijamas yang mereka beli dan selebihnya mereka perlu dapatkannya daripada sumber lain. Dalam rancangan itu, sebanyak 32,046 pasang pijamas pelbagai saiz telah berjaya dikumpul. Wow!



John Wood merupakan eksekutif tinggi di Microsoft yang memiliki kehidupan yang cukup hebat. Beliau memiliki karier yang menjadi idaman ramai, kemewahan dan kesenangan hidup. Pada suatu hari, beliau memilih untuk mengembara ke Nepal dan ketika berjalan kaki, beliau telah dijemput melawat sekolah di sebuah kampung di situ dan mendapati betapa daifnya keadaan di sekolah itu. Tanpa kelengkapan asas seperti buku.



Beliau kembali semula ke Amerika Syarikat dan memulakan operasi mengumpul sebanyak mungkin buku untuk didermakan ke sekolah yang daif itu. Usaha beliau mendatangkan hasil yang membanggakan. John Wood dan pasukannya telah mendermakan 3 juta buah buku kanak-kanak, membina 287 buah sekolah dan 3600 buah perpustakaan di negara-negara dunia ketiga. Malah, beliau telah memberikan dana kepada pencetak buku tempatan di Kemboja supaya usaha menghasilkan buku kanak-kanak dalam bahasa tempatan dapat direalisasikan. Kini, beliau telah memilih untuk berhenti daripada berkhidmat dengan Microsoft dan memberikan fokus kepada projek tersebut.



Barbara Franklin menggunakan pendekatan berbeza. Beliau menggunapakai sistem kupon yang ada di Amerika Syarikat untuk membeli barangan keperluan harian pada harga diskaun. Beliau pernah membayar hanya $3.02 untuk barangan bernilai $187 setelah menggunakan teknik penjimatan kupon. Barangan tersebut akan diberikan kepada keluarga yang kurang berkemampuan. Beliau kini membantu 1500 keluarga menggunakan kaedah ini.

Idea-idea ini kelihatan ringkas tetapi ia mampu memberikan impak yang hebat kepada manusia sejagat. Apakah sumbangan anda? Let's change the world!

Sumber rujukan: Oprah.com

Tuesday, July 21, 2009

Lagu PTPTN

Sherrina terjumpa lirik lagu ni ketika asyik membaca pasal kes Faizal Tahir tak lepas ke luar negeri gara-gara tak bayar hutang PTPTN. Perghh, baru tau beb yg kalau tak bayo takleh nak fly. Tapi kalau bayar sikit2 setiap bulan, tak masuk kes macam ni, kan?



Pulangkan...
Lagu Asal Misha Omar
Lagu Dinyanyikan Oleh Pegawai PTPTN & FT


Pulangkan...
Lagu Asal Misha Omar
Lagu Dinyanyikan Oleh Pegawai PTPTN & FT

(FT)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau ke APM
Imigresen tak lepas...

Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN)
Oh hentikanlah menghantuiku-(FT)
Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)
Kupulangkan semua hutangku-(FT)
Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)
Bebaskanlah, aku nak ke Indonesia (Ex-Student)

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan ku jejakimu kemana jua

Kepada yang belum bayo balik loan PTPTN, moh kita pakat bayo ramai-ramai...:)

Sunday, July 19, 2009

Harry Potter-Books Sales-Bagan Lalang

What a day! 3 events in a row. Semalam kol 11.30 pagi, Sherrina ngan member gamble ke redah ke Capsquare. Sebenarnya dah booking tiket nak tonton Harry Potter and The Half Blood Prince pada hari ini tapi kebetulan semalam kelas tuition dibatalkan. Daripada duduk sahaja, baik tengok wayang.

Tapi memandangkan kami nak tonton di Capsquare, tu yang berani terjah je. Kalau di KLCC, jangan harap le. Khabarnya tiket dah habis ditempah sejam selepas kaunter tempahan online dibuka. Walaupun promosi filem Harry Potter kali ni agak suam-suam kuku, namun peminat fanatik (mcm saya...ehem) memang menunggu-nunggu kemunculan filem ini.

Kami bertolak ke Capsquare dari Wangsa Maju. Best plak lepak di Capsquare ni sebab TGV kat sini tak sesak. Parking free (bila tonton wayang). Parking banyak (senang je nak cari spot dekat dengan pintu masuk). Nak sampai pun mudah (naik AKLEH terus turun di tepi bangunan Capsquare) dan yang best tu, ada kedai menjual nasi lemak yang sedap bangat (sesuatu yg susah nak dicari di kawasan Ulu Klang). Cuma yang kureng ialah tempat ni tumpuan warga asing khususnya bangla. Kalau nasib tak baik, tersedut bau kurang menarik.



Sampai di kaunter, takde orang pun yang beratur. Wah...wah. Seronoknya. Terus beli ticket, amik yang couple seat supaya lebih selesa. Kemudian turun makan nasi lemak dulu. Tayangannya lagi 30 minit. Filem kali ini memang lagi best dari yang sebelumnya. Tapi kesilapan besar datang menonton di hujung minggu. Dibelakang dan didepan ada kanak-kanak kecil yang menangis. Ada yang berlari-lari di tangga sebab bosan. Di sebelah ada girlfriend sapa ntah yang menuturkan 'filem bosan..filem bodoh' entah brape ratus kali sepanjang menonton filem ini. Gara-gara ikut boyfriendnya yang nak menonton gamaknya.

Nampaknya kene le pegi tonton sekali lagi di hari bekerja. Hehehe....tapi selepas menonton, ada lagi acara yang lebih best.



Kebetulan ianya diadakan di tingkat dua Capsquare. Waduh...waduh...ini namanya kill two bird with one stone! Apalagi, terus capai bakul dan membelek-belek buku yang ada. Sampai lenguh tengkok sebab menelek tajuk buku. Tapi akhirnya Sherrina memilih dua buah buku. Salah satunya ialah buku ini...



Gaya penulisannya cukup menarik. Lebih enak jika dibaca sampil menghirup kopi yang lazat.

Selesai acara melihat buku, kami bergerak ke Bagan Lalang untuk operasi makan seafood yang dah tergendala beberapa kali.



Setelah licin makanan di pinggan, pulang ke rumah dengan hati yang riang. Hari Rabu ni nak gi Capsquare lagi lah. Nak tonton Harry Potter dengan aman (harap2 lah) dan beli buku lagi sebab ada keratan baucer diskaun RM3 daripada akhbar The Star cetakan semalam.

Thursday, July 16, 2009

Subang Parade, TGIF dan birthday present

Hari ni agak free. Sebab takde kelas. Memang biasanya hari Rabu akan cuba dikosongkan untuk buat backup in case perlu buat replacement class dan lain-lain. Hari ini Sherrina diajak lunch di TGI Friday di Subang Parade. Last skali jejak ke Subang Parade ni, rasanya masa darjah 4 atau darjah 5. Ada kisah disebaliknya....



Nasib baik ada GPS. Kalau tak, harem tatau jalan nak ke Subang Parade. Kalau masuk bab-bab Subang area ni, memang fail beb.


Takleh nak recall langsung rupa SP skarang ngan SP dulu. Dulu mana ada banyak shopping mall. So sesekali dapat gi Subang Parade ni, kira best sangat dah lah.


Tengok Baskin Robbins ni, teringat masa kecik dulu. Gi SP jalan-jalan. My mom nak beli something kat kedai so Sherrina, walid ngan adik-adik lepak le kat area situ sementara tunggu dia shopping. Sherrina jalan-jalan le sebab boring. Ternampak kedai aiskrim. Dalam poket ada 50 sen. Tengok kat menu, ada nampak sesuatu yang berharga 50 sen.

Gi kaunter...."I would like to buy the toppings, please".....peh, siap kuar 50 sen letak atas kaunter. Tergamam pekerja Baskin Robbins tu. Camne nak jual toppings. Yang Sherrina lak ingat topping tu aiskrim. Pastu mamat tu scoop lah aiskrim and cakap harganya RM3 ke RM5, tak ingat rega Baskin Robbin nye aiskrim time tu. Lari mintak duit kat my mom lah apa lagi. Kene marah sebab beli aiskrim mahal...pastu tak jejak dah ke sana. Tapi bukan sebab insiden tu, sebab kat KL dah banyak bukak shopping mall. Takyah travel jauh-jauh (dulu mana ada MRR2)


Kat TFIF sherrina order lamb. Oklah tapi masin sikit. Thanks so much pada kak Shazlien (senior Terendak) sebab blanje makan dan kasi hadiah.


Tengok tema hadiah dah tahu dah....kih kih kih. Jangan jeles u ols kalau sherrina slim river lepas ni.....muahahahahaha...Thanks so much, kak Shazlien. Semoga bisnes akak bertambah maju :)



Kak Shazlien juga sponsor health supplement untuk pelajar program Mustika. Punyalah seronok dorang bila dapat hadiah :D

Wednesday, July 15, 2009

BB Tips: BlackBerry takleh connect to PC/laptop


Kadangkala akan timbul masalah dimana PC/laptop tidak dapat detect BlackBerry yang telah disambungkan menggunakan USB. Berikut adalah cara untuk mengatasi masalah tersebut:

  1. Launch BlackBerry Desktop Manager
  2. Sambungkan BlackBerry ke PC/laptop menggunakan USB
  3. Periksa ada connection atau tidak. Jika tidak...
  4. Tekan kekunci Ctrl-Alt-Del serentak untuk buka Windows Task Manager
  5. Cari nama-nama ini. Klik nama tersebut dan klik butang End Process. RIMDeviceManager.exe, BbDevMgr.exe dan DesktopMgr.exe
  6. Program BB Desktop Manager akan tertutup
  7. Cabut kabel USB dari PC/laptop
  8. Launch BlackBerry Desktop Manager
  9. Sambungkan BlackBerry ke PC/Laptop menggunakan USB
Sherrina dah cuba beberapa kali dan berjaya :)

Sumber rujukan: ozansafi

Tuesday, July 14, 2009

Officially 29



29 and looking forward for more challenges in life. Another year wiser :)

Sunday, July 12, 2009

Kambing

Kalau sebut pasal kambing, tentu terbayang hidangan-hidangan lazat yang boleh dihasilkan daripada daging kambing.

Misalnya sup kambing, kari kambing, kambing panggang, lamb chop, kebab kambing dan macam-macam lagi.

Tapi walaupun sesedap mana daging kambing sekalipun, ramai orang yang tak reti makan daging kambing. Kata mereka, daging kambing berbau. Sebab kambing tak mandi ke? Ayam ngan lembu tu mandi sangat ke? Hahaha.. Selebihnya takut nak makan sebab kesihatan.

Tapi beberapa bulan yg lalu ada kenyataan akhbar kata saintis dah kaji yang makan daging kambing tidak memudaratkan. Yahoo...tapi idoklah boleh kita mentekedarah seekor kambing sekali harung. Berpinau mata dibuatnya.

Kat mana ye nak makan sup kambing yang sedap? Rasa terliur pula. Tapi apa pun, time rayalah yang paling Sherrina tunggu-tunggu sebab makcik Sherrina, Aunty Tini akan masak gulai kambing yg sodap itu. Nasi impit + kuah kacang + gulai kambing= sedap tak hingat.

Kambing...walaupun badanmu busuk tetapi dagingmu tetap menjadi pojaaan hatiku....jom pekena sup kambing!
Sent from my BlackBerry® wireless device via T-Mobile-Celcom.

Saturday, July 11, 2009

Female roommate wanted


Salam,

Kami mencari rakan sebilik (roommate). Rumah 2 tingkat di Seksyen 5, Wangsa Maju (dekat dengan Carrefour). Bilik yang sedia ada boleh diisi 2 orang dan salah seorang penghuninya akan keluar hujung bulan ini.

Kami mencari wanita Muslimah, bujang, berkenderaan sendiri (disini tiada public transport). Rumah lengkap dengan perabot spt tv, astro, mesin basuh, peti sejuk, dapur dan lain-lain. Kawasan selamat, berdekatan dengan Pondok Polis dan ada guard membuat rondaan. Rumah ini hanya dihuni 5 orang sahaja, supaya lebih selesa dan privacy. Housemates yang friendly dan sempoi.

Deposit 1 bulan sahaja. Sewa RM250 termasuk semua bil-bil. Kami mencari teman yang bekerja office hour dan boleh menerima peraturan tidak membenarkan lelaki bukan muhrim memasuki rumah ini.

Available immediately. Boleh datang untuk lihat dahulu. Sila hubungi/sms/ email utk info lanjut. 017-2748904.

Wednesday, July 08, 2009

PPSMI Dimansuhkan, BI diperkasakan.

8 July, 15:02
Math and Science back to Bahasa, mother tongues (Update)

KUALA LUMPUR: The Cabinet has decided that the medium of instruction for Maths and Science will revert to Bahasa Malaysia in national schools and mother-tongue languages in national-type schools from 2012 onwards.

The reversal of the Teaching of Math and Science in English (PPSMI) policy will be done in stages, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said on Wednesday.

He however added that there will be greater emphasis on learning the English language.

English literature will be re-introduced, as will subjects on grammar and composition.

Beginning 2012, students in Year One and Year Four in primary schools, and Form One and Form Four in secondary schools, will learn Math and Science in Bahasa Malaysia.

The change will not affect those in Form Six and Matriculation.

The two subjects will be taught in two languages until 2014 for other students, he said.

"The gap between rural and urban students has widened since PPSMI started.

"Only 19.2% of secondary teachers and 9.96% of primary teachers were sufficiently proficient in English," he said, explaining the Government's decision to revert to the old system.

On efforts to emphasise the learning of English, the number of English teachers would be increased by 13,933 -- retirees would be hired, as well as foreigners if need be.

Primary schools will also increase English classes by 90 minutes a week.

There have been calls from various groups for the policy to revert to before 2003, when the subjects were taught in Bahasa Malaysia in national schools, and either in Chinese or Tamil in national-type schools.

The issue has seen a rare alliance between Malay and Chinese educationists, who are against the switch, although there are also calls by many parents and entrepreneurs for English to be maintained.

Source: The Star

Alhamdulillah, PPSMi dimansuhkan dan subjek English diberi lebih penekanan. Thanks to MOE kerana akhirnya menerima hakikat. Mengalah tidak bererti kalah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via T-Mobile-Celcom.

Program Mustika 2009


Bermula Jun hingga Ogos, Sherrina akan berada di S.K Taman Melawati 2 pada setiap malam Selasa dan Rabu utk volunteer for program Mustika. Ni program anjuran Ansara Terendak dan masuk tahun kedua program ini di sekolah ini. Ianya program persediaan UPSR utk pelajar kurang kemampuan.



Volunteering tidak terhad kepada bekas pelajar MRSM Terendak sahaja. Kami juga menerima volunteer bukan Terendakian. Bagi yang berminat nak join, leh call Mad Ridzuan di 012-2353461 atau mad_ridzuan@yahoo.com.




Tuesday, July 07, 2009

Gadget Review: BlackBerry Bold 9000

Nokia E70 kesayangan Sherrina akhirnya pencen kerana tiba2 dah xleh perform mcm dulu semenjak kene reformat.


Selama sebulan Sherrina membuat kajian dan pembacaan untuk mencari sebuah phone yg sesuai. Ciri-ciri yg Sherrina cari ialah:

· Ada wifi

· Ada office application

· Tak mudah hang, processor yg baik

· Leh check internet dgn mudah dan push mail (features yg sherrina pelajari kemudian)


Sherrina perlukan phone yg leh akses ke internet kerana jadual keje skrg yg byk di luar hanya membenarkan Sherrina akses email di waktu tgh malam. Bila ada urgent email yg perlu dibereskan, jadi leceh. Biasanya terpaksa tido jam 2-3 pagi utk selesaikan keje2 yg melibatkan internet.

Setelah membaca byk review, Sherrina memilih 2 model. Nokia E71 dan Blackberry Bold. Sherrina dh try Nokia E71 tp keyboardnya agak kecil. Susah nak menaip kalau berjari besar.


Lagipun ada baca review Nokia E71 vs BlackBerry Bold, ramai yg beri review positif bagi BB Bold. Akhirnya, Sherrina pilih Bold. Setelah sekian lama berkecimpung dgn Nokia, kali inilah Sherrina memilih OS yg lain.



Sherrina join topik BlackBerry di forum LowYat.net dan bertanya mengenai BB kpd forumner yg dah guna BB. Setelah yakin, Sherrina nekad utk dptkan Bold. Apatah lagi Celcom baru lancarkan promosi BlackBerry iaitu Storm pd harga RM1600++ dan Bold pula RM20++. Walaupun Storm lebih murah tetapi Sherrina kurang menggemari touch screen phone. Full keyboard lebih feel.



Sherrina ke Celcom utk beli Bold yg offer tu tapi rupanya sold out. Bukan sahaja di HQ tapi di semua Blue Cube. Arghh..frust. Khabarnya beberapa bulan baru stok baru sampai. Sherrina blk dan contact dgn seller di LY. Kebetulan masa buat research, ada bertanya dgn penjual utk beli phone saja.


Satu perkara mengenai BB ni ialah ianya sukar dibeli di kedai2 handphone biasa. Samada kene beli di telco & ikat kontrak atau kene cari supplier yg ada stok phone ni. Kebetulan ada supplier yg masih ada stok. Sherrina reserve dgnnya dan ke Subang. Setelah nego, Sherrina dpt beli dengan harga RM2100, beberapa ringgit lebih dari di Celcom tapi x perlu ikat kontrak dgn Celcom.



Keesokan harinya, Sherrina bawa BBB ke Celcom dan tukar package ke Exec 50, unlimited data dan BB service. Altogether RM148 per month. Cukup mudah, staff disana akan bantu configure. Tukar sim card ke kad 3G dan beberapa jam kemudian Sherrina mula menerima email melalui push mail. Walla!



Setelah 2 minggu bermain dgn BB, Sherrina dah jatuh cinta dgb BB Bold kerana:

§ Saiz phone yg besar dan kemas bila dipegang.

§ Susunan key pada keyboard yg x terlalu rapat dan selesa

§ Saiz skrin yg besar, kualiti skrin yg jauh lebih baik dari hp lama dan sharp. Tidak memedihkan mata bila tgk dgn lama

§ Boleh buka beberapa aplikasi dan tidak slow atau hang. Misalnya chat di YM kemudian switch to email, web, Facebook menggunakan Switch Application dgn mudah.

§ Audio port 3.5mm membolehkan Sherrina guna apa shj earphone yg ada di pasaran

§ Kualiti audio yg bagus

§ Menu yg simple, straightforward dan ada short cut function utk kegunaan yg lebih pantas

§ Kamera yg ada flash walaupun cuma 2mp

§ Chargernya adalah usb yg kecil sama mcm yg byk digunakan pada digital camera dan GPS. Boleh charge guna elektrik dan juga cucuk pada usb komputer.


Aplikasi yg Sherrina dah cuba dlm Bold:

  • Facebook for BB-mmg best. Senang nk update status, baca status kwn dan reply, send and receive message serta upload gambar ke FB
  • YM for BB- senang digunakan, boleh biar je online dan bila ada org msg, icon YM akan muncul di skrin.
  • TwitterBerry-aplikasi utk Twitter
  • Office application iaitu Word To Go, Slideshow To Go dan Sheet To Go
  • BlackBerry Browser dan Opera Mini browser yg simple dan pantas


Kekurangan pada Bold yg telah dikesan sehingga kini:

· Bateri bertahan satu hari sahaja jika on 3G - tukar ke 3G hanya bila byk surfing dan download fail yg besar or else guna 2G

· Gagal transfer file dari Nokia ke BB melalui bluetooth-kene pakai microsd adapter utk transfer guna laptop

· Tak boleh save email address terus ke Contact-copy dan paste dari email ke phonebook

· Aplikasi yg ada utk BB tak sebanyak utk Nokia. Mungkin kerana BB ini adalah business phone.

· Aksesori utk BB tidak byk dan agak mahal utk beli yg ori.



So far tu je baru discover. Tapi features yg ada dah cukup baik. Antara aksesori yg Sherrina dah ada ialah:

· Screen protector-RM10



· Holster-RM10 tapi kini Sherrina x guna sbb mencucuk pinggang. Just simpan dlm leather cover yg dapat masa beli BB



· Sillicon cover utk elak body dari calar - RM18


So far dah 2 minggu pakai BB Bold ni, takde masalah yang besar lah. Untuk memahami BlackBerry dengan lebih mendalam, dapatkan buku Blackberry For Dummies. Sherrina baca e-book ini di Bold menggunakan Mobipocket.


Model-model BlackBerry yang akan keluar tak lama lagi ialah Blackberry Storm 2 dan BlackBerry Tour. Tapi tatau le bila sampai Malaysia.


Post ini ditaip menggunakan Word To Go.

Saturday, July 04, 2009

3 layer tea

Sedap, beb. Skali kene nak lagi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via TMobile-Celcom Mobile.

CBN 110th celebration dinner & merchandise



Thanks to Facebook, I got to know about this event. Convent Bukit Nanas (CBN) will celebrate its 110th years of glory this year. Perghh...dan umur 110 tahun rupanya skolah aku ni. Sherrina blaja di CBN ni dari Form 1 sampai Form 3 tapi sangat banyak yang dipelajari dan kenangan di sini.

Sempena dengan sambutan 110 tahun, ada CBN'ers yg hasilkan merchandise. Rasanya ni dari alumni CBN. Dapat info ni melalui Facebook. Tolong promote disini lah. CBNers yg nak beli, sila dapatkan maklumat contact di bawah...



Topi: RM15


Payung silver: RM25


Payung biru: RM35


Purple sling bag: RM10


Blue sling bag: RM10


Keychain: RM15




car sticker: RM10

Sapa nak beli, leh call Aimy Rashid at 019-2329973.


-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ni pula maklumat untuk CBN 110th Anniversary Dinner.

Date: 8th November 2009
Time: 7pm
Venue: Sunway Resort Hotel & Spa, KL.

Tickets: Platinum RM50k, Gold RM10k, Silver RM5k (tables of 10 pax)
Ordinary tables of 10 pax - RM1.5k

So, one pax is RM150 la ;)

So, get your friends and book the tables fast, we'll start taking the booking anytime now. If you wish to be seated with your friends, then, better to book a table of 10.

Do contact me 019-2329973 or Puan Aishah 012-2123752 or Puan Linda 012-3991517 for table bookings and enquiries.

Oh, we are looking for gifts for lucky draw too, so, let us know should you girls are able to find sponsors!!!

Long Live CBN!!! :)

-----------------------------------------------------------------------------------------

CBNers, block ur schedule. I'm trying to get 10 people so that I can booked 1 table for us. Leh dok sama-sama. So far yg dah confirm 3 orang. So dapat lagi 7 orang, dah leh booked lah. Booked dengan duit lah. So sapa nak join, sms me. Jomlah gi dinner, bila lagi. Takkan nak tunggu dah bercucu, kot....kah kah kah.....

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin