Sunday, August 17, 2003

aduhai kawan2 seperjuanganku. what a day!! memang pengalaman pahit le hari nie. Tapi takpe, aku jadikannya pengajaran. Aku plak kesian kat manager aku sebab aku, dia yg kene dengan parent.

Begini ceritanya. Aku mengajar komputer kat Futurekids di KL. Sabtu lepas telah diadakan sesi ujian komputer dimana kali nie aku memang agak lain dari waktu ujian2 yg lepas. Time tu manager aku cuti, so aku jadik pemangku manager. Ntah kenapa tetiba haritu lepas satu-satu budak aku test, aku naik hangin. Sebab ada yg dah lama blaja tapi masih belum capai tahap yg memuaskan. Sampai satu ketika aku terpaksa pegang telinga sorang budak pompuan baru dia bleh wat keje (aku pegang aje, bukan piat) dan sorang budak lelaki (bapak dia nampak aku pegang tinger anak dia and aku kata aku terpaksa sbb dia tak dengar kata. Bapak dia kata takpe, kalau nak piat pon boleh).

So, hari nie aku edarkan keputusan exam. Aku tulis lebih panjang dan detail daripada biasa yg aku slalu buat. Dan kali nie aku lebih sincere dan jujur, malas dah nak cover2 budak2 nie. Tetiba petang tadi tgh aku relaks lepas kelas (sambil try2 wat database system) tetiba ada parent call nak jumpa. Rupanya parent yg aku piat tinger anak lelaki dia. Budak nie manja sket, anakbongsu dr dua beradik. Masa diorang sampai di opis, manager aku layan le. Kat sejam le aku dengo sok sek sok sek. Aku tunggu2 gak bila aku akan dipanggil. Tapi sampai abis aku tak dipanggil.

Pastu manager story kat aku yg mak pak budak tu tergezut baca report aku pasal anak dia dan decide nak tukar diorang gi FK di ampang. Hahaha..aku gelak. Aku dah agak. Mak pak yg jenis slalu pikior anak depa aje paling bagus dan sentiasa bagus walhal depan mereka aje pijak semut pon tak mati. Dalam kelas nakal. Sblm budak tu masuk ke tmpt aku, kelas aku cuma ada 1 org budak nakal. Masa budak tu baru masuk, aku dimaklumkan yg anak2 dia nie baik tahap dewa dan slalu le aku kene sound sebab aku tak dapek dan kawal budak2 lain supaya jgn bising (giler ke hapa, blaja komputer kene le wat discussion, lawak2 sket). Pastu selang 2,3 bulan tetiba budak yg paling nakal dalam kelas aku bertukar jadik baik sangat, pendiam, disiplin dan paling best ialah, dia jadik lebih pandai dari dulu. Fuhhh....aku terkesima dan kagum bila buat test ngan dia. Memang best le aku tulih laporan dia.

Tapi, budak yg dulunya baik nie tetiba amik alih takhta budak nakal. Aku naik pelik. Aku pikior sebab mak dia dah tak naik dok dlm opis cam dulu. Dan nakal tahap cipan rasa aku nak cepuk aje ngan seliper. Dah le tu, english makin broken (aku pelik camne mak dia bleh kata anak dia perfect english siap leh tulun budak2 darjah 1 and 2 buat homework english). Aku apa lagi, tulih kaw2 le dalam report. dan akhirnya depa datang komplen kata aku arrogant. aku cuba nak bagitau yg sebenar. silap le, aku patut beli video cam awal2, bleh aku show sebagai bukti. Danbaru aku sedar selama nie cekgu2 yg ngajor budak tu wat report 'manis-manis' supaya mak dia tak bising. tetiba kene aku wat report pedas, dia melenting takleh terima. siap hampir nak nangis tu. tapi aku pelik pesal dia taknak face to face ngan aku, biar aku stort lagik baguih. manager aku dah suh beberapa kali tapi dia taknak. aku dah standby anytime aje masa tu. Kalau aku tulih anak dia hidu gam ke, raba awek ke bleh aaa dia nak emosi. nie aku cuma komen anak dia dah merosot dlm pelajaran dan dia takleh nak terima hakikat. dan aku labelkan bapak dia dayus sebab dia nampak sendiri anak dia masa test tapi apsal dia tak story pada wife dia. Arrghhhh....aku tak tensen tapi kesian manager aku.aku dah masak ngan mende camnie. dulu masa skolah gomen teruk dr nie aku dah kene. aku dah lali.

siap sound gaji yg aku dapat tu dia yg bayar bila dia bayar yuran anak2 dia. hekeleh.....inilah dia golongan yg menjahanamkan industri pendidikan di negara kita. sogok cekgu dengan duit. kalau sebab duit le aku keje kat situ, dah lama aku blah. gaji aku bukannya byk sgt compare ngan experience ngan qualification aku. tapi aku stay sebab aku enjoy ajar budak2 situ. enjoyment and satisfaction are things that money can't buy. kepuasan melihat budak nakal menjadi baik, melihat budak bodoh menjadi cerdik. duit selautan dan emas segunung takkan dapat membayarnya. dan aku tak kesah bila diorang nak pull out their children. Insya' Allah selagi aku ikhlas bekerja dan selagi kita redha dgn kejadian...rezeki ada dimana-mana.

Nie yg wat aku berkobar2 nak cari ramai student lagik nie. aku buktikan aku bukan cekgu hingus yg depa boleh tendang sana sini. kalau berani, depan2 le dengar komen aku. dgn manager aku bleh aaa..dia lembut. kene ngan aku, silap2 nangis korang. biar nangis sekarang sebab aku tegur, jgn nangis kemudian bila muka anak terpampang depan suratkabo jadik penjenayah. nasi dah jadik basi. Kalau kerana gaji, aku dah blah ke skolah swasta lain yg offer aku lagik lumayan tapi aku dah jatuh cinta ngan tempat sekarang dan aku lagi suka didik anak bangsa sendiri jadik pandai. bior le diorang tak fluent english pon, aku terima gak jadik student. pelan2 diasuh, lama2 pandai. satu contoh keluarga yg masih dijajah. mencebik bila mengetahui aku mengajar dalam dwibahasa. katanya anak2nya di umah english only. aku heran dia berani kata gitu dengan keadaan nak merdeka ujung bulan nie dan bendera Malaysia terpampang megah di belakang manager aku.

itulah kisah luahan aku hari nie. aku takkan mengalah kerana sebutir hampas kerana selautan batu menunggu aku untuk menggilapnya menjadi berlian yg bersinar.........

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin