Wednesday, March 01, 2006

Minyak naik rega. Semua orang naik minyak. Berbakul-bakul seranah untuk Pak Lah. Kedai mamak lengang, slalu order teh tarik sekarang order air suam. Mamat2 opis atas yg slalu mkn kat kedai smlm aku nampak borong roti kat 7-eleven. Mamak NZ smalam sembang2 ngan aku bagitau tong gas naik beberapa ringgit, susu pekat slalu sekotak besar RM99 naik sampai RM 108. Serbuk kari Baba's sepeket slalu RM22 naik RM28 (rega maybe lari sket, x ingat). Abis tu, nak wat camno. Pak Lah kata minyak dunia naik rega, Malaysia pun kene naikkan juga. Tapi bila rega minyak dunia turun, tak turun plak rega. Pandai depa meniaga. Teringat dulu kat Australia, mcm2 stesen minyak dgn mcm2 rega. Dr yg murah harga sen2 seliter sampai yg rega dollar2 seliter.

Aku ngan family aku pun pikir2, camnie le kot. Kene le ikat perut, kurangkan belanja:

1. makan di rumah. kalau keluar makan, bawak air kosong sendiri. jimat duit tang air

2. sarapan di umah atau bancuh kopi segera di ofis. takyah pi kedai mamak lagi dah (pagi ni tgk kedai mamak lengang)

3. makan tengahari budget RM3 aje. Klau bleh bawa bekal atau mkn breakfast lambat biar kenyang smpi ptg.
4. kete simpan kat umah, pakai motor (tgh usha skolah memandu nak amik lesen B2)
5. mana2 jemputan kenduri yg jauh2, hantar kad ucapan tahniah ajelah.
6. tv satelit tak jadi nak apply. tgk je tv yg ada. tido awal. jimat elektrik. takyah pakai aircond dlm umah
7. rancang perjalanan supaya boleh selesaikan pelbagai perkara utk sekali perjalanan kenderaan. Byr bil secara online.
8. hiburan2 lain lupakan. tgk wayang, gi Genting, lepak2 kat KLCC, Mid Valley, cuti2 Malaysia (kesian hotel2)
9. sapa ada join kelab golf itu ini, health club...kensel membership. jogging depan umah aje. free (bila le MPAJ nak clearkan sisa2 setinggan dpn umah aku ni)

10. batalkan langganan suratkhabar. baca online/amik The Sun free kat 7-Eleven

11. maid yg dtg cuci umah dihadkan 2 kali sebulan instead of tiap2 minggu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin