Nasib baik ada GPS. Kalau tak, entah sesat ke mana. Sebab dulu-dulu kalau ke area Central Market, naik bas atau LRT. Tapi hari ni kene pandu kereta sebab lepas tu nak kene ke INTAN utk collect kertas exam student DPA. One good lesson I learn today is always listen to your GPS. Konon nak tunjuk terrer lah, GPS kata terus, Sherrina amik kiri. Rasanya jalan tu betul, sekali salah daa...nasib baik GPS ada Detour function, dapat jumpa jalan yang betul.
Sampai di Central Market jam 10 pagi. Parking kosong, RM2.50 utk sejam pertama. Jalan kaki ke Pejabat Pos Besar, bertanya arah ke Biro Filateli. Ianya terletak di belakang pintu utama. Ada seorang amoi sedang berurusan dikaunter. Fuh, setem yang dibelinya bukan sikit. Bernilai RM300! Ni memang hardcore collector nih. Kalau tak kerana CBN diabadikan di setem, takde nye Sherrina nak ke Dayabumi ni. Hihihi..
Semasa di kaunter, berdebar-debar gak. Takut setem tu dah habis. Bila minta, pegawai tu tunjuk yang tinggal set terakhir. Yess....ada juga akhirnya! Beli satu set yg mengandungi 20 keping setem bernilai 50 setiap satu termasuk sekeping yang berbaki dalam fail tu pun, disapu juga. Licin. Katanya ada lagi cetakan baru. Setem CBN dan VI memang almost sold out, setem sekolah St Thomas dan All Saints masih banyak. Probably sebab sekolah2 tu di Sabah dan Sarawak. Ntah2 disana setem2 tu dah sold out.
Selain daripada setem CBN, Sherrina beli juga setem VI, St Thomas dan All Saints
Lepas urusan beli setem yang tak sampai 30 minit, Sherrina berjalan ke Central Market. Dah bertahun tak gi CM. Sementara ada peluang, elok gak pusing-pusing.
Dulu sinilah port Sherrina dan kengkawan lepak. Especially masa form 3 sebab skolah habis kol 1, so sempat le lepak kat sini jap before balik umah kol 4 atau 5.
Banyak yang dah berubah. Dulu kira sinilah port lepak yang paling best. Dulu mana ada KLCC, Mid Valley tu semua. Yang ada cuma CM, Bukit Bintang, Lot 10. Area2 sana tak berapa gemar sgt sbb tu area BBGS. CM ni kira area dak2 CBN ngan St John lah. Hahaha...
Dulu kat tingkat satu ni ada satu kedai kaset (time tu CD mahal). Memang port Sherrina beli kaset. Dan kat sini jugalah Sherrina blaja dubbing lagu sendiri pakai kaset kosong. Kat kedai ni siap kita leh bagitau nak lagu apa utk disusun dlm kaset kosong tu. Cool giler. Tadak dah kedai tu.
Dulu kat sini ada port pelukis potret. Dah pindah ke lokasi lain. Dulu suka berdiri kat sini melihat pelukis melukiskan potret.
Ni tempat baru dimana semua pelukis diletakkan. Rasa dulu lagi ramai.
Dari dulu sampai skarang, hiasan ni memang favourite lah. Samada time birthday ke hari guru ke, mesti gi CM beli mug atau jubin then tulis ucapan atas tu. Hehehe...
Kedai buku ni kekal sampai skarang. Port utk pengemar novel Inggeris menyewa buku. Takyah beli, sewa cuma RM2 aje utk 2 minggu. Skarang tatau le brape rate. Dulu Sherrina rajin gak sewa buku tapi bukan di kedai ni, kat kedai di Lebuh Ampang.
Bila boring lepak kat sini tengok orang lalu-lalang atau tonton persembahan jalanan.
Bila lapar (dan ada sen lebih), makan kat sini kira happening giler lah. Especially hari Jumaat, penuh sesak dengan budak skolah. Mostly CBN ngan St John. Berderet minah berkain biru muda ngan mamat bersampin hijau. Sambil tu usha le sapa dating ngan sapa. Hahaha...lawak tol. Time tu MacD tak banyak. Ada berapa je di KL. Tak macam skarang, kat stesen minyak pun ada.
Sinilah port tunggu bas Leng Seng no 191 (Tmn Melawati) atau 170 (Zoo Negara). Kalau nak cepat, naik bas mini no 20 kat Bangkok Bank. Rindunya zaman naik bas mini. Kalau gi skolah, naik bas mini kol 6.40 pagi, kol 7.05 sure dah sampai. Cilok sana sini, best je pepagi dok dalam bas sambil layan angin pagi yang berderu masuk ikut tingkap.
Perut berkeroncong, lupa nak sarapan. Masuk MacD order sarapan. Naik atas dok tepi tingkap, tempat dolu-dolu.
Pemandangan dari tingkat atas
Bila teringat zaman skolah, syok tak terkira. Happy aje, kepala bebas aje. Takde pikir apa-apa masalah. Kalaulah boleh balik semula ke zaman skolah (nak time lepak2 aje, time exam dan blaja tamau...hahaha)
No comments:
Post a Comment