Kali ni raya dalam hujan lah. Musim hujan melanda KL. Hari raya pertama pun hujan mencurah-curah. Tanah basah sampai ke malam. Kali ni kami sekeluarga beraya di rumah dahulu dan petang baru ke rumah pakcik di Gombak. Sebelah malamnya adalah acara biasa iaitu beraya di rumah makcik di Taman Bunga Raya. Tahun ni selain cuaca hujan menyebabkan jalan basah, mercun dan bunga api pulak takde siapa nak sponsor. Selain susah mendapatkan stok, memikirkan duit....tak main mercun le tahun ni. Layan tv aje dalam umah sambil bertukar-tukar ringtone menggunakan bluetooth.
Raya kedua pun hujan sangat lebat di tengahari. Kami pegi usha sungai di bawah Empangan Klang Gate kalau-kalau sesuai untuk bermandi-manda. Tapi nampak gaya cuaca tak mengizinkan. Lepak di Gombak sampai jam 2.30 petang. Cuaca bertukar cerah. Ada harapan nak mandi sungai. Pack baju dan terus ke Empangan Klang Gate. Sampai disana lepas parking, petugas yang menjaga Empangan memberitahu yang mereka buka satu kunci air, jadi kami hanya boleh mandi di kolam yang bawah sahaja. Oklah tu daripada takde langsung, kan.
Walaupun area ni tak le jauh sangat dari umah Sherrina tapi sampai la ni tak penah jejak ke sana. Hanya adik Sherrina je yang slalu ke sana mandi-manda dengan kengkawannya.
Tangga yang elok juga disediakan untuk pengunjung. Cuma jenuh nak naik dan turun. Jenuh nak turun sebab licin, takut jatuh. Jenuh nak naik, maklumlah lawan graviti. 80 anak tangga woo...my mom counted it.
Team dari Gombak turun ke Klang Gate.
Ada kawasan lapang yang nyaman, boleh main bola kat sini
Jalan pelan-pelan...tanah licin. Kan baru lepas hujan. Osama excited nak mandi sungai.
Walaupun hujan dah 2 jam berhenti tapi air masih deras juga. Sebab 1 pintu empangan dibuka untuk lepaskan air yang berlebihan.
Indahnya ciptaan Allah...airnya masih bersih dan jernih. Dan yang bestnya kalau lazimnya air sungai sejuk ke tulang, disini airnya suam-suam kuku....
Cari port yang baik. Letak barang, terjunnnnn. Dah lama tak mandi sungai. Best bangat. Orang pun tak ramai.
No comments:
Post a Comment