Saturday, January 30, 2010

Nur Salam-Crash Pad

Khamis lepas Sherrina dan kawan CBN, Wan Dina berkesempatan mengunjungi Crash Pad, satu pusat kegiatan bagi golongan remaja di Chow Kit. Crash Pad ini juga dibawah program Nur Salam.

Tempat ni memang cool habis. Baru aje dibuka. Lokasinya betul-betul di Jalan Tuanku Abdul Rahman berhampiran CIMB Bank. Macam-macam kemudahan disediakan.


Perpustakaan untuk mendapatkan bahan bacaan dan mengulangkaji pelajaran. Masih banyak buku diperlukan untuk perpustakaan ini khususnya buku rujukan sekolah menengah.


Ruang santai. Ada tv dan Astro. Juga disediakan permainan board games, tapi cuma ada 2 kotak aje sumbangan Suhaila. Perlukan lebih banyak board games.


Classroom untuk kelas bimbingan dan sebarang program yang berfaedah.


Kemudahan tempat tinggal bagi yang memerlukan overstay.


Ruang lepak. Boleh buat macam-macam aktiviti disini.


Kelas komputer. Sayang sekali takde projektor.


Kami bantu pelajar semasa kelas komputer diadakan. Lepas kelas, kami buat permainan Sudoku. Jangan disangka mereka ini tak cerdik. Mereka lebih handal bermain Sudoku berbanding Sherrina.

Friday, January 29, 2010

Food Review: Lay Park Kopitiam

Pertama kali Sherrina tau kewujudan Lay Park Kopitiam ialah ketika mendapat tugasan merakam video bagi acara Kickstart Award Nite yang diadakan di function room di Lay Park. Selama ini, Sherrina tatau kewujudan Lay Park Kopitiam yang telah berada di Jelatek Business Park ini semenjak 7 bulan yang lalu. Lokasinya senang. Selang 2-3 pintu dari KRU office.

Selepas majlis Kickstart, Sherrina berkesempatan berbual dengan ownernya. Sherrina tertarik untuk datang lagi bagi mencuba makanan yang lain. Pada malam majlis Kickstart, Sherrina makan 3-4 keping mini chicken chop. Memang sedap. Ahad lepas Sherrina datang lagi waktu lunch untuk mencuba menu lain.





Satu perkara yang menarik minat Sherrina disini ialah kopi ais nya. Memang sedap. Kata ownernya, serbuk kopi tu didatangkan khas dari Kelantan. Harganya juga sangat berpatutan. Lebih murah berbanding kopitiam lain.



Kawan Sherrina memesan set lunch. Nasi, ayam goreng kampung dan kuah kari. Kuah kari tu superb! Kalau ada roti, dah layan dah cicah dengan kuah kari ni.



Sherrina mencuba lamb chop. Ramai kawan-kawan selalu bertanya, dimana nak cari lamb chop yang sedap? Dah banyak tempat yang Sherrina cuba. Susah nak kata di mana satu restoran yang Sherrina akan datang lagi dan lagi bila teringin makan lamb chop (Sherrina big fan of makanan berasaskan kambing. Mbekkkkk!). Bilangan kepingan daging, ada 3 kot. Memang banyak. Mujur datang dengan perut yang memang kebuluran. Lamb dimasak dengan gaya yang Sherrina gemari. Tak kering garing, tak liat. Sedang-sedang saja. Gravy tu memang mantop! Sherrina rasa dah jumpa tempat lamb chop yang sedap. Di Lay Park kopitiam.




Lamb chop ni agak berlainan kerana di beri side dishes kentang ni. Lupa nak tanya apa namanya. Bukan mash potato. Tapi memang sedap.


Sedap hingga menjilat pinggan.



Lepas makan, ingat nak try jus buah. Harganya, silap2 lagi murah dari gerai tepi jalan. Sherrina minta jus oren tapi ownernya mencadangkan jus epal limau kasturi. Hmmm....oklah. Mana tau suka. Kalau ikutkan, Sherrina memang tak suka jus epal hijau sebab masam. Sherrina juga tak suka air limau sebab yang sama. Tapi bila digabungkan epal hijau dan limau kasturi....walla! I will definitely come back for this drink!



Kat sini parking pun senang especially hujung minggu dan malam. Kalau nak buat private function, tingkat 1 siap ada karaoke dan tv LCD lagi. Tingkat 2 pula disediakan surau. Yang paling best...ada wi-fi!


So apa lagi, jom Lay Park kat sini. Kopitiam milik bumiputera yang halal.

Thursday, January 28, 2010

Rumah Nur Salam ChowKids



Selasa lepas Sherrina ke Rumah Nur Salam lagi. Selepas pengalaman pertama di minggu sebelumnya, kali ni preparation lebih rapi. Sebab dah tau apa aktiviti yang akan dilakukan. Lebih menggembirakan sebab ada dua member join sama iaitu Suhaila Sahir dan Wan Dina Norazrin. Suhaila dah penah datang masa hantar barang donation. Dina lak first time. Fairuz lak tak dapat join kali ni sebab kene buat business presentation di Melaka.



Kami bertolak naik satu kereta ke Chow Kit jam 11 pagi. Alhamdulillah, mudah dapat parking. Bila naik ke atas, toddlers sedang menghadiri kelas tadika. Comel sangat, siap pakai uniform warna hijau. Sherrina lepak di makmal komputer untuk install software bagi pelajaran komputer. Berbaloi jugak membeli software-software untuk pembelajaran komputer semasa kedai software di Subang Jaya tu nak tutup. Ada pekdahnya. Antara software yang Sherrina install ialah Kid Pix, Storybook Weaver, Bailey Book House, Millie Math House dan Sammy Science House. Untuk silibus, Sherrina buat on the spot je. Untuk test minat mereka dahulu.



Sementara tu, Suhaila dan Dina bermesyuarat dengan En. Ahmad Fansuri. Mereka juga mendaftar sebagai sukarelawan. Kami lunch di KFC dan kol 2pm, mula aktiviti bersama toddlers. Mula-mula dalam 6 orang je yang join. Sekali tu sorang-sorang masuk dalam toy library. Ada kat 20 orang kot. Sampai tak cukup le kerusi dan meja. Punyalah seronok mereka.



Malam sebelumnya Sherrina dah fotostat 4 gambar untuk aktiviti mewarna. Sebanyak 40 helai. Ingatkan banyak lebihnya. Rupanya tak cukup! Punyalah seronok mereka mewarna. Kebetulan pula tahun lepas ada beli 4 kotak krayon yang besar brand Pelikan. Masa tu ada jualan penghabisan stok. Satu kotak RM5 je. Bila dah bawa ke Nur Salam, tak cukup pun. Sebab ramai yang nak join kelas mewarna. Next time kene dapatkan stok yang lebih banyak.



Tepat kol 3, Sherrina pun naik ke kelas komputer sebab pelajar dah menunggu. Sempat belajar selama 30 minit aje sebab pelajar berusia 10 tahun ke atas kene hadiri kelas tambahan. Tapi dalam masa yang singkat tu, semua nampaknya menunjukkan semangat yang tinggi dan minat nak belajar menggunakan StoryBook Weaver.

Insya' Allah esok akan ke Crash Pad untuk melihat kemudahan yang ada disana. Crash Pad adalah pusat aktiviti bagi remaja dan belia. Wan Dina akan mengajar kelas tarian disana bermula Ahad ini di sebelah pagi. Satu lagi hari yang cukup bermanfaat buat kami semua :)

Thursday, January 21, 2010

Nur Salam ChowKids



Dah lama Sherrina dok cari info pasal ChowKids ni tapi website mereka asik down. Rupanya ada dalam Facebook. Lepas berkomunikasi dengan En. Ahmad Fansuri, salah seorang petugas disana, Sherrina dan Fairuz pun gi lah. Nak daftar sebagai sukarelawan dan menolong apa yang patut. Parking disana agak susah, mujur ada private parking di seberang jalan. RM5 seharian.


Lokasinya senang je. Jalan nak ke The Mall tu, tengok belah kiri. Kat deretan rumah kedai. Dekat dengan depot RapidKL. Sure tak miss punya.


Pusat ini diibaratkan sebagai tempat selamat bagi kanak-kanak di sekitar Chow Kit yang datang daripada pelbagai latarbelakang. Ibu bapa mereka, nenek mereka, keluarga mereka ada yang menjadikan dadah sebagai bahan perniagaan mencari rezeki. Ada yang terjebak dalam kancah pelacuran. Macam-macam lagi. Tempat tinggal mereka, dimana saja. Ada yang bernasib baik, ada rumah kedai yang boleh disewa bilik dengan kadar RM10 sehari. Ada yang tidur aje berbumbungkan langit. Kanak-kanak ini tegar mengharungi arus kota. Mereka dah biasa.


Masa ni ada slot kelas komputer di sebelah petang. Mereka bertuah kerana Ericsson dan Standard Chartered menaja komputer disini. Manakala internet pula ditaja oleh Maxis. Dapatlah mereka merasa penggunaan teknologi yang biasa digunakan oleh kanak-kanak lain. Walaupun hidup dalam kekurangan, mereka ini tak kurang cerdiknya. Sherrina sendiri surprise bila mengajar mereka. Ada yang lebih laju dan lebih cekap berbanding rakan seusia lain yang Sherrina pernah ajar. Hebat! Syabas kepada Koordinator IT Nur Salam iaitu saudara NoorJamil @ Boy.


Agak sedih apabila masih ada yang tak lancar membaca tapi mereka gigih berusaha. Mengeja satu-per-satu. Mencari kekunci satu per satu.


Yang paling ketara ialah mereka mahukan perhatian.


Perasaan selepas mengajar mereka buat kali pertama ni berlainan. Seakan mengingatkan Sherrina kepada satu ketika yang Sherrina penah berperasaan begini. Bila diingat kembali, ya.....sewaktu mengajar komputer di S.K.Taman Melawati (2) sewaktu Sherrina mula-mula bekerja dahulu. Lebih spesifik, semasa mengajar kelas hujung sekali (kelas Gigih) yang mana dikumpulkan pelajar-pelajar yang paling lemah.

Ada yang kata, mereka ni takleh nak dibantu mana dah. Tapi bila dibimbing dalam kelas komputer, mereka menunjukkan minat yang paling tinggi. 20 minit sebelum kelas, mereka dah beratur di luar makmal. Begitu bersungguh nak belajar komputer. Pandangan negatif berjaya disangkal.

Bagi yang ingin menyumbang, berikut adalah senarai yang kawan Sherrina berjaya dapatkan. Thanks to Suhaila, kurang dari 24 jam lepas Sherrina story pasal tempat ni, beliau terus bertindak menghantar sumbangan.

NUR SALAM - LIST OF MONTHLY REQUIREMENTS

1. Dumex Formula 1 (Age: 0-12mths), 6tin x 1kg = RM 144.00
2. Dumex Dugro (Age: 1-3yrs) 12tin x 1kg = RM 264.00
3. Mamex Gold (Age: 0-12mths) 12tin x 1kg = RM 936.00
4. Dutch Lady 123 (Age: 1-3yrs) 12tin x 1kg = RM 288.00
5. Lactogen (Age: 0-6mths) 24tin x 1kg = RM 576.00
6. Diapers
- (Size: XXL - Drypers) 12 pack = RM 408.00
- (Size: XL ) 12 pack = RM 360.00
- (Size: L) 12 pack = RM 456.00
- (Size: M) 12 pack = RM 456.00
- (Size: S) 12 pack = RM 360.00
- (Size: NB) 6 pack = RM 360.00
7. Nestum (Rice) 6tin x 1kg = RM 150.00
8. Washing Detergent (Any Brand) 4 x 5kg = RM 60.00
9. Shampoo (Any Brand) 5 bottle = RM 50.00
10. Garbage Bag (Size: XXL) 10x10pack = RM 60.00
11. Toothpaste (Big) 5 = RM 25.00
12. Sugar 5kg = RM 8.50
13. Clorox (Big) 3 bottle = RM 15.00
14. Biscuits (Mixed) 12tin = RM 120.00
15. Bath Foam (Any Brand) 5 bottle = RM 50.00

GRAND TOTAL RM 5,146.50 per month.

Insya' Allah Sherrina, Suhaila dan Fairuz akan ke sana lagi minggu depan. We're trying to make it once a week visit. Untuk mengajar komputer atau mengajar di Crash Pad (Pusat kegiatan ChowKids untuk remaja yang bakal dibuka).

Selain itu, Crash Pad memerlukan buku utk perpustakaan. Buku yang sesuai untuk remaja. Juga permainan papan (board games) seperti catur, dam, Saidina, Sahibba, Uno, congkak dll. Juga memerlukan alat muzik seperti gitar, drum, keyboard samada baru mahupun terpakai.

Sama-samalah kita menyumbang. Janganlah letakkan semua tanggungjawab ini pada kerajaan dan syarikat gergasi. Kalau semua orang memberi walaupun sedikit, ia akan membukit.

Monday, January 18, 2010

Memori Corner

Beberapa Ahad yang lalu, singgah di Taman Melati. Platinum Victory. Teringin nak lunch makan nasi putih, sup dan ikan sembilang bakar di Saba'. Sekali tutup daaa....gamaknya dah tak provide lunch. Pikir punya pikir, nampak Memori Corner. Tak penah masuk. Try ajelah. Perut pun dah lapar.



Memory Corner ni decoration dia ala kampung. Di dinding penuh dengan lukisan kartun (lain kali kene datang lagi khas untuk baca kartun sahaja).


Replika pokok durian dan basikal tua pun ada. Nostalgia sungguh. Lagi nostalgia patutnya pasang filem P.Ramlee....


Masa kami datang, orang tak ramai sangat. So sangat selesa dan servis pun cepat.



Sherrina order lamb chop. Harga dalam RM15 kalau tak silap. 3 keping lamb. Sedikit liat tapi acceptable. Sos dia sedap. Memang confirm pakai sos botol sebab sebijik dengan sos yang Sherrina guna masa BBQ kat umah Ayu last year.


Kawan Sherrina order nasi goreng pedas. Memang pedas mengancam.

Minuman lak macam ala-ala minuman Island Red Cafe. Restoran ni dulu IRC ke? Takpelah, apa pun tempat ni memang best dan santai. Ada wi-fi lagi tu. Cuma nak datang sini time malam, agak hazab lah juga. Tengahari Ahad lega sikit.

Thursday, January 14, 2010

Berenang di lautan sepi

Nasi goreng ayam yang berenang sepi di lautan kuah lada hitam.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, January 07, 2010

Kuala Lumpur World Marching Band Competition 2009


Berjaya Times Square



Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur

Pink Flickr Logo?



Semasa melayari laman web 1Malaysia untuk melihat apa lagi projek 1Malaysia yang ada, ternampak kelibat logo di penjuru atas. Facebook, Flickr, Twitter, YouTube dan RSS. Erkkk....pink Flickr logo? Sejak bila lak? Gaya macam logo Facebook juga. Google mencari jika Flickr dah tukar logo. Gagal. Sapa sajalah yang design website ni, suka hati pilih pink karer...sebab tu warna rasmi isteri PM ke? LOL!

Monday, January 04, 2010

Why small camcorder?




Ini ada artikel yang bagus mengenai kenapa ada orang suka camcorder yang kecil dan mengapa ia cukup bagus. Baca di Malaysian Insider.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin