Pepagi aku dikejutkan dek mak suh masak nasik. Actually, takde le pepagi sangat pon coz adik aku pon dah slamat ke sekolah. Ibu ngan lid nak pi meeting saham kat PJ. Aku teringat assignment yg belum siap. Terus aku bukak laptop dan cuba menyiapkannya. Nasib baik beli buku yg lecturer recommend nie. Jawapan banyak dalam buku nie rupanya. Tengah2 buat assignment lid ketuk pintu. Mintak tolong pakaikan stokin sebab backbonenya sakit, takleh nak tunduk. Tersengih aku dibuatnya. Kali terakhir aku pakaikan stokin utk lid masa skolah menengah. Teringat masa skolah rendah, hari2 tugas aku le memakaikan stokin bila lid nak pi keje and tanggalkan stokin bila lid balik dari keje. Aku slalu komplen stokin lid busuk. Kenangan masa kecik-kecik.
Siap aje assignment terus aku print. bersiap2 dan terus ke Unitar dan submit assignment. right on time. Pastu ingat nak gi study kat opis tapi malas le plak. takde org kat opis. Tepon member lepak umah dia. Pastu pi kedai member sorang lagi sembang2. Lama x berkumpul, sembang tahap tak hingat dunia. Rupanya aku tak sedar ada miss call kat henpon. Bila check aku terpegun. Biar benar. Apa mimpi dia nie call aku? Aku pon call le balik. Katanya saje je tanya khabar, lama x dengo citer. ooo....aku pon tanya le life dia camne. Dia rupanya tgh wat dip kat kolej di Damansara. Course yg dulu jugak. Dia tekejut bila dapat tau aku keje sambil blaja. Sembang punya sembang dia kata nak jumpa. Dah 5 tahun kami tak bersua. Last skali masa hari terakhir di mrsm dulu selepas exam SPM. Masa amik result pon aku tak jumpa dia. Masa aku convo kat Skudai pon tak jumpa dia. Aku just kata tgk le bila free. Minggu nie aku busy ngan exam. Lepas aku bye kat dia aku termangu sebentar. 5 tahun tu. Seingat aku lepas SPM kitorang berutus surat dalam tempoh 6 bulan pertama agaknya. Pastu ada sekali dia hantar kad masa aku 2nd year di UTM dan selepas itu sepi tanpa berita. Dan nak dijadikan cerita rupanya lepas dia ditendang dari UTM dan masuk kolej di Damansara, dia sebilik ngan kawan karib adik aku. Adik aku terperanjat melihat album gambar dia ada gambo aku dan kawan2 sekolah dulu. Dari situlah dia dapat no phone aku dan contact aku semula. Life is full of surprise. Just like a box of chocolate. But how come we will never know what is inside it since we already know that it is a box of chocolate? Takkan ada ayam plak duk dalam kotak cokelat? Hmm...apa agaknya agenda yg menanti di hari esok?
tangkap ikan haruan
dapat si ikan keli
kalau salah haluan
cari tok guru belajarlah lagi
Monday, June 30, 2003
Sunday, June 29, 2003
Sure Giler TV3
Ahad yg damai. As usual aku bangun dengan niat nak gi lepak di workstation. Tapi memandangkan geng2 MTU berkobar nak nengok gambo, aku batalkan aje. Esok pon cuti lagi, bleh gi sana. sambil tu bleh submit assignment. Lepas mandi, aku menyiapkan diri. Yeargghh...what a nice and bright day.
Lepas sarapan, aku suh walid(ayah) sign borang streamyx. Tanpa banyak soal walid sign borang dan bagi potostat IC. Aitt...mood baik pagi nie. Kalu tak sure aku kene terangkan sejarah dan asal usul streamyx tu dulu baru dia sign. Then bergegas ke kedai gambo utk anto negatif Sg Congkak yg hendak dicuci dan terus ke LRT Gombak utk ke Masjid Jamek. Sambil menunggu train aku mengerling ke Tag Heuer yg terlilit kemas di pergelangan tangan. Hmm...awal lagi nie. Sempat nak ke Minerva Masjid India carik buku data communication. Sedang aku melangkah ke dalam train, handphoneku berbunyi. Rupanya kawanku memberitahu buku yg kami cari ada di Minerva. Allright....plan berjalan lancar seperti yg dirancang. Sampai di LRT Putra Masjid India aku melilau mencari jalan. Huh, bila agaknya kali terakhir aku naik LRT ke sini? Slalunya aku drive. Pusing punya pusing jumpa jugak akhirnya. Tapi buku tu dah abis di Minerva. Mujur di Pustaka Mukmin ada stok. Cantekk.. lepas sambar buku aku ke A&W mengalas perut. Sedang aku menikmati burger tetiba aku rasa seperti diperhatikan. Aitt...apsal awek sorang sana tu dok asik pandang aku. Baju aku senget ke, ada sos tumpah kat tudung ke? Aku cuba recall memory kot dia nie penah sekolah ngan aku. Macam familiar. Rasanya satu skolah masa di CBN dulu tapi sumpah aku tak ingat nama dia.
Aku berjalan ke Star Jamek. Tetiba Am sms mintak tulun belikan tiket balik putra. Ha'ah. aku pon tak teringat nak bikin plan kecemasan. buatnya balik nanti Putra sesak gile, naya aje. Aku bergegas ke Putra utk beli 2 tiket dan terus ke Star. Humang aihhh....pasar borong ke hapa. Manusia banyak giler. Terserempak ngan member aku si Murni. Dia pon gi ngan cousin2 dia. Aku dah termangu-mangu. Nak beli kat mesin, sket punye sesak. Kat kaunter, muka brother kaunter pon aku tak nampak. Lagu mana nie? Ahh...beratur ajelah. Ada rezeki ada, kalau takde aku balik ajelah. Setengah jam aku menilik muka2 manusia yg excited nak ke Bukit Jalil. Lepas dapat tiket, terpaksa berasak pula menaiki train. Huh, bila kali terakhir aku naik star? Tahun 2001 agaknya masa nak ke Puduraya nak amik bas ke Skudai utk konvokesyen. Puas aku memerhatikan pemandangan sepanjang perjalanan. Rumah2 setinggan tu masih maintain seperti kali terakhir aku lihat dahulu.
Sampai di Bukit Jalil, humang aihhh....selautan manusia. Aku meredah seorang diri mencari booth Streamyx. Tak sabo aku nak submit borang streamyx. Bestnya ada unlimited access di umah nanti. Terpaksa calling2 Amz beberapa kali sebab tak jumpa booth. Cuba gak cari booth MNI kot cousin aku ada bertugas tapi tak jumpa. Yg banyak booth makanan. Bukti betapa rakyat Malaysia sangat suka makan. Sampai disana Amz bawa aku berjumpa syuk ngan fathi di belakang. Lepas sembang dan tengok2 gambo, aku berjalan2 kejap mencari minuman. Tak sangka terserempak ngan Aie. Ex-boyfriend housemate aku dulu. Still maintain sama. Friendly cam dulu jugak. Katanya dia dapat keje baru di Mesiniaga. Baguslah. Dia pon tunjukkan aku kertas iklan jawatan kosong oleh Telekom. Dia suh aku apply. Pehhh...thank you my pren. Macam tau2 aje aku tgh dok usha keje baru. Lepas sembang2 aku jalan2 tgk booth Majalah 3. hooo....macam tu rupanya Norazlina Ridzwan disebalik kamera. Kecik aje orangnya. Si Fathi gi cari NorJumma. Katanya minah tu classmate dia di UIA.
Pukul 4.30 aku dah start ngantuk. Letih tu. dah le panas. Nak nunggu siti nurhaliza, ntah mana dia. Last2 aku sms pada Amz kata aku nak balik dulu le. Si Syuk ngan Fathi ntah kemana. Geng2 TNB pon tatau sampai ke tak. Sampai di pintu masuk LRT Star aku terkujat lagi. Semua access ditutup sebab terlampau ramai manusia. walaupun aku ada kad pergi balik, ternyata ianya tidak memberi kelebihan. Terpaksa menunggu setengah jam dalam kehangatan petang yg perit menunggu giliran dibenarkan masuk. Kesian anak-anak kecil menangis kepanasan. Ada juga yg dah start pengsan2. Orang ramai mula berteriak meminta pintu dibuka dengan segera. Petugas FRU terpaksa menjerit pada org ramai mintak beratur. Didepan mata aku sendiri aku lihat seorang remaja menjerit pada pegawai suruh buka pintu yg lain. Pegawai tu agaknya dah letih explain terus tarik budak tu dan tunjuk kepada kaunter. aku tak paham. agaknya takde petugas di kaunter ke ataupun terlampau ramai umat nak keluar dari situ.
Heran melihat mak bapak yg sanggup usung anak2 kecil ke bukit jalil. Ada pula yg tatau le apa motifnya, anak yg masih kemerahan pon diusung sama. Giler ke hapa. Mak aku kata, masa aku dah umur setengah tahun baru mak aku bawak aku pi tempat awam. Mak bapak zaman millenium. Mak bapak yg sure heboh mengusung anak2 yg heboh menangis kepenatan dan kepanasan. Ada sorang brother pon aku heran. Ada ke dalam cuaca dan tempat sebegini di pakaikan si anak smart2. Pakai t shirt berkolar ngan jeans panjang. Kesian aku melihat budak tu menangis tak henti2. panas bebeno agaknya.
Naik aje LRT Star aku berikrar taknak dah berasak begini lagi kecuali benar2 perlu. Aku tiba di rumah jam 6.30 petang. Assignment data comm menanti untuk disiapkan. Tapi otak dan badan aku benar2 penat. Maybe I should take a quick nap. zzzz....

Saturday, June 28, 2003
What A Day!!
Sabtu menjelma lagi. As usual aku sure bangun lewat punye. Maklum le kelas kol 11.30. tapi pagi nie apa mimpi ntah aku bangun awal plak. terkejut member tgk aku terpacak awal kat opis. Dah le pepagi sket punye susah nak carik parking, tetiba ada petak aku tak dibenarkan parking plak sebab ada company nak punggah barang. Aku dah malas nak bertekak ngan pakcik guard tu. Park aje le kat padang.
Abis kelas kat opis aku pi Unitar. Mujur Kuiz data comm open book kalu tak ternganga aku nak menjawab. ahh..open book pon soalan cam maut. terkial2 aku membelek buku mencari jawapan. Pas kelas pi pekena kuew tiow ngan teh tarik dan skarang aku melepakkan diri kat workstation. Pehh...apalagi, download lagu le. 100Mbps maaa...dah masuk dalam yuran. apelagi, lenjan le.
Sok member MTU ajak pi karnival tv3. aku lak ada exam rabu nie. 2 paper plak tu. ishhh...nak gi ke taknak? aduss...dah le 8 chapter plak tu data comm.....database plak 4 chapter. adussss...nak gi taknak, nak gi taknak....siti nurhaliza ada plak tuuu....aisehh, eh..sejak bila plak aku minat siti nih...muahahahaha....

Friday, June 27, 2003
Weblogku Kesepian.
Nie MTU nye pasal le. Lepak sampai tengah malam kat mapley. makan tak hingat dunia. gelak tak hingat dunia. Sakit2 perut dibuatnya sambil memerhatikan pancaran bunga api (cengkadak si Syuk nie :p ).Lepas subuh ingat nak landing kejap aje sekali tgk jam...aiyaakkk....10am. Giloshh...kelas kol 10.30. berlari le menyiapkan diri. Lewat gak sampai.
Tengahari lunch tapau nasi aje. Fuhh..lapo tahap cipan tuu lupa nak sarapan. Abis kelas petang member aku balik dulu. Slalu balik ngan aku tapi ari nie dia ikut staff sorang lagik. Sengsorang ler aku menunggu parents datang mengutip semua budak. Bila dipikir2 gini, rasa nak carik keje lain le. Bila le nak merasa boleh menyimpan duit nak beli kete? Nak bayo downpayment pon tak lepas. aduss....cepat abis degree, cepat le aku carik keje lain.
Ingat nak siapkan assignment tapi buku plak lupa nak bawak. Tengah dok belek2 cd koleksi mp3 tetiba ternampak lagu nie. Aisehhh...lagu lama tuuuu...menggamit kenangan pilu time kecik2 dulu dengo lagu nie sambil main teng-teng.....hehehe...
Realiti dan Fantasi - Crossfire
kita sering dibatasi
realiti dan fantasi
disaat cinta bersemi
bersama berilusi
disitulah kita
mengenal ertinya budi
kasih sayang insani
dan peribadi
pada detik yang ngeri
yang tak pernah termimpi
ku dibelenggu sepi
kenangan membara lagi
meracuni hati yang keterlanjuran
baru kini ku akui
kau masih milikku lagi
dan terus bersemadi
hingga akhir nanti

Wednesday, June 25, 2003
Apo Nak Dikato
Hari nie hari paling kelam kabut dan berasap dalam minggu nie. pepagi lagi mak aku dah bebel suh aku gi amik souviner saham dia kat Island Peninsular. Dah le kol 9.30 aku ada kelas. dah brape minggu aku asik sampai lewat utk mengajar. baru ingat nak wat azam baru sampai awal. dah siap2 nak keluar ayah aku suh pi carik mekanik. kete iswara nye bateri kong. aduhh...apa le nasib. mujur ada bengkel yg dah bukak.
Lepas anto aje mamat mekanik tu ke umah, aku terus bergegas ke Setiawangsa. Tengah dok carik parking mak aku call tanye kat mana. aitt...mana lagi. tadi dia yg beria-ia beno suh pi amik hadiah. Rupanya mak aku ingat aku kat kawasan rumah lagi sebab diorang blah tadi tak kunci pintu. Yearrghhh...nie yg rasa nak makan steering kete nie. Aku henjut kete tua tu sampai ke umah. Giler hape tekan 90km/j dalam kawasan perumahan. Lantaklah. lepas kunci pintu semua aku blah gi opis. cehh...sampai kol 9.50. student aku tgk dok main game. tak dan nak tarik napas aku terus mulakan lesson.
Petang plak member baik aku call. katanya kene cirit birit ngan demam. yg problemnya mak dia call dr kg suh carik kete gi sana amikkan kakak ipar dia yg dah nak bersalin tu hantar ke Klang coz kandungan tu ada problem. aiyaaa..time2 nie le tunang dia nak wat hal. tak dapek nak nolong. aku dah garu kepala. takkan nak henjut kete tua nie sampai ke Raub? mujur tadi dia call kata abg minah tu akan ke sana amik adik dia. Aku plak akan ke Gombak utk amik Zura hantar balik ke shah alam lepas zura ngan abg tu jemput adik dia di UIA utk tunjukkan jalan ke Raub. what a day!!

Tuesday, June 24, 2003
Masih meraba-raba...
Huhuhu...rupanya aku nie banyak ketinggalan dalam mende2 canggih didunia siber ini. Masih cuba mengodek-godek menggunakan blogger ini. camne yek nak tuka kaler? camne nak bubuh mende2 yg best-best tu....hmmm....
Assalammualaikum....
Yearrgghhh.....ini dia rupanya yg aku cari selama ini. Thanks pada Armz and Leeds coz dr korang le aku tau kewujudan menatang alah ini. Emmm...disini le akan menjadi medan aku menulis apa sahaja yg aku suka. Menggantikan diari manual ku sebanyak 4 buah itu (cehh...siap dah wasiatkan pada Zura in case apa2 jadik pada aku nanti...hahaha). Anyway, selamat membaca jika ada yg sudi membacanya.....:)

Subscribe to:
Posts (Atom)