Saturday, November 01, 2003

Berniaga berlandaskan Islam atau nafsu?
semalam aku telah diberikan satu situasi yang memeningkan fikiran. Meniaga, jujur dan lambat untung atau tipu dan cepat untung? adusss... dgn keadaan zaman skarang, payah nak tentukan.

Aku dan sorang member telah ditawarkan mengambilalih sykt dimana aku keje skarang. I was overjoy when heard that. Aku memang suka bangat dengan keje yg aku buat skarang. I really enjoy the work and I believe I have found a job that satisfy me. Bukan wang menjadi ukuran (gaji pon slalu lambat) tetapi kepuasan, sesuatu yg priceless. Money can't buy. Bukan senang nak cari satu keje dimana kita bangun pagi dengan semangat berkobar2 nak ke pejabat. Another glory day. Bangun untuk menabur ilmu.

Yang menjadikan semangat aku sedikit pudar ialah apabila bos aku suh amikalih satu projek yg dikira illegal bukan dari segi undang2 negara tapi illegal dr segi moral dan etika. Apabila sykt mendpt satu2 projek, kita sepatutnya declare kpd sebuah sykt yg menjadi 'kepala' yg supply segala perkara yg kami perlukan utk meneruskan perniagaan. Bila declare, maka setiap ringgit yg diterima dr projek itu akan dicatu dan diserah kepada 'kepala' sebagai bayaran royalty. Catuannya ku kira berpatutan dgn apa yg kami terima dari mereka. Asalkan catuan dibayar tepat pd masanya, masalah pasti tidak timbul. Bos aku pula seringkali melihat isu catuan ini sebagai satu masalah sebab dulu dia banyak tungakkan catuan ini hingga mencecah beberapa angka. Jadi padanya, catuan ini satu bebanan. Aku pula melihat catuan itu sesuatu yg wajar dengan apa yg kami dapat saban waktu.

Ketika projek X itu diterima dan dipersetujui, aku sudah agak tentu sesuatu akan timbul jua satu hari nanti. Sudahlah kawasan projek X dibawah bidang kuasa sykt yg menggaji aku skarang ini. Haritu, nyaris2 pecah tembelang. Dapat ditutup jua. Kini, bila aku ditawarkan membeli sykt tu aku juga akan terpaksa memikul 'biawak hidup' itu bersama-sama. Aku takut. Kalau2 'kepala' tau aku ada simpan projek yg tak diisytiharkan. Adakah aku akan disaman? aku taknak timbulkan masalah. Harga yg bakal ditaburkan utk membeli sykt bukannya sedikit. Seorang teman sekerja yg mencadangkan projek X mencebik kpd aku dan kawan. Katanya kami bodoh dan lurus bendul. Sampai bila nak maju jika asyik lurus meniaga. Aku tergamam. Salahkah jika meniaga dgn lurus? Apakah cara meniaga ini sudah sebati dlm jiwa manusia hari ini sehingga caraku yg lurus ini diperlekehkan sebegitu rupa? Sedikit sebanyak projek X mengocak periuk nasi kami kerana ia menawarkan produk yg sama pada harga yg jauh lebih murah. Aku tak mahu dicemuh oleh 'kepala' apabila mengetahuinya kelak. Kota ini bukannya begitu besar. 'kepala' boleh tahu kewujudan projek itu bila2 masa saja. Sudahlah aku mendengar projek itu gah namanya disana.

Aku pening. Tersepit diantara dua ideologi meniaga. Mengikut seperti yang telah diaturkan dan untungnya sedang-sedang saja, tidak juga kebulur kami ini. atau ikutkan ideologi masa kini, meniaga perlu sedikit bengkok supaya cepat mengaut hasil. Yang mana satu yg perlu menjadi ikutan? Aku masih terlalu mentah dalam dunia ini. Tidak banyak yg ku pinta dlm kehidupan ini. Hanya keluarga yg bahagia, makan minum yg cukup, tempat berteduh, ilmu, ketenangan dan yang paling penting laluan hidup yang mampu membahagiakan aku di kehidupan yang lebih abadi selepas ini. Aku mahu setiap butir nasi yang aku kunyah datang dari rezeki yang halal. Apakah roti yg kubeli dari perolehan keuntungan projek X itu halal? Arrghh.....halal atau haram, lurus atau bengkok......aku perlu ke toko buku mencari buku panduan meniaga yang betul. Yang disyariatkan oleh Islam.

Hidup didunia ini hanya sementara. Ianya tidak ternilai dengan apa yg menanti disana. Celuplah jarimu kedalam air laut yang luas dan angkatlah ia. Lihatlah berapa titisan yang tersisa dijarimu itu dan itulah kehidupan dunia ini berbanding kehidupan yang bakal menanti. Air yang tersisa berbanding air selautan. Subhanallah......Allah itu Maha Berkuasa......

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin