Friday, May 16, 2008

Training in Teluk Batik-Part 2

Hari pertama kelas, agak kelam-kabut. Ruang kelas yang sangat kecil, menyumbatkan 24 orang peserta termasuk seorang trainer sangat melemaskan. Air-cond dan kipas terpaksa di adjust berkali-kali supaya kelas menjadi sedikit dingin.



Peserta-peserta kursus ini datang dari pelbagai sekolah dan jabatan pendidikan dari Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak. Tetapi kali ni kene go slow sikit sebab ramai yang hadir di kursus ini belum lagi pergi ke kursus Asas ICT. Maka ramai yang tak begitu mahir menggunakan komputer. Tetapi semangat mereka untuk cuba mempelajari Microsoft Acces, cukup Sherrina kagumi.

Habis kelas petang, Sherrina pulang ke bilik. Tukar pakaian dan apa lagi....acara di kolam renang lah. Kali ni lebih istimewa sebab nak test kamera Olympus 795 SW yang baru dibeli bulan lepas.



Sebelum masuk ke pool, check dulu. Penutup bateri dan kabel USB telah dikunci dengan kemas. Mula-mula terjun, cuak gak. Dah lama sket baru berani hidupkan kamera. Kalaulah tak hidup.....nangis tak berlagu. Mujurlah hidup akhirnya. Takde masalah. Yang uniknya bila berenang bersama kamera didalam air, keluar bubbles kecil dari beberapa penjuru kamera.


Sambil berenang, boleh bermain-main dengan menu dan flash. Malah boleh view gambar-gambar yang diambil. Best!


Terdapat beberapa setting yang disediakan untuk underwater. Antaranya wide dan macro.


Percubaan mengambil gambar dengan separuh lens didalam air.


Splash!


Percubaan mengambil gambar orang lain menyelam....not bad.


Percubaan self-potrait sambil berenang


Berjaya menggunakan timer didalam air. Letakkan kamera diatas anak tangga di pool. Setkan timer ke 10 saat. Klik dan pose....Menjadik!

Kesimpulannya, saya sangat berpuas hati dengan kemudahan underwater pada Olympus 795 SW ini :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin