Tuesday, December 29, 2009

Gadget: Music Speaker

Sherrina memang suka pada gadget. Bukan hanya pada gadget yang berjenama sahaja, gadget yang cap ayam pun suka. Especially semenjak setahun-dua ni, banyak gadget pelik-pelik dikeluarkan dari pasaran China.

Kawan Sherrina selalu merungut. Leceh mendengar lagu melalui mp3 player di handphone. Bateri cepat habis, sound takleh kuat sangat takut speaker handphone pecah. Sherrina syorkan dia beli mini speaker atau usb speaker sebab dia ada mp3 player yang pakai bateri AAA. Tapi bila difikirkan balik, kebanyakkan usb speaker perlu di cas menggunakan komputer sebab ianya di cas melalui USB port. Member ni cuma ada komputer di pejabat aje. Jadi bila cuti panjang, usb mini speaker jadi bangkai le.

Beberapa bulan yang lalu, kami ronda-ronda di Mid Valley. Ada pameran IT dan barangan elektrik. Saja jalan-jalan untuk tengok barang. Mula-mula nampak deretan usb mini speaker. Taknak beli, dah tau masalah yang akan timbul. Hampir nak keluar, ternampak sebuah kedai ni mempamerkan speaker yang bersaiz kecil tapi nampak pelik. Bila didekati dan dibelek-belek, inilah dia jawapan kepada persoalan kami selama ini. Mini Speaker yang boleh cucuk mp3 player dan boleh di cas menggunakan kuasa elektrik.

Harga pada kotak ialah RM99. Kesian pelancong atau orang yang tak tau, sure kene kelentong baik punya. Bila tanya balik dan setelah tawar-menawar, harganya RM25. Itu pun rasanya agak mahal untuk barangan dari China ni yang sure dibeli timbang kati. Tapi dah tu last price dia leh bagi. Setuju ajelah. Puas hati juga sebab ianya bukan sahaja boleh menerima mp3 player, malah juga SD card dan MMC. Ronda kejap, jumpa SD card bersaiz 2GB.


Bila bawa balik, Sherrina terus testing. Kuat juga bunyinya. Takyah pakai max pun. Cucuk mp3, jalan. Masuk lagu dalam SD Card dan cucuk SD Card, macam ada problem. Lepas fully charge, cuba lagi..baru ok. Sound pun bagus. The best part ialah ada remote control. Boleh tukar lagu dan ubahsuai ketinggian volume guna remote control je. Lagi best ialah, boleh di cas menggunakan charger Nokia yang kecik. Kebetulan member memang pakai Nokia yang charger kecik, selesai masalah. Kalau berjalan ke mana2, bawa satu charger aje.

Monday, December 28, 2009

Monologue of Raja Shahriman



Semalam Sherrina sempat lah pi ke KLCC untuk pekena sizzling yee mee kat food court tingkat 4 sementara menunggu appointment nak jumpa orang. Sementara masa masih ada, ternampak pameran di Galeri KLCC. Pi lah jengok kejap. Macam best. Tajuk pamerannya ialah Rhythm Of The 21st Century: Monologue Of Raja Shahriman



Sherrina ni taklah expert sangat bab seni dan artistik ni. Tapi melalui pembacaan di papan penerangan di sekitar pameran, beliau menggunakan besi untuk membentukkan arca.



Tema arca ni semacam tentera yang berperang. Siap tulang belikatnya dilingkari peluru.



Mujur banyak bahan bacaan disekeliling, bolehlah paham sikit apa mesej yang cuba disampaikan oleh Raja Shahriman ni.



Yang lagi best, ada tayangan video mengenai proses pembikinan arca-arca ini. Susah, kene potong besi. Kene bakar dulu, kene ketuk. Bila ditelitikan setiap arca, betapa gigihnya beliau menghasilkan setiap satu darinya.

Pada yang minat seni dan belum melihat pameran ini, gi lah ke KLCC. Masuk percuma. Pameran ini diadakan sehingga 24 Januari 2010.

Saturday, December 26, 2009

Rain

I love rain. Listening to it pours down calms me down. Do you love rain?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, December 22, 2009

Majlis Perkahwinan Azwani dan Azlan

Tahniah kepada Azwani dan pasangannya, Azlan yang telah selamat diijabkabulkan pada 20 Disember 2009 yang lalu. Majlis diadakan di Hotel De Palma.



Kualiti video kurang baik sebab edit guna Pinnacle VideoSpin. Masih belum mahir menggunakannya. Windows Movie Maker asik crash. Tensen!

Monday, December 14, 2009

Drama dan Filem yang memberi impak

Ada sebuah drama tempatan dan sebuah filem antarabangsa yang telah Sherrina tonton dan memberikan impak maksima kepada diri Sherrina. Ianya merupakan sesuatu yang jarang berlaku. Bukan kerana filem lain tidak berkualiti, drama lain tidak bermutu. Tapi dua cerita ini bagi pendapat Sherrina, wajib ditonton oleh semua manusia supaya kita sedar dan faham mengenai bahaya yang ada disekeliling hidup kita.



Drama tempatan tersebut tak Sherrina ketahui tajuknya sehingga kini. Bila Sherrina google menggunakan keyword, Sherrina terjumpa blog Wan Kamaruddin, pengacara program Bongkar. Bila dibaca, komen tu Sherrina yang tulis pun. Ianya disiarkan pada tahun 2006. Tapi jalan ceritanya masih segar diingatan. Lakonan oleh Zul Yahya sebagai anak muda yang terjebak dengan dadah. Kemudian ditimpa penyakit AIDS dan akhirnya mati dengan keadaan yang sadis. Sampai satu tahap menjual organ matanya sendiri untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah.

Drama ni Sherrina tertonton secara tidak sengaja pada satu malam di TV2. Tanpa sebarang promo, ditayangkan di tengah malam. Sayang sekali, drama sebagus ini memaparkan perjalanan hidup bagaimana seorang anak muda terjebak dengan dadah dan berakhir hidupnya dengan AIDS. Walaupun banyak drama tempatan yang memaparkan kisah begini, jalan cerita drama ini lebih real, jujur, telus dan penceritaannya lebih hebat. Sayang sekali RTM tak ulan tayang drama ni. Ada sesapa tau tajuknya? Inilah drama yang sepatutnya ditayangkan di semua sekolah rendah dan menengah. Supaya pelajar-pelajar yang nak cuba-cuba mengambil dadah melihat apa yang bakal berlaku kepada mereka. RTM, please le cari semua pita drama tu dan tayangkan kembali!



Filem antarabangsa yang Sherrina tonton separuh jalan beberapa bulan lepas, dan berjaya Sherrina tonton semula di Astro beberapa malam yang lalu (ada juga faedah rancangan Astro suka tayang cite sama berulang kali) bertajuk Human Trafficking. Ianya mengenai bagaimana kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa hamba seks dan diseludup ke negara lain.

Seorang ibu tunggal yang jatuh cinta pada seorang jejaka yang disangkanya baik, terlalu cepat mempercayainya lalu bersetuju untuk melancong ke luar negara bersamanya hanya untuk diseludup ke US untuk menjadi hamba seks. Seorang remaja yang terlalu bercita-cita untuk keluar dari kepompong hidupnya yang serba kekurangan demi untuk menjadi seorang model di US, berakhir sebagai hamba seks. Seorang kanak-kanak perempuan yang dicolek semasa sedang bercuti dengan keluarganya di Manila, nyaris dijadikan hamba seks di negara lain.

Filem ini wajar ditonton sekeluarga, supaya ibu bapa dapat memberikan penerangan kepada anak-anak mereka apa yang sebenarnya berlaku. Mengapa mereka perlu menjaga keselamatan semasa berada di luar. Filem ini juga memberikan jawapan kepada ajaran setiap ibu bapa kepada setiap anaknya; Jangan bercakap dengan orang yang tak dikenali. Filem ini nampak agak kasar, tetapi realiti tak boleh ditutup.

Bila melihat filem ini, Sherrina berpendapat segala permasalahan dalam isu penyeludupan manusia ini berputar diatas satu paksi: Ada permintaan, maka ada pemasaran. Lihat mereka-mereka yang melanggan kanak-kanak dan wanita ini. Mereka bukanlah pengemis, bukanlah penagih dadah. Masakan mereka mampu membayar ratusan dollar untuk mendapatkan 'khidmat' ini kan. Tetapi pelanggannya adalah doktor, ahli perniagaan dll. Orang-orang cerdik pandai ini tersungkur kerana nafsu. What a waste! Sangat memalukan!

Filem ini juga memaparkan sisi gelap di bandar Manila dan kotaraya di US. Bagaimana polis boleh dipercayai, kalau polis pun boleh dibeli jiwa mereka dengan wang? Jiwa-jiwa kotor yang korupsi. Sebetulnya bukan aje berlaku di negeri orang, di negeri sendiri apa kurangnya.

Oleh itu, jagalah diri anda. Jagalah anak anda. Jagalah ibu anda. Jagalah kakak anda. Jagalah semua orang disekeliling anda. Sekali terlepas, entahkan boleh dapat balik...entahkan tidak.

p/s: Surprisingly Malaysia juga merupakan antara negara yang aktif dalam jenayah ini. Cuba Google kata kunci 'human trafficking' dan lihat hasilnya. Ini satu contoh.

Saturday, December 12, 2009

Fastball-The Way

Sedang Sherrina memandu, tetiba terdengar lagu ni di radio. Wooshhh....terasa macam kembali ke tahun 90an. To be exact, rasanya tahun pertama di UTMKL, 1998.... zaman dok asrama di blok APA. Zaman fly ke cybercafe di Jalan Semarak sebab ketagihan mIRC pastu lupa pagar tutup kol 12 malam. Sprint depan pak guard, main kejar-kejar celah bangunan sebelum lari masuk blok. Man.....masa ni semua orang dengar lagu ni. Macam berhantu ler. Siap beli kaset tu. Siap hafal lirik. Sebab apa suka? Lagu dia catchy dan ada story.



They made up their minds
And they started packing
They left before the sun came up that day
An exit to eternal summer slacking
But where were they going Without ever knowing the way?
They drank up the wine
And they got to talking
They now had more important things to say
And when the car broke down They started walking
Where were they going without ever knowing the way?

CHORUS:

Anyone could see The road that they walk on is paved in gold
And It's always summer, they'll never get cold
They'll Never get hungry
They'll never get old and gray
You can see their shadows Wandering off somewhere
They won't make it home
But they really don't care
They wanted the highway
They're happier there today , today

The children woke up
And they couldn't find 'em
They Left before the sun came up that day
They just drove off
And left it all behind 'em
But Where were they going Without ever knowing the way?

Anyone could see The road that they walk on is paved in gold
And It's always summer, they'll never get cold
They'll Never get hungry
They'll never get old and gray
You can see their shadows Wandering off somewhere
They Won't make it home
But they really don't care
They wanted the highway
They're happy there today , today (repeat)


Bila dengar, rasa macam menonton satu kisah. Ni yang aku suka ada Wikipedia ni. Korang baca nih:

"The single "The Way" stayed on top of Billboard's Modern Rock chart for seven weeks, and was a top five hit on Billboard's Top 40 chart. Scalzo was inspired to write the song in 1997, after reading a news article about an elderly couple who had disappeared in Texas. The couple was on their way to a family reunion when they disappeared. Scalzo imagined that they began reminiscing and decided to take off on their own romantic trip; however, the true story wasn't so romantic. The elderly woman had actually had Alzheimers, and the man was recovering from brain surgery. The real-life couple had veered off the road in their RV and were found dead at the bottom of a canyon."




Jom layan videoclip lagu ni. Zaman dulu mana ada YouTube, baru skarang Sherrina tau camni rupanya VC lagu ni. Sempoi seh.



Yang best tu, ramai gak mencuba bakat menghasilkan cover version lagu ni. Semenjak ada YouTube ni, banyak le bakat terbenam dapat diperkenalkan di YouTube. Ada yang bagus, ada yang hancus. Tapi ni ada 2 cover yang membuatkan Sherrina rasa sekarang gak nak gi sign-up kelas blaja main gitar. Serius best giler!



Tuesday, December 08, 2009

Teater Natrah



Sherrina dah lama mengikuti kisah Natrah. Cerita hidupnya banyak diterbitkan di majalah masa Sherrina kecil dulu dan ada dibukukan. Apabila kisah hidupnya dibawa ke pentas Istana Budaya, Sherrina tak lepaskan peluang untuk menontonnya. Sherrina berjaya dapat tiket berharga RM30 untuk menonton pada Ahad lepas tapi kedudukannya nun jauh diatas. Menyesal gak sebab tak beli awal untuk seat RM30 di bawah. Sebab duduk diatas tak nampak skrin di belakang pentas yang ditutup dek langsir cantik Istana Budaya. Cehh!



Sherrina dan member tiba di IB jam 8 malam. Kawasan letak kereta dah penuh sesak, terpaksa parking agak jauh. Pintu dibuka jam 8.15 malam. Di ruang legar ada pameran mengenai sejarah hidup Natrah, mengenai proses pembikinan teater Natrah dan ada juga teriakan suara penjual buku cenderahati Natrah.




Menunggu pintu dibuka.


Penutup tirai teater Natrah.

Teater Natrah kali ini memaparkan sisi kisah Natrah dari sudut yang berbeza. Mungkin aje ramai kecewa sebab kisahnya tidak memihak kepada pihak kita, tetapi ianya hakikat yang tercatat dalam sejarah. Tepukan gemuruh buat Erma Fatima (di poster tertulis Eirma ke Ierma....) dan pasukannya. Banyak esakan dan tangisan kedengaran di sekeliling saya lebih-lebih lagi saat Natrah dipisahkan daripada ibu angkatnya. Oh ya, isteri allahyarham Mansor Adabi dan anak-anak arwah turut menonton teater pada malam yang sama. Ini dimaklumkan oleh pengacara semasa penutup.

Lepas tamat persembahan, sesi autograf diadakan di luar. Kali ini pengawalannya lebih ketat, rupanya sebab Remy Ishak, pelakon yang memegang watak Mansor Adabi telah dipukul di Istana Budaya malam sebelumnya. Patutlah guard di sekitar situ garang2 belaka. Nak amik gambar pun susah.


Remy Ishak sebagai Mansor Adabi


Remy Ishak dan Samanta Schubert yang berlakon sebagai ibu kandung Natrah




Ada pulak yang berteriak nama Adam untuk menarik perhatian Remy Ishak. Pengaruh drama Nurkasih lah tu.


Maya Karin sebagai Natrah semasa muda bersama Remy Ishak.




Sofia Jane membawa watak Natrah semasa dah tua.


Ramai orang berpusu-pusu cuba mengambil gambar pelakon


Sofia Jane dan Umie Aida yang membawa watak Che Aminah, ibu angkat Natrah



Natrah adalah satu sejarah yang perlu dipelajari semua generasi supaya peristiwa yang sama tidak berulang lagi (macam dah berulang aje dalam zaman sekarang ni)

Cone Pizza: Taste of Italy

Aduhhh, sampai sekarang tak tertulis lagi pasal YES 2009 sebab masalah edit video yang tak selesai. Setelah laptop Sherrina ni kene format, Sherrina tak jumpa codec yang membenarkan Windows Movie Maker menerima file mpg dan membenarkan file mpg di edit walaupun dah install Sony handycam software. Pecah kepala betol. Menyesal tak backup senarai codec yang ada sebelum reformat dulu.


Oklah, ni cite pasal restoran yang baru Sherrina jumpai. Actually cousin Sherrina yang cite pasal restoran ni. Ianya restoran pizza tapi instead of makan pizza dalam bentuk leper, pizza ni dalam bentuk kon. Memang aneh. Sherrina gi try masa hari raya haji dan beli 2 perisa. Oh ya, kedai ni terletak di Sri Rampai dekat dengan Imigresen area. Kedainya mengadap rumah flat di Sri Rampai.



Masa sampai dan tengok menu tu, pening gak nak pilih. Ada 9-10 jenis pizza pelbagai filling. Akhirnya Sherrina pilih Tuna dan Chicken. Nama penuhnya tak ingat. Setiap pizza harga antara RM9.90 - RM11.90. Setelah buat pilihan, tunggu selama 15 minit gitu sementara ia dimasak. Suasana restorannya tenang dan yang best tu ada free Wifi.



Tadaa...pizza dah siap. Dapat kupon sup percuma untuk trip berikutnya.


Inilah rupanya bila dikeluarkan dari paperbag. Tapak Cone Pizza ni dibuat dari plastik. Kene pegang dengan cermat. Boleh tergolek Cone Pizza ni dibuatnya sebab Cone Pizza ni berat, tapaknya ringan.


Satu diisi dengan Tuna dan satu lagi isinya ayam.


Ini bukan aiskrim tapi Cone Pizza. Kon nya dibuat dari tepung sepertimana pizza biasa cuma dibentukkan jadi cone. Dalamnya penuh dengan inti. Makan satu aje pun dah cukup kenyang. Rasanya sedap. Nanti nak pegi lagi cuba inti lain pulak :)

Thursday, December 03, 2009

Big Bad Wolf Warehouse Sale

Semalam Sherrina dan kawan berkesempatan 'lari' ke Amcorp Mall untuk menjengah sisa-sisa yang masih ada di Big Bad Wolf Warehouse Sale. Big Bad Wolf ni boleh dikira antara book warehouse paling best setakat ini sebab mereka benar-benar memberikan harga yang sepatutnya yang dikatakan sebagai jualan gudang. Banyak trend terkini syarikat menganjurkan jualan gudang tapi harga jualan mahal jugak macam harga asal.
 
Kami tiba di Amcorp Mall jam 7 malam. Hari semalam merupakan hari terakhir dimana semua buku dilelong dengan harga RM5 sebuah kecuali jika harga asal buku itu memang lebih rendah dari RM5, maka ia akan ikut harga pada buku. Orang memang ramai, parking pun penuh. Tapi Sherrina memang dah jangka buku tak banyak yang tinggal.
 
Sherrina cuma membeli 6 buah buku, 4 daripadanya berharga RM5 sebuah. Selebihnya berharga RM2 dan RM1. Salah sebuah darinya adalah buku yang Sherrina tak jangka akan ada disitu iaitu hardcover buku mengenai Bill O'Reilly, pengacara tv di Amerika bagi rancangan The O'Reilly Factor. Sherrina sedang membaca buku-buku motivasi tulisan beliau yang sangat bagus untuk dibaca. Jumlah semuanya RM23. Sherrina suka beli buku masa jualan gudang begini sebab lepas habis baca, buku-buku tu boleh didermakan pada perpustakaan sekolah atau rumah anak yatim yang memerlukan. Nak simpan buku di rumah, dah takde almari yang kosong. Lagipun Sherrina lebih gemar menyimpan buku berbentuk e-book yang senang disimpan dan dibaca menggunakan handphone.
 
Syabas Big Bad Wolf, jualan gudang anda memang hebat!
 
 


Get your preferred Email name!
Now you can @ymail.com and @rocketmail.com.

Wednesday, December 02, 2009

Using Facebook As Marketing Tool

Malam ni Sherrina akan menghadiri satu bengkel berkenaan bagaimana menggunakan Facebook sebagai alat pemasaran produk/perkhidmatan/perniagaan kita. Satu topik yang bagus untuk diterokai.
 
Sementara itu, jom baca artikel ini yang memberikan banyak info bagaimana Facebook boleh menjadi platform marketing yang bagus:
 
 


Get your preferred Email name!
Now you can @ymail.com and @rocketmail.com.

Tuesday, December 01, 2009

Where are you heading to?

Rakan Sherrina yang baru menceburi bidang BlackBerry iaitu Mad Duan telah berkongsi cerita ini di forum rasmi Ansara Terendak dan cerita ini really knocked my head to reality.
 
A boat docked in a tiny Mexican fishing village. A tourist complimented the local fishermen on the quality of their fish and asked how long it took him to catch them. "Not very long." they answered in unison.

"Why didn't you stay out longer and catch more?" The fishermen explained that their small catches were sufficient to meet their needs and those of their families.

"But what do you do with the rest of your time?"

"We sleep late, fish a little, play with our children, and take siestas with our wives. In the evenings, we go into the village to see our friends, have a few  drinks, play the guitar, and sing a few songs. We have a full life."

The tourist interrupted, "I have an MBA from Harvard and I can help you!
You should start by fishing longer every day.
You can then sell the extra fish you catch.
With the extra revenue, you can buy a bigger boat."

"And after that?"

"With the extra money the larger boat will bring, you can buy a second one and a third one and so on until you have an entire fleet of trawlers.Instead of selling your fish to a middle man, you can then negotiate directly with the processing plants and maybe even open your own plant.You can then leave this little village and move to Mexico City, Los Angeles, or even New York City! From there you can direct your huge new enterprise."

"How long would that take?"

"Twenty, perhaps twenty-five years." replied the tourist.

"And after that?"

"Afterwards? Well my friend, that's when it gets really interesting," answered the tourist, laughing. "When your business gets really big, you can start buying and selling stocks and make millions!"

"Millions? Really? And after that?" asked the fishermen.

"After that you'll be able to retire, live in a tiny village near the coast, sleep late, play with your children, catch a few fish, take a siesta with your wife and spend your evenings drinking and enjoying your friends."

"With all due respect sir, that's exactly what we are doing now. So what's the point wasting twenty-five years?" asked the Mexicans.

And the moral of this story is:
Know where you're going in life.... you may already be there!!



New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!

Monday, November 30, 2009

Menghasilkan website menggunakan WordPress

Sherrina adalah pengguna tegar Blogger selama bertahun-tahun. Walapun banyak platform blog diwujudkan, Sherrina tetapi setia dengan Blogger.
 
Hinggalah semalam seorang rakan meminta pertolongan menghasilkan blog untuk syarikatnya menggunakan WordPress. Baru itulah kali pertama Sherrina menggunakan WordPress dan ia sangat mengujakan. Walaupun ada beberapa teknik yang Sherrina rasa Blogger lebih mudah, tetapi WordPress membolehkan Sherrina menghasilkan website tanpa perlu menggunakan Joomla ataupun kemahiran HTML yang tinggi (dah berkarat pun ilmu HTML). Selama ini Sherrina ingatkan WordPress hanya sesuai sebagai blog sahaja, rupanya Sherrina silap.
 
Sherrina sedang membaca melalui carian Google mengenai keberkesanan menghasilkan laman web syarikat menggunakan WordPress. Ini antara link yang Sherrina nak kongsi bersama yang banyak memberi tips berguna mengenai topik ini:
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ini pula dua contoh website yang dibuat menggunakan WordPress:
 
Menarik!


New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!

Sunday, November 22, 2009

Volunteering at Zoo Negara

Pada hari Sabtu, 21 November 2009 Sherrina dan 33 orang daripada pelbagai latarbelakang berkumpul di Pintu No 3 Zoo Negara jam 8 pagi untuk menyertai program kerja amal di Zoo Negara. Program ini yang dianjurkan oleh kumpulan The Malaysia Vegetarian di Facebook mendapat sambutan yang sangat baik. Selain daripada kumpulan ini, program pagi itu turut disertai oleh sukarelawan dari bank Standard Chartered.






Acara dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh wakil Zoo Negara. Awal-awal lagi kami dah dimaklumkan supaya memakai kasut dan seluar panjang. Sleeveless tak dibenarkan. Peserta dibahagikan kepada kumpulan dan dibawa ke tempat tugas masing-masing. Setiap sukarelawan diberi sticker untuk ditampal pada baju.





Sherrina dan 5 orang lagi telah dimasukkan ke kumpulan harimau dimana kami ditugaskan untuk membersihkan kandang harimau.





Kami dikehendaki menyapu daun kering dan mengumpulnya dalam bakul. Kemudian orang lelaki diminta membantu staff Zoo Negara membawa daging untuk dijadikan makanan kepada harimau dan menggantungnya di tempat yang disediakan. Kami juga diminta mengangkat kayu-kayu lama yang telah rosak untuk dibuang ke tempat yang disediakan. Fuh...memang penat tapi best.



Selain daripada melakukan kerja gotong-royong, kami juga dapat mendengar banyak cerita dan pengalaman daripada penjaga harimau yang kami panggil Abang Ngah. Beliau banyak berkongsi pengalamannya sepanjang bekerja di zoo ni. Malah beliau pernah dihantar ke zoo di luar negeri untuk menimba ilmu. Menurut beliau, zoo terbaik di dunia ialah Zoo San Diego.







Yang bestnya jadi volunteer ni ialah, kami dibenarkan mengambil gambar. Apatah lagi, kedudukan kami di pagar belakang sangat hampir dengan harimau dan singa kerana haiwan-haiwan itu lebih gemar melepak di bahagian belakang.

Ada sekali tu, ketika tengah syok mengambil gambar, tiba-tiba singa betina tu datang merempuh pagar. Terkejut giler dibuatnya!



Antara petugas Zoo Negara disitu ialah seorang remaja Sweeden berusia 16 tahun. Namanya Ras. Ras ni baru je berpindah ke Malaysia sebab ayahnya bekerja disini. Dia dah sebulan bersukarelawan disini. Memang dia berbakat dengan haiwan. Sampai harimau tu dah manjanya dengannya.


Sebelah kandang singa ialah kandang tapir. Tapi ni tak mau ke kawasan depan tempat orang ramai menonton. Malah ia asyik melepak di tepi pagar dekat tempat kami melepak. Seolah-olah seronok mendengar kami bersembang.


Ketika bersembang dengan Abang Ngah, baru Sherrina tau betapa mahalnya kos menjaga seekor harimau. Kos makan seekor harimau untuk sebulan boleh mencecah hingga RM20,000. Tu belum lagi kos vitamin, perubatan dan lain-lain lagi. Kalau tak dikenangkan harimau ni spesis nak pupus, tak koser agaknya nak belanja banyak macam tu...


Selain daripada bertugas di kandang harimau, sukarelawan lain ditugaskan di kawasan lain seperti di kandang burung unta, kandang unta, gajah, zirafah, kedai cenderahati, kaunter tiket dan lain-lain lagi

Masa rehat bolehlah jalan-jalan keliling zoo. Masuk percuma apabila menyertai sukarelawan. Cuma bahagian pertunjukkan haiwan takleh masuk.

Program berakhir jam 4.30 petang. Banyak pengalaman dan pengetahuan dapat dikumpul sepanjang hari ini. Kepada yang berminat nak join, gi www.groups.to/myvege








Koleksi gambar yang disusun dalam bentuk video.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin