Tahun 2002 saya terjumpa semula dengan cikgu penolong kanan skolah rendah saya yg ketika itu bertugas di sekolah swasta. saya masa tu ditugaskan mengajar disana. terkejut gak saya sebab yalah, dia bertugas masa saya sekolah rendah. masa saya dah bekerja pun dia masih mengajar lagi. hebat.
saya sembang2 ngan dia dan dia buka citer masa dia jadi penolong kanan di seuah sekolah rendah di kawasan Keramat. masa tu kes curi basikal berleluasa ya amat. dalam masa 30 minit atau kurang, sebuah basikal boleh diubahsuai menjadi basikal lain dengan menukar komponen2 nya dan dicat. supaya takde sapa cam itu basikal yg dicuri. hebat tak hebat.
jadi satu hari cikgu ni round satu skolah mencari geng2 beskal ni yg memanjang dok ponteng kelas. dia arahkan cikgu2 pi cari dan kumpulkan kesemua geng tersebut sampai dapat. bila dah dapat, dia panggil van sekolah. dia dan budak2 itu menuju ke Kuala Lumpur.
Pada ketika itu, Penjara Pudu telah ditutup operasi dan dibuka kepada org ramai utk lawatan. cikgu tu bawa murid2 tu kesana dan serah pada warden yg bertugas utk dibawa lawatan. diceritakan juga kpd warden itu mengenai masalah murid2 itu. warden itu membawa murid2 itu ke semua pelusuk kawasan penjara, menceritakan kisah2 penjenayah, hukuman2 dan segalanya. cukup detail penuh perasaan. siap diberi peluang masuk ke sel penjara. lihat dan rasai apa seorang banduan rasa.
Selepas lawatan, murid2 itu ada yg termanggu. ada yang menangis. ada yg selepas itu menulis surat mengucapkan terima kasih pd cikgu tu. bila diminta menulis karangan mengenai lawatan tu, masing2 meluahkan rasa kesal dan berjanji tidak mahu mengulangi lagi. selepas itu masalah kecurian basikal yg berleluasa selama bebrapa tahun yg gagal ditangani pihak sekolah selama bertahun2 akhirnya selesai.
sherrina rasa elok kita cadangkan pada kerajaan supaya bekas2 penjara ni terus dibuka kpd org ramai supaya ada rasa insaf sebelum membuat kejahatan. lagi2 kepada pelajar2 yg tak didedahkan kpd akibat sebenar jika mereka melanggar undang2.

No comments:
Post a Comment