Thursday, December 22, 2005

Trip To Medan: Day 2 - Istana Maimun, Sun Plaza dan Taman Buaya Asam Kumbang

Hari kedua, cuaca agak mendung. Disini kerap hujan, seperti juga di Malaysia. Selepas sarapan pagi, van telah menunggu untuk membawa kami, aunty dan cousin Apek seramai 3 orang bersiar-siar sekitar kota.

Kami menuju ke Istana Maimun yang juga dikenali sebagai Istana Deli yang terletak di Jalan B. Katamso. Ianya sebuah istana lama yang telah berusia lingkungan 100 tahun. Kami disambut oleh jurupandu yang menerangkan mengenai sejarah istana dan kesulatanan Deli. Rupanya Allahyarhammah Tengku Ampuan Rahimah adalah daripada istana ini. Salah seorang pakcik disitu yang turut menceritakan salahsila istana tersebut mengatakan beliau berasal dari Kelang, Selangor. Menurutnya, susur galur keturunan Deli ini berkait rapat dengan kerabat diraja dibeberapa buah negeri di Malaysia seperti dengan kerabat Selangor, Negeri Sembilan dan Perak.

Mendengar penerangan salahsila kesultanan Deli dengan penuh teliti


Bergambar kenangan dihadapan pelamin yang sering disewakan untuk majlis perkahwinan.

Penjual2 sudah bersedia untuk menyerbu kearah kami membuatkan kami teragak-agak untuk turun daripada istana.

Selepas melawat Istana Maimun, kami ke tengah kota untuk menikmati makan tengahari di Restoran Garuda. Uniknya disini, semua lauk akan dihidangkan dan kita hanya perlu pilih lauk mana yang hendak dimakan. Lauk yang tidak diusik tidak akan dikenakan bayaran. Tak bagusnya kalau semua lauknya nampak enak2 belaka, macam nak usik semua. Barangkali udang besar disini murah, kami makan udang besar sepuas-puasnya. Minuman yang dihidangkan adalah air kosong tetapi kita boleh order minuman tambahan. Apek order jus oren yang rasanya sedap sekali. Gunakan buah limau yg kulitnya warna hijau tu. Lana ngan Jaril order teh manis dingin (teh o ais). Puding nata de coco dihidangkan sebagai pencuci mulut.

Hujan di tengahari Jumaat turun agak lebat. Van menghantar kami ke Sun Plaza dimana Apek hendak buat manicure dan potong rambut. Kami yang lain berlegar2 disekitar plaza mencari CD yang harganya jauh lebih murah berbanding di KL. Sempat memborong beberapa CD filem2 Indonesia yang tiada di Malaysia lakonan Dian Sastro. Aku belikan CD Marcel yang adik aku kirim dan member2 memborong CD Peter Pan dan Radja yang menjadi kesukaan mereka ketika ini. Bukan cd pirate okay, semuanya original. Original disini lebih murah berbanding di Malaysia. Ketika berlegar2 didalam kedai muzik, terjumpa juga CD Siti Nurhaliza. Ternyata penduduk tempatan sangat mengenai Siti Nurhaliza. Jurujual kata Siti Nurhaliza pernah buat show di Sun Plaza.

Album Siti Nurhaliza di rak2 album. Tak nampak pula album artis2 Malaysia yang lain.


Bangunan lama yang kini menjadi Pejabat Pos.


Keretapi melintasi ditengah-tengah kota.


Selamat datang ke Taman Buaya Asam Kumbang, yang terletak dalam 1/2 jam perjalanan dari kota Medan. Terletak di Kecamatan Medan Selayang. Yuran masuk dikenakan sebanyak Rp4000 seorang. Menurut beberapa review di websites2, ramai mengatakan ia tidak berbaloi untuk dilawati. Tetapi bagi kitorang yang kemaruk nak tengok apa beza buaya Malaysia ngan buaya Indon, terhibur juga sebenarnya. Kalau kat Zoo Negara atau Taman Buaya di sini, pagarnya tinggi2 tapi di Taman Buaya Asam Kumbang ini, tembok pemisan buaya dan anda hanya setinggi paras bahu dewasa. Gerun juga melihat buaya2 yang bertimpa-timpa antara satu sama lain, panjang dan besar2. Spesis buaya apa, tak tau.

Keadaan persekitaran agak kotor dan daif. Kesian jugak melihat buaya2 ni hidup berhimpit-himpitan. Tidak jauh dari sangkar2 buaya tu ada satu tasik yang dikatakan menjadi kediaman 2000 ekor buaya. Kelihatan timbul disana-sini.


Buaya-buaya disini diberi makan ayam.


Berlegar2 sambil menjeling adik-adik manis yang dok berdiri ditepi tasik....


Menikmati makan malam yang baru sahaja disambar.


Bergambar kenangan di Taman Buaya.


Anak monyet memberikan pose istimewa.

Sebaik sahaja selesai melawat Taman Buaya, hujan turun lagi. Kami terus pulang ke rumah dan bersiap-sedia untuk satu lagi aktiviti keesokan harinya iaitu ke Danau Toba.


Trip To Medan: Day 1 - Pajak Ikan

Sudah aje sampai di umah, kami disambut oleh Aunty June, mak Apek yang tinggal disitu kerana mengikut suaminya bertugas di Medan. Rumah banglo 2 tingkat itu sangat luas dan selesa. Kitorang berlima tidur di bilik paling besar di tingkat atas.

Setelah selesai mandi dan mkan tengahari, Aunty June membawa kitorang ke kota Medan dengan menaiki sebuah van yang disewa khas. Lokasi pertama ialah sebuah pasar dipanggil Pajak Ikan. Disini adalah tempat utk shopping kain2, telekung dan juga cenderamata2 yg menarik. Kat setengah jam jugak le di gerai telekung yg aunty June kenal tokeynya. Sehelai telekung yang bagus dengan sulaman berwarna boleh ditawar sehingga ke Rp 100,000. Yang putih biasa dengan sulaman pula sekitar Rp70,000-Rp80,000.



Tawar-menawar harga sehingga kepala penjualnya pusing.


Tu dia rombongan Cik Kiah ke Kota Medan. Tu didepan skali mamat yang dok asik le suruh kitorang beli beg telekung. Lepas tawar2, member aku amik kat 10 beg. Balik KL boleh jual balik. One thing bila shopping di Pajak Ikan ni ialah, kita akan dikerumuni oleh penjual2 lain yg menjual cenderamata, beg, keychain dll. Mcm selebriti le pulak.

Selain dari telekung yg berkualiti tinggi dengan harga yang murah, kain pasang juga tak ketinggalan. Design cantik2 dan harganya murah2 juga. Borong sakan le.



Habis aje round kat Pajak Ikan (fuhh, hampir gaduh ngan penjual t-shirt Lake Toba sebab ada mamat lain kata gerai tu dia punye and nak bagi rega murah gile. Baru nak telek2, datang owner sebenar. Apalagi, kene seranah le ngan aunty sebab dia bising2 kitorang usik baju2 dia..ek elehhh.....) kitorang ke Pajak Petisah. Kat sini kira macam pasar basah le. Macam2 ada. Awin sempat le borong keropok, aunty beli pinggan seramik and ikan masin utk dimakan malam nanti.


Macam2 jenis makanan kering ada dijual disini.


satu perkara yang unik disini ialah, kepelbagaian makanan kering yang dimasinkan. Ikan kering aje ntah brape belas jenis, sampai ke jenis2 yg aku sendiri tak penah tengok. Bukan sahaja ikan, malah udang turut dikeringkan. Kat sini takat udang kering tu udang kecik2, disana udang yg sederhana besar pun dikeringkan juga. Rasanya udang kertas kot. Oh ye, even isi kerang juga turut dikeringkan....fuhh, banyak tak terkira.


Penjual rokok jalanan ini ada sahaja dimana-mana untuk memenuhi kehendak mereka2 yang hendak menghanguskan peparunya...


Penjual pecal menjunjung barang jualan sambil berteriak memanggil pelanggan.



Semasa dalam perjalanan pulang, aku duduk dihadapan sebelah driver dan mengambil peluang mengamati persekitaran bandar dengan lebih jelas. Sedang dalam kesesakan di lewat petang, kelihatan kanak-kanak menjual akhbar dicelah-celah kenderaan. Aku beli senaskah untuk kenangan, hanya Rp 1500 (65 sen). Kuberikan Rp2000 dan menyuruhnya menyimpan wang baki. Sedih melihat kemiskinan yang menghimpit anak2 kecil ini.

Bandar nya padat dan tertumpu dimana lokasi pasar2 dan bangunan2 tidak begitu jauh antara satu sama lain. Kenderaan awam yang banyak berkeliaran adalah beca basikal, beca bermotor, teksi dan van/bas. Keadaan jalanraya sibuk pada hampir setiap masa. Pemanduan kenderaan di bandar ini jauh lebih mencabar dari di KL. Masing2 tidak kalah untuk maju ke hadapan, memotong atau masuk ke lorong. Dahulu lampu isyarat hanyalah satu hiasan tetapi sekarang undang2 lebih ketat dan ramai mula patut kerana polisi (polis) berada di kawasan2 utama.

Jangan terkejut jika mendapati keadaan lebih bising disini kerana memandu disini tanpa hon adalah bagaikan memandu dengan brek tidak berfungsi. Hendak memotong, mereka hon. Bila lampu isyarat dah hijau pun, orang belakang akan hon. Hendak suruh kenderaan depan bergerak cepat pun hon. Jadi, hon kenderaan adalah satu keperluan penting. Kenderaan bukan sahaja perlu bersaing dengan kenderaan2 lain, bahkan juga dengan pejalan kaki yang berkeliaran melintas jalanraya bila2 masa mereka suka. Belum lagi ditambah dengan beca bermotor yang berlumba sesama sendiri untuk menghantar penumpang ke destinasi dengan pantas. Walaupun mereka disini memandu dengan laju, tetapi mereka cekap dan berhati2. So far sepanjang kat sana tak nampak/terjumpa dengan sebarang kemalangan jalanraya.

Sampai rumah pada lewat petang, mandi, makan malam dan menonton tv. Mujur ada Astro, dapat juga mengikuti perkembangan terkini di tanahair. Oh ya, disini waktunya satu jam lebih lewat daripada di Malaysia. Jadi, kami menonton Buletin Utama pada jam 7 malam. Jam 6 petang sudah mula gelap dan Maghrib juga awal, dalam pukul 6.45pm gitu.

Malamnya semua tidur awal kerana keletihan....


Sambungannya: Hari Kedua
Trip To Medan: Day 1 - Departure And Arrival

Malam sebelum bertolak ke Medan, aku and Wana tido kat umah member di Cheras kerana kitorang bertiga akan bertolak ke KLIA sama2. Aku berbekalkan 1 luggage yg sudahpun separa berat dan satu backpack, berkampung di rumah Mas. Malam tu Apek and Nerul datang ke umah berbincang mengenai plan terbaik nak ke KLIA. Awin yg masih dok berdating di saat2 akhir, call and bagitau yang adiknya akan hantar dengan kete. Jimat duit takyah naik ERL (hulur le sket utk minyak kete)

Kunun taknak tido, last2 lelap gak sampai kol 5 pagi. Bangun, aiseh...air tadak beb. Tangki utama dicuci. Mandi koboi ajelah, pakai air spare. Lepas mandi dan bersiap, check barang2 semua cukup. Naik kete Mas, sarapan pagi di kedai mamak berdekatan. Lenggang beb, yelah kol 6 pagi. Mana ada org lagi. Tak berani pekena roti canai, takut dlm plane nanti sakit perut. Takat teh kosong ngan roti bakar aje. Then kitorang gerak ke rumah family Mas tak jauh dari situ. Park kete sambil menunggu Awin dan adiknya.

Jam 7.15 pagi, seekor Kenari sampai bersama dua manusia didalamnya. Jenuh gak nak susun 3 luggage dlm kete tu (mujur Nerul amik luggage aku dulu mlm tadi utk disimpan dalam kete Apek)but berjaya jugak. Bertolak menuju Kesas highway dan berkumpul di stesen minyak Mobil yang ada MacD tu. Aku join kete Apek and adiknya. Awin, Mas, Wana and adik awin dlm kete Kenari. Keadaan jalan clear, cuaca pun cun.

Sampai di KLIA jam 8.30am, terus check-in, beratur cop passport punye le lama. lepas settle semua, luggage pun dah jalan....kitorang chow ke Burger King. Sarapan pagi bagi mereka yg tak sarapan. Tak sempat nak kunyah, depa dah panggil suh naik Aerotrain. First time naik menatang ni, last naik plane gi Kota Bharu I think masa tu naik kat Subang lagi kot.

Aiseh, samada seat plane makin kecik atau aku yang makin beso. Ngam2 aje, tu pun lutut pedih bertemu kerusi depan. Lepas take off, depa serve food. Biasaklah, ada steward yang akan ajar cara2 pakai mask, jaket and etc. Sure bera aje muka kalau most penumpang buat donno aje kat depa. But aku concentrate lah, coz the guy is cute. hehe...

Makan, depa serve ntah amende lah. dua potong sandwich bodo2 besar jari telunjuk+jari hantu, kek pisang kecik, kopi suku cawan ngan jus oren. Ni lah, duit juta2 abis beli painting bodoh...passenger dapat le makanan mcm ni. Macam ciss!

45 minutes later, sampai kat airport Polinia. tu pun delay bout 20 minutes sebab plane kene beratur masa nak take off dari KLIA. Turun dari plane, ada bas kecik menunggu. Naik bas ke terminal. Ada security staff and a dog yang menyambut kedatangan kitorang (eh, tadak ka bunga manggar ka....kompang2 ka?). Masuk aje terminal, pegawai sana serbu kat kitorang. Rupanya kitorang bedal aje naik bas, tak bagi arrival card. Cehh, mana le teman tahu. Isi kat situ gak, pastu lalu kat exit dan keluar amik beg. Ada le few men in green shirt nak amikkan beg tu but kitorang refused coz service tu kene bayo. Staff kepada ayah member gua tunggu dan bawak kitorang naik ketenya, Toyota Fortuner.

Sambung besok daa...mata dah ngantuk. Pics? Sok aaa.....baru sampai mana ada snap gambo. hehe....

Sambungan: Tiba Di Medan
Home Sweet Home


Fuhh...penat tah habis lagi. Balik aje dari KL, ari ni terus gi keje. Bukan bleh nak tambah cuti hilangkan lenguh coz dah set training utk sekolah di Sri Damansara. Mujur tak tertidur pagi tadi.


Anyway, the trip was great. Pics? Ntah...ada kat thousand le kot. hehe....tak cukup 512 MB card, burn those photos kat kedai, kosongkan dan snap lagi sampai penuh.

Check out this place. I will be writing every single activity as details as possible coz I hardly be able to remember it in...hmmm....after 1 month I think. So, while it's still in the brain (ni pon dah fade sikit2, kene tanye member2 balik utk clarify), better I blog about the 6 days trip to Medan, Indonesia which is among the best trip in my entire life.

There will be photos (plenty) and stories....maybe bit of history stuff. I need to record it here and later, print it out for my own collection.

Enjoy! :)

Wednesday, December 14, 2005

This blog will be given a rest for 6 days. I'll be flying to Medan, Indonesia tomorrow with 4 friends. It will be my first ever trip to outside Malaysia without family. It's quite fun and adventure to arrange everything on my own, from passport to money change. I can declared myself as jutawan now, I have at least sejuta rupiah in my pocket. muehehhe...

check out this place on 21st of December. Tonnes of pics and stories will be published. Till then, have a nice day :)

Thursday, December 08, 2005

Why bother to study hard?

Source: The Star

Tuesday, December 06, 2005

Port Dickson Revisited

My parent received two days stay at Selesa Beach Resort (previously it was Regency). We went there on Sunday and came back today. Nothing much to do except swimming in the swimming pool. The town was quiet, not many people visiting this place at this time (even though it is school holiday). Probably because of the slow economy, high petrol price and toll, and also parents keeping aside money for school which will reopen in January 2006.

Some pics taken during the two nights stay.


It's a beautiful day. Bright and shine.


Let's play beach soccer....


God knows how much I hate this when staying in hotels (except Berjaya hotels. They are the best. Even allowed my mom to swim with long skirt). Thanks to my mom who had to marched to the manager's room and seek for explaination. In just 2 minutes, the assistant manager who was in charged quickly allowed us to use it even wearing shirt and pant. Gosh, it's so good to be able to swim in a pool again after so long.

It's only 5 feet deep. Not fun to swim when your toes can touch the floor.


Is this what they called as horizon?


We had lunch at the Admiral Port Dickson club where many boats can be seen at the dock. One of it owned by one of Tun Mahathir's son which he hardly use at all. This boat cost at leat 100k and the price range from 100k to 2 million dollar. It's not cheap to own this and to maintain this babe.

We don't have to consume it to learn about it. I enjoyed learning various type of liquor and what they made from, from the bar man behind there. He knows a lot. From beer to wine, from Jim Beam to Martini, each information is at his fingertips. Even he was sent to Singapore to undergo training on liquor alone.


ahooii there, just arrived from Auckland, New Zealand.

As usual, full photos can be found in my fotopages.

Sunday, December 04, 2005

ave a

I will be away for a few days. Catching up quick vacation in Port Dickson. Come back here on Wednesday. I shall load photos from the PD vacation.

Till then, have a nice day ;)

Friday, December 02, 2005

HAPPY BIRTHDAY YANG KE 32.

To cousin gua yang dah mencecah umur 32 tahun, Happy Birthday!

Monday, November 28, 2005

Rose and Kamarul's Wedding Ceremony


The ceremony was held last night at the grand Selangor Royal Club at about 9pm. The weather was wet, it was drizzling and unfortunately I got lost in the middle of the town before finding the place which I have never been before.

Rose is my friend, my ex-classmate from CBN school. Who could believe a girl who always crack lousy jokes and love to poked around while teacher was teaching in front is now officially Kamarul's wife. She was only able to control herself during the first 2 hours of the ceremony, and right after the event ended at 10pm, she's back to her old self....cracking jokes all the way down the hall.

The bride and the bridegroom walked down into the ballroom.

The beautiful couple on the pelamin while a creative slideshow was shown at the back. I really like the idea of including a short videpclip on how they met and why they like each other. So cute.

Cake cutting ceremony which is also part of the event. I think Kamarul has a bit of look like Norman KRU. Many of us thought it too..

The couple moving towards the club's entrance to said goodbye and thanks to the guests.

As usual, group photo is a must.

At the stair pon orait. (I think it's better coz semua bleh squeeze in nicely)

Full photos can be obtained at my Fotopages. Click here.

I also did happened to have a few free hours in the evening at the office after the computer camp and took the time to refresh my skills on Windows Movie Maker.

For those who CBNers who would like to obtain the videoclip, please send an emaill to me and I shall forward it to you.

Friday, November 25, 2005

POLIS PUNYA HAL


Smalam sambil pekena satay free (jiran bagi, terima kasih), sherrina dok sembang2 ngan mak sherrina pasal kes polis yg suh budak cina tu bogel sambil ketuk ketampi (ni le akibat banyak sgt tgk citer P.Ramlee), mak sherrina citer le pasal bebaru ni gi ziarah jiran lama (masa dulu2 dok tmn bunga raya) yang penah jaga sherrina masa sherrina kecik2 dulu (tu yg masa kecik bulat, jiran ni suap sherrina makan nasi gaul ngan ghee....hihi, tapi sedap)

Aunty ni dok kat Gombak skarang. Area tak jauh dari Greenwood. Katanya la ni dia dok stressful sangat. Pikirkan keselamatan anak2 nya (semua dah beso panjang, paling kecik pon lepas SPM) sebab asik dok diperambat dek polis. Katanya kat area sana, Polis guna macam2 tektik nak kacau kehidupan mereka. Penah sekali tu anaknya lepak ngan member2 kat tepi jalan. Polis lalu dan berenti kat depa. Polis kata depa suspek budak2 ni ada simpan dadah dalam poket dan minta nak periksa poket mereka.

Budak2 ni pun hangguk ajelah lalu hulur poket mereka. Lepak diseluk dek polis2 ni, polis ni kata depa bawak dadah, sambil menunjukkan jari2 mereka yg tersisa dadah. terkejut budak2 ni, polis tu mintak duit kalau taknak kes ni dibawa ke balai. kalau naik, confirm kantoi. so polis ni gi le umah2 budak ni kutip duit.

Rupanya taktik polis yg kotor ni ialah dorang awal2 lagi celup jari dorang dalam dadah dan bila dorang approach budak2 ni, dorang seluk poket tu. Confirm le kantoi coz dadah tu dah memang tersisa kat jari2 dorang even before dorang seluk poket budak2 tu. Ini le salah satu cara polis carik duit.

Hari2 kita dengar, kita baca kisah perlakuan buruk polis yang sepatutnya menjadi contoh yang sepatutnya membela rakyat. Sampai sherrina dok pikir, masih adakah polis yg benar2 polis sejati dalam erti kata yang sebenarnya di Malaysia yang permai dan bertuah ini? Korang kenal mana2 polis yang masih genuine polis? Teringin beno aku nak kenal. Kot2 masih ada baka2 yg suci dan asli ni di Malaysia nih.....

Moralnya, hati2 le bila berdepan dengan polis dan jangan melakukan sesuatu yang membolehkan mereka mendapat alasan untuk menahan, menyiasat atau approach anda.

Tips: Kalau Polis minta nak check poket, cepat2 keluarkan segala isi perut poket anda dan tunjukkan poket anda kosong (keluarkan kain poket tu) supaya takde alasan dorang nak kata anda bawa dadah ke atau apa2. Kalau anda tau apa2 taktik untuk melindungi diri daripada dianiaya polis (ataupun polis tiruan, yang menyamar jadi polis), mari share disini.

Thursday, November 24, 2005

STREAMYX HOLIDAY BASH

Ever since I came across e-browse , the online local newspaper which offer all newspaper online at cheaper price, I seldom purchase The Star and Malay Mail (which cost more than the online version) except if I'm interested in any contest (hey, it is so unfair coz online reader aren't able to participate in contest that requires paper cutting). Even though it did created slight problemin the early days, but now it works out smooth.

This afternoon while flipping through the pages, I came across this ads by TM Net:

As I was eyeing the Package 2, the offer is good. All those free stuff. The free online newspaper!! (wahh...read all newspaper for free!!!!) I search to the bottom for Terms and Conditons, nothing funny. So, I quickly rang the 1-300 number and talked with one of the in-charge. Dang, the offer is only for new register only (we Malaysians never learn how to appreciated existing customers eh). I was nearly about to agree come out with the idea to close my current Streamyx account and register as new user when at the end of the conversation, the in-charge break the news. The online newspaper (can read all newspaper) is free for 3 months only (strange, the promo in the tm net website said that it's only free for a month. God knows which one is true). Cehh....nearly give up my precious streamyx account (at some hot places, the access is so limited....people have to fight for it)

Moral of the story: Investigate deeply before making decision.

Wednesday, November 23, 2005

THE PELICAN BRIEF

It's now 3.23am and yes, I am online in the wee hours. Hard to catch a sleep after 3 hours of quick nap (a nap, yeah right!) before 12am. While updating this blog, there's a helicopter been making few rounds near my neighbourhood. God know what are they doing up there at this time and it's been like this for a week (hunting for escaped criminal? I don't think so. Flying exercise? Maybe. Nothing to do but to waste the taxpayer's money..could be).

I am in the middle of reading one of the book which I bought earlier
before hari raya, written by John Grisham, my favourite author when I stumble this word: eulogy which means a laudatory speech or written tribute, especially one praising someone who has died.

Now, should it be "a eulogy" or "an eulogy" ?

Anyway, the book is great. It's about a law student who came out with a brief about the assasination of 2 great judges in the United States. As I was
googling, I found out that the book has been made into movie in 1993 acted by Denzel Washington (gosh, he is damn good in this thriller movie. Check out The Bone Collector ) and Julia Roberts (oh gosh, this movie is almost perfect. A combination of my two favourite actor and actress)


According to amazon.com, the paper back version of The Pelican Brief will be available in April 2006. Wah, take so long to publish the paperback version.

Aiseh, who are playing with the helicopter over and over again? I don't think I've heard any of the animals from the nearby National Zoo has escaped. It's like those days in the hostels where the warden walked to and fro along the corridor to check whether you are sleeping or stil awake. I'm off to bed now, before the helicopter landed behind my house and yell me to lights off.....

Friday, November 18, 2005

Wanna work in the Millionnaire's Planet?

WORK WITH ME, NOT FOR ME!

True Wealth and Azizi Ali are on the extremely fast track to become the No. 1 financial educator in Malaysia. Based in Kelana Jaya, we require a new superstar to help us on our journey to the stars. If you want to excel in a fun and exciting work environment, with excellent growth prospects, want to make a difference to the world and believe that you are the best, read on and then take action!

1. Editorial Assistant
Responsibilities
To assist the Editor in organizing and checking material for Pulication
Check and edit layout
Proofread text
Make corrections on the hardcopy and computer
Update content, covers & films for reprints
Compile and record feedack for all new books
Requirements
Min 1 year editing experience in a publishing company
Minimum SPM holder. Higher qualification is an advantage
Excellent written and spoken English and Malay
Meticulous and well organized
A team player
Expert in Microsoft Office and internet
Ability to work to tight deadlines
Loves books and reading
Age 20 – 35 years old
We offer:
an extremely competitive salary package plus overtime, bonus and incentives vast opportunity to learn and grow with the company motivating and exhilarating work atmosphere a chance to make a difference to the world a chance to explore your talent and ideas to the optimum
And yes, only the best need apply.
So if you are the stars we're looking for, please submit a recent passport photo, full curriculum vitae giving personal and career details, past, present and expected salary and contact telephone number before 30th Nov 2005 to:
True Wealth Sdn Bhd
A310, Level 3, Block AKelana Square
Jalan SS7/26, Kelana Jaya
47301 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan
Tel: 03-7880 1051 Fax: 03-7880 8051
E-mail: azlina@MillionairesPlanet.com

Click here for details

Gee...I wish I could apply. Damn, if not because of next year I need to start my practical training, I would have tried my luck to work with his company.....

Wednesday, November 16, 2005

PEACEFUL EVENING AT TITIWANGSA







What could be better than a peaceful stroll along the lakeside of Titiwangsa while munching jeruk on a fine evening?

THE BLOODY POP-UP

Have you come across this kind of pop-up? Lately I've been receiving at everytime I reformatted my laptop.

Thank you Microsoft for providing the way to disable this thing. Wanna know? The medicine is here

Tuesday, November 15, 2005

DINNER AT JOHNNY'S



My friend and I had a dinner at Johnny's in Times Square before heading to Border's for free reading (hehe). We'd love to tried the steamboats but we go for the hot & spicy fried rice set which includes tomyam, ice-cream and drink (plain tea or plain water)




Hot & Spicy Fried Rice

thumbs up to Johnny's for making this superb tomyam...slurrpp until the last drop.

We had tried the plain tea before and we never like it. Today, we opted for cool, plain water. A must if you have the spicy tomyam and the spicy fried rice. Hey, it's free refill too. Hooraayy!!





We ordered extra lauk, the BBQ chicken. Very tasty and plenty of it. More than enough for two.

What could be better than a nice cup of chocolate ice-cream after all this spicy food?

Friday, November 11, 2005

SITI NURHALIZA PON JOIN MLM

Ingatkan artis tak buat side2 income nie. Terkejut gak bukak email pagi tadi. Siti Nurhaliza, Ziana Zain...Nasha Aziz pon ada..ishh.ishhhh....kumpul buat belanja kahwin kuttt....hihihihi...

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin