Bilik kami yang bersih dan serba lengkap
Jam 8pm semua ahli rombongan berkumpul di lobi untuk pergi makan malam. Kami dibawa makan malam di sebuah restoran yang takde pelanggan pun. Pada mulanya ingatkan samada harganya mahal atau tak sedap. Tapi yg berlaku adalah sebaliknya. Makanannya memang sedap dan harga amat berpatutan. Barangkali esoknya orang Kelantan akan bekerja, tu yg takde orang makan di luar.
Restoran Payang Serai yang menyediakan masakan Thai dan Cina yang halal ini berada di Jalan Sri Cemerlang (09-748 9890) mempunyai 120 jenis lauk dan hidangan untuk dicuba. Ketua rombongan telah memilih set makan malam iaitu 10 course dinner. Fuhhh....memang enak.
ayam goreng yang sangat sedap. Manis-manis rasanya.
Tomyam yang betul-betul kaw!
Butterprawn Mongolia ditambah dengan mayonis...menjilat pinggan.
Selain tu ada lauk daging masak halia, telur dadar, ikan siakap stim yang paling sedap pernah Sherrina makan sebab kuahnya masam2 manis dan ikannya tak hanyir, kailan ikan masin, kangkung belacan, tauhu jepun dan manisan pencuci mulut.
Selepas makan, kami ke Wakaf Che Yah untuk shopping.
Bagi yang suka memborong tudung, disini memang murah le. In fact, ia lebih murah daripada harga di Pasar Siti Khadijah dan di Rantau Panjang. Ramai yang mengeluh terasa rugi tak borong habis-habisan. Sherrina cuma beli sehelai tudung manjalara (batu2 hitam berkilat tu) untuk adik, dan 3 helai tudung biasa yang rega RM10 selai tu. Tudung Manjalaran tu reganya RM18 di sini, di KL khabarnya mencecah RM45 sehelai. Mahal sungguh. Dah le kainnya lembik, nak pakai pun susah. Kami hanya diberi masa 2 jam sahaja dan macam lipas kudung le berjalan ke semua gerai.
Balik hotel dah tengah malam. Masuk bilik, kaki dah lembik. Banyak sangat berjalan. Terus tido pengsan
No comments:
Post a Comment