Isnin lepas aku attend taklimat mengenai PROSPER iaitu Projek Usahawan Bumiputera dalam Bidang Peruncitan di Bangunan UOA II di Jalan Pinang.Ramai yg menghadirinya. rasanya dlm 60 orang kot. Ianya dikendalikan oleh PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad)dimana ia menguruskan dana bagi membantu bumiputera memulakan atau mengembangkan perniagaan.
Bulan februari yang lepas aku ada menghadiri kursus bagi tabung usahawan siswazah tapi aku tak proceed utk apply loan kerana ia memerlukan cagaran. aku maleh nak mintak pinjam tanah or harta pada parent utk dicagar. mujur ada PROSPER yg membolehkan usahawan bumiputera meminjam sehingga 200K tanpa penjamin dan cagaran. Yg bagus, mereka akan bimbing dan monitor business kita. Banyak juga faedah dari program nie yg berfungsi mencambahkan golongan usahawan baru dikalangan bumiputera.
Bagi yang berminat nak dengar taklimat, bleh ke bangunan UOA II tingkat 18 setiap hari Isnin jam 10 pagi. Sabtu nie pula akan diadakan taklimat secara percuma mengenai cara memohon loan dari PUNB. walaupun kelihatan agak rumit dimana peserta kene attend several kursus dan submit business plan, but it's worth. Bukan senang nak mula meniaga tanpa sokongan dan bantuan daripada pihak2 yg pakar.
Untuk keterangan lanjut bleh lawat PUNB atau PROSPER
No comments:
Post a Comment