Semasa masuk ke kawasan Kem Terendak. Teringat dulu2 jalan kaki dari main road masuk maktab kalau gi outing. Kalau dapat tahan kete sapu, selamat le kaki...kalau tak, jalan le ramai-ramai sambil sepak batu
Masjid baru di Kem Terendak, menggantikan masjid lama dekat Pernama.
Pintu masuk utama Kem Terendak. Dulu bleh masuk pakai sticker, skarang kene tinggal IC lah.
Pintu masuk MRSM Terendak
Pemandangan selepas melepasi balai pengawal, menuju ke Balai Pelajar
Rumah Melaka yang kini berada didepan Balai Pelajar
Semasa rombongan Sherrina, Zaitie dan Johoe tiba, kelihatan sekumpulan pelajar menunggu guru mereka. Rasanya aktiviti homeroom.
Kaunter pejabat. Disinilah Sherrina slalu dtg untuk amik fax jika mak Sherrina hantar fax.
Bilik Red Spot didalam PSP dimana kami mengadakan mesyuarat bersama pihak pengetua, Pen Pengetua (HEP), Pen Pengetua (HEA), Puan Wan Ainizah dan Ustaz Wahab.
Jabatan Sains, masih di tempat yang sama. Taman di tengah-tengah ini semakin cantik
Wah..siap ada air pancut lagi tuu...
Setelah habis meeting di maktab dan makan di kantin, rombongan kami sebanyak 3 buah MPV bergerak ke MRSM Alor Gajah pula untuk menjengah Pak Chad yang ini Pengetua dan Cikgu Satari yang kini Penolong Pengetua disana.
Delegasi yang baru lepas menerjah umah Cikgu Satari sambil pekena rojak yang sedap gila didunia (bak kata Kak Julie) kini nak ke umah Pak Chad pula.
Membuka citer lama bersama Pak Chad, guru Kimia yang digeruni suatu ketika dulu
Tak cukup makan di umah Cikgu Satari, di umah Pak Chad dan umah abg Zul Udang, sambung pula dinner di kedai abg Amir di Saujana Impian....pekena menu special iaitu Nasi Lemak Goreng
Nasi Lemak Goreng....harus aku poco-poco lima blas kali lepas ni....
Mesyuarat pertama dengan pihak maktab berjalan lancar. Ini sempena plan nak buat sambutan 25 tahun MRSM Terendak tahun ni. Lepas meeting di Red Spot, Cikgu Wan (surprisingly dia ingat nama penuh aku walaupun dia x ajar kelas aku) kenalkan kami seorang demi seorang kepada pelajar form 5 yang sedang ikuti seminar Fizik di PSP (perpustakaan). Cam terharu pun ye juga...ialah dulu kita kat bawah sana jawab soalan, skarang berdiri didepan pula diperkenalkan sebagai bekas pelajar.
Jam 11.30 malam baru sampai ke rumah. Penat plus kekenyangan yang tidak terhingga.....
No comments:
Post a Comment