Tuesday, December 08, 2009

Teater Natrah



Sherrina dah lama mengikuti kisah Natrah. Cerita hidupnya banyak diterbitkan di majalah masa Sherrina kecil dulu dan ada dibukukan. Apabila kisah hidupnya dibawa ke pentas Istana Budaya, Sherrina tak lepaskan peluang untuk menontonnya. Sherrina berjaya dapat tiket berharga RM30 untuk menonton pada Ahad lepas tapi kedudukannya nun jauh diatas. Menyesal gak sebab tak beli awal untuk seat RM30 di bawah. Sebab duduk diatas tak nampak skrin di belakang pentas yang ditutup dek langsir cantik Istana Budaya. Cehh!



Sherrina dan member tiba di IB jam 8 malam. Kawasan letak kereta dah penuh sesak, terpaksa parking agak jauh. Pintu dibuka jam 8.15 malam. Di ruang legar ada pameran mengenai sejarah hidup Natrah, mengenai proses pembikinan teater Natrah dan ada juga teriakan suara penjual buku cenderahati Natrah.




Menunggu pintu dibuka.


Penutup tirai teater Natrah.

Teater Natrah kali ini memaparkan sisi kisah Natrah dari sudut yang berbeza. Mungkin aje ramai kecewa sebab kisahnya tidak memihak kepada pihak kita, tetapi ianya hakikat yang tercatat dalam sejarah. Tepukan gemuruh buat Erma Fatima (di poster tertulis Eirma ke Ierma....) dan pasukannya. Banyak esakan dan tangisan kedengaran di sekeliling saya lebih-lebih lagi saat Natrah dipisahkan daripada ibu angkatnya. Oh ya, isteri allahyarham Mansor Adabi dan anak-anak arwah turut menonton teater pada malam yang sama. Ini dimaklumkan oleh pengacara semasa penutup.

Lepas tamat persembahan, sesi autograf diadakan di luar. Kali ini pengawalannya lebih ketat, rupanya sebab Remy Ishak, pelakon yang memegang watak Mansor Adabi telah dipukul di Istana Budaya malam sebelumnya. Patutlah guard di sekitar situ garang2 belaka. Nak amik gambar pun susah.


Remy Ishak sebagai Mansor Adabi


Remy Ishak dan Samanta Schubert yang berlakon sebagai ibu kandung Natrah




Ada pulak yang berteriak nama Adam untuk menarik perhatian Remy Ishak. Pengaruh drama Nurkasih lah tu.


Maya Karin sebagai Natrah semasa muda bersama Remy Ishak.




Sofia Jane membawa watak Natrah semasa dah tua.


Ramai orang berpusu-pusu cuba mengambil gambar pelakon


Sofia Jane dan Umie Aida yang membawa watak Che Aminah, ibu angkat Natrah



Natrah adalah satu sejarah yang perlu dipelajari semua generasi supaya peristiwa yang sama tidak berulang lagi (macam dah berulang aje dalam zaman sekarang ni)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin