Wednesday, January 28, 2009

Muzium Negara: Pameran Senjata Tradisional



Tengahari semalam berkesempatan gi Muzium Negara untuk melihat Pameran Senjata Tradisional: Misteri & Kesaktian. Dah lama gak tak gi Muzium Negara. Parking kereta RM2 dan pameran ni percuma (masuk ikut area kepala keretapi) tapi Sherrina gi bayo RM2 sebab masuk ikut bangunan utama.



Laluan masuk ke dewan pameran dibuat semacam terowong.


Mula-mula diceritakan mengenai bermulanya penggunaan senjata di zaman dahulu kala. Sedutan filem Ice Age pun ada mengenai penggunaan senjata di zaman batu.



Ni pertarungan Hang Tuah dgn Hang Jebat. Tapi tak brape paham sangat tang tajam-tajam di lantai tu.



Macam-macam jenis senjata dipamerkan disini. Bukan sahaja yang terkenal di kalangan orang Melayu, malah senjata kaum Cina, India, Orang Asli, Sabah dan Sarawak pun ada. Ni mentera yang dibaca masa mengasap senjata, kalau tak silap.


Ni close-up picture. Leh cuba baca kot nak perasap mouse ke X-Box controller ke masa bertarung main game :p


Selain daripada senjata, banyak juga kisah-kisah yang dipaparkan disini berkaitan dengan penggunaan senjata. Antaranya kisah tragedi berdarah ini dimana 99 orang mati dibunuh gara-gara perebutan cinta tiga segi. Fuhhh...dasyat!


Kisah ni memang best. Penah dengar dulu tapi baca disini baru tau detail nya. Mengenai Parang Selendang Merah. Yang best tu, siap ada tayangan video lakonan semula. Macam real lah :)

Banyak lagi pameran-pameran senjata yang ada. Tapi tak dapat nak amik gambar banyak-banyak sebab kamera tak bawak memory card (hampeh sungguh!). Apa pun bagi yang last skali ke Muzium Negara masa rombongan skolah, gi lah sana. Pameran ni berakhir pada 20 April 2009.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin