Monday, June 30, 2003

Isnin Tiba Lagi

Pepagi aku dikejutkan dek mak suh masak nasik. Actually, takde le pepagi sangat pon coz adik aku pon dah slamat ke sekolah. Ibu ngan lid nak pi meeting saham kat PJ. Aku teringat assignment yg belum siap. Terus aku bukak laptop dan cuba menyiapkannya. Nasib baik beli buku yg lecturer recommend nie. Jawapan banyak dalam buku nie rupanya. Tengah2 buat assignment lid ketuk pintu. Mintak tolong pakaikan stokin sebab backbonenya sakit, takleh nak tunduk. Tersengih aku dibuatnya. Kali terakhir aku pakaikan stokin utk lid masa skolah menengah. Teringat masa skolah rendah, hari2 tugas aku le memakaikan stokin bila lid nak pi keje and tanggalkan stokin bila lid balik dari keje. Aku slalu komplen stokin lid busuk. Kenangan masa kecik-kecik.

Siap aje assignment terus aku print. bersiap2 dan terus ke Unitar dan submit assignment. right on time. Pastu ingat nak gi study kat opis tapi malas le plak. takde org kat opis. Tepon member lepak umah dia. Pastu pi kedai member sorang lagi sembang2. Lama x berkumpul, sembang tahap tak hingat dunia. Rupanya aku tak sedar ada miss call kat henpon. Bila check aku terpegun. Biar benar. Apa mimpi dia nie call aku? Aku pon call le balik. Katanya saje je tanya khabar, lama x dengo citer. ooo....aku pon tanya le life dia camne. Dia rupanya tgh wat dip kat kolej di Damansara. Course yg dulu jugak. Dia tekejut bila dapat tau aku keje sambil blaja. Sembang punya sembang dia kata nak jumpa. Dah 5 tahun kami tak bersua. Last skali masa hari terakhir di mrsm dulu selepas exam SPM. Masa amik result pon aku tak jumpa dia. Masa aku convo kat Skudai pon tak jumpa dia. Aku just kata tgk le bila free. Minggu nie aku busy ngan exam. Lepas aku bye kat dia aku termangu sebentar. 5 tahun tu. Seingat aku lepas SPM kitorang berutus surat dalam tempoh 6 bulan pertama agaknya. Pastu ada sekali dia hantar kad masa aku 2nd year di UTM dan selepas itu sepi tanpa berita. Dan nak dijadikan cerita rupanya lepas dia ditendang dari UTM dan masuk kolej di Damansara, dia sebilik ngan kawan karib adik aku. Adik aku terperanjat melihat album gambar dia ada gambo aku dan kawan2 sekolah dulu. Dari situlah dia dapat no phone aku dan contact aku semula. Life is full of surprise. Just like a box of chocolate. But how come we will never know what is inside it since we already know that it is a box of chocolate? Takkan ada ayam plak duk dalam kotak cokelat? Hmm...apa agaknya agenda yg menanti di hari esok?

tangkap ikan haruan
dapat si ikan keli
kalau salah haluan
cari tok guru belajarlah lagi

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin