Petangnya, kami round2 di kawasan KLSC Wangsa Maju dan menunggu berjumpa agen. Tgh berkira2 nak mencari ofis utk Ansara Terendak. Masih dalam initial plan, apa pun kami survey dulu. Senang nak bawa ke mesyuarat exco nanti. Aktiviti ini disertai oleh abg King, abg Iznor dan abg Mantoi. Selesai acara ni di jam 5.30pm, Sherrina gi jemput member di Kg Baru. Lepak KLCC jap..saja nak amik angin.
Lepas dinner di food court Aseania (jangan le makan lamb grilled kat gerai sebelah sizzling tu...tak sedap langsung...urghh!), gi Kinokuniya. Tangan gatal je nak membeli buku. Bukan masalah takde duit tapi masalahnya semenjak minyak naik rega ni, kene berjimat cermat. Huhuhu....cannot resist good book.
Ahhhh....Sophie Kinsella ada buku baruuuuu. Sob..sobb...cuma ada hardcover version. RM75!!! Walaupun ada diskaun 20% on chicklist tapi still mahal lahhh....sob sob...
Cari buku John Grisham yang baru, takde pulak. Yg ni semua dah baca. Hmmm....so pusing2 lah satu Kinokuniya.
Akhirnya...tak beli apa-apa. Yayyy....selamat duit saya :)
Cuci mata
Balik rumah kol 9 dan kucing saya sudah menunggu
Di belakang tu kawannya, siput babi
tatau nak kasi makan apa...bihun goreng dengan fishball pun okaylah....huhuhu
No comments:
Post a Comment