Saturday, April 11, 2009

Career Talk @ MRSM Terendak

Sherrina, Zaitie dan kawan Sherrina (bukan Terendakian) bertolak dari KL ke Melaka jam 8.30 pagi. Singgah di RNR Seremban utk sarapan then terus ke maktab. Walaupun tertinggal konvoi dengan Shimi, namun berjaya juga sampai ke maktab (walaupun lewat sikit) dengan bantuan GPS. Ntah jalan kampung mana yg kami lalui, siap kene roadblock dek lembu-lembu yang berkeliaran.

Sherrina dan member gi kelas 5B2 (skarang kelas 5A3 kalau tak silap) utk join Fakulti IT. Ketika sampai Abijan sedang memberikan mukadimah.


Peserta di Fakulti IT


Abijan selaku ketua fakulti


Oshie berkongsi pengalamannya belajar di UniKL


Abg Mantoi menceritakan pengalaman kerjaya IT di zaman 90an.


Saya berkongsi pengalaman kerjaya saya sebagai IT Trainer


Kalau tak silap ni Fakulti Ekonomi. Abg Payut dan Shimi sedang berkongsi pengalaman.


Selepas makan tengahari (thanks to pihak maktab) di foyer sains dan berehat, sesi career talk disambung semula dengan kumpulan pelajar yang lain. Kumpulan kedua yang memasuki fakulti IT lebih agresif dan bertanyakan banyak soalan. Jam 3 petang kami akhiri sesi kami dan bergerak ke PSP untuk program motivasi kendalian Madhi dan Mad Duan.


Semua pelajar Form 5 di PSP yang sejuk macam peti ais


ahhh....tempat kegemaran saya bila masuk PSP. Blaja pun boleh, tidur lagilah boleh....

Sesi motivasi berjalan dengan lancar. Kami terkesima mendengar Mad Duan menceritakan mengenai lagenda Ridzuan Iskandar. Selesai sesi motivasi, kami beredar dan bersiap untuk acara sukan bersama pelajar Form 5. Kami memilih utk mengadakan permainan futsal dan bola tampar kerana cuaca kurang baik.


Kesian plat Jubli Perak....sudah seperti acara gores dan menang




Abijan, Qaisy, Oshie dan Shimi berpayung menuju ke gelanggang


Perlawanan futsal antara Ansara Terendak vs MRSM Terendak


Permainan bola tampar...gelak lebih dari bermain :p



Selepas permainan....senior dan junior tak kira usia seiring dan sejalan



Barisan Terendakian yang menghadiri Career Talk kali ini





Sesi ngeteh di Alor Gajah sebelum mereka pulang ke KL

Career Talk kali ini berjalan dengan baik walaupun ada kekurangan disana sini. Faktor masa yang singkat membuatkan saya rasa masih banyak perkara yang belum saya kongsikan dengan adik-adik. Harap Career Talk ini dapat diadakan lagi di tahun hadapan :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin