Semalam punya buhsan tahap gaban, tatau nak gi mana. Nak shopping pun tatau nak beli apa. Duit ada tapi sayang lak nak belanja. Seharian terperok di rumah, malam keluar jugak lah. Gi bank jap masukkan duit (nasib baik RHB, kalau Maybank confirm mesin semua dah out huhu) pastu bikin U-Turn kat Jalan Genting Klang membelok ke Kenny Rogers. Dah lama x makan kat Kenny Rogers.
Semenjak restoran cina tumbuh pesat disebelah2 Kenny Rogers, parking sangatlah azab. Tapi nak dijadikan citer, rezeki baik lah. Ada satu lubang kosong dengan restoran KR. Parking cun2, keluar dan masuk restoran. As usual order mende samalah iaitu 1/4 ayam.
Abis makan dan bayar, keluar dari restoran. Alamak, ada kete block kete gua lah. Ini musti orang2 yang datang makan. Takpelah, 3 tahun keje kat Wangsa Maju dan masak dah ngan kete kene block. Penah kene sampai petang, kene cancel kelas sebab takleh nak keluar. Anyway, aku just masuk kete, start enjin, hon sikit2 dan pasang lampu. Dengan harapan tuan nye kete sedar. Kat 10 minit takde harapan lagi. Aku dah berlegar2 depan kete tu kot2 ada tinggal no phone. Biasalah, cam haram kan. Dah block kete orang, bukan tinggal no phone. Aku yg tak block kete org pun tinggalkan no phone atas dashboard.
Tengah lepak2 tunggu, tiba2 mamat MPV beso yang park kete aku datang. Dia pun kene block ngan kete Kenari. Dia hon2 pastu ada org datang alih kete Kenari. Still dia sangkut gak sebab Wira depan kete aku tu makan space dia sikit. Dia punya bengang, dia hon non stop selama berminit2. Aku pun dah naik bengang. Bising dowhh....aku yg dari awal kene block pun takde hon camtu. Lantaklah.
Tiba2 ada mamat cina keluar dari KR. Dia gi kete Wira dia nak alih kete. Tapi mamat MPV sebelah aku ni pun satu, main jiwa pulak. Orang tu dah nak alih kete, dia masih hon tak berenti. Sengal sungguh le. Saja nak menimbulkan sentimen pergaduhan. Mamat cina Wira tu dah elok2 nak masuk kete, keluar balik ketuk cermin mamat MPV ni. Gaduh mulut lah. Pastu aku tatau camne lah sekeluarga ayah, mak dan anak lelaki leh masuk dlm drama swasta ni. Tolong gaduhkan. Aku haram x paham lah kan. Dah puas 10 minit gaduh mulut, mamat Wira angkat tangan. At the same time, ada pakcik India keje tukang sapu datang meleraikan dorang. "aiyaa....gong xi fa cai tak boleh gaduh2", kata uncle itu. Mamat Wira tu blah, kete MPV blah baru aku blah.
Perut dah kenyang, jiwa dah tenang tapi kene tengok drama swasta pulak....haiyaaaa
No comments:
Post a Comment