Sunday, August 23, 2009

House Renovation

House renovation adalah acara yang paling kami kurang gemari. Bukan sahaja kerana ia melibatkan banyak wang ringgit tapi sebab terpaksa menjaga rumah sepanjang waktu kontraktor membuat kerja. Belum lagi kene angkut barang jika renovation berlaku didalam rumah.

Tahun ini, mak Sherrina berhasrat nak tukar pagar. Pagar yang ada tu adalah pagar asal semenjak rumah ini dibeli 25 tahun yang lalu. Sambil itu juga nak cat tembol yang dah kusam, bumbung yang dah pudar warnanya dan menukar tiles didalam bilik tidur utama dan bilik tidur adik yang dah menggelembung. Tatau le apa malangnya nasib kami. Dah 2-3 kali tukar tiles di bilik tidur dan porch kerana tetiba ia meledak bagaikan gempa bumi.

Proses pertama, memilih kontraktor. Untuk kerja-kerja kecil yang lalu, kami memilih kontraktor cina (bumbung) dan indon (lantai). Hasilnya, bumbung bocor kembali dan lantai meletup. Kami serik. Kali ini kami lebih berhati-hati. Setelah bertanya kepada kawan-kawan, akhirnya kami dikenalkan dengan seorang kontraktor Melayu. Kami fikir bagus juga kali ini menolong bangsa kami sendiri. Setelah berbincang dan melihat-lihat design, kami memilih untuk mengecat dinding luar dengan warna kuning (setelah melihat katalog warna) pada kos RM900 dan menukar pagar dan membina tembok baru serta pagar baru. Pagar ini melibatkan pagar depan dan pagar belakang. Kos keseluruhan mencecah RM5000.

Kerja-kerja pun bermula. Pagar dirobohkan dibelakang dahulu. Kerja-kerja membina tembok baru dilakukan. Sementara itu, ada pekerja yang mengecat dinding didepan dan dibelakang. Setelah beberapa hari, pagar didepan pula dirobohkan dan tembok baru dibina. Sambil itu, ada pekerja yang mengecat bumbung. Semuanya nampak berjalan lancar.

Seminggu selepas itu, pagar depan dan belakang yang baru tak muncul-muncul. Dalam tempoh ini, kami tidur dalam keadaan tidak lena. Yalah, rumah terbuka untuk dimasuki oleh sesiapa, baik dari depan mahupun belakang. Kata kontrakor, kedai bikin pagar buat hal. Lambat menyiapkan kerja. Kami sabar. Sementara itu, kerja-kerja mengumpil tiles di dua bilik tidur dijalankan. Kami fed-up dan tak mahu lagi guna tiles. Kami simen aje, lantainya kelabu. Alas sahaja dengan tikar. Kali ini kalau meletup lagi, mungkin rumah kami duduk diatas lingkaran api pasifik!

Semaknya rumah, ya ampun. Maklumlah, harta karun selama 25 tahun habis dibongkar. Kami ambil juga kesempatan untuk membuang barang-barang lama dan mengumpul pakaian yang masih elok untuk disedekahkan. Sampai sekarang masih ada lagi barang yang belum selesai dikemas. Tapi seronok juga sebab terjumpa baju-baju masa kecil dan juga alat tulis yang disorok oleh my mom seperti colour pencil yang mahal-mahal.

Ketika mereka menyapu simen di lantai dan mengeringkannya menggunakan kipas, mereka telah merosakkan kipas pusaka di bilik tidur utama. Habis terbakar. Kipas tu diambil dari rumah arwah tok semasa tinggal di Sungai Petani. Habis hancus. Terpaksa keluarkan wang beli kipas baru. Kata kontraktor, RM400 siap pasang. Kami percayalah. Maka kipas baru dipasang di ruang tamu (ada remote control lagi) dan kipas diruang tamu dibawa ke bilik tidur utama. Few days after that my mom ke kedai letrik tengok kipas yg sama, cuma RM250 aje. Tambah 50 hengget lagi, dapat kipas 5 blade. Alahai.....kene kencing.

Dua minggu selepas (ntah dah brape lama, dah lost track), pagarnya tak muncul lagi. Setelah puas menunggu akhirnya tiba juga. Mereka pun memasang dan mengecat dengan gigih dalam hujan renyai-renyai di pagi pertama Ramadhan. Hasilnya, mengecewakan. Pagarnya lebih nipis daripada pagar asal. Silap2 pencuri gigit je dah putus. Pakai gergaji tangan tu pun sure selesai. Bentuknya tak seperti yang dilukis. Warnanya, ya ampun. Dah macam rupa tadika pun ya, rupa rumah Kedah pun ya. Yang paling membuatkan kami terkesima dan tatau le nak nangis ke nak ketawa ialah kedudukan pagar tu. Korang tengoklah gambar ni. Kalau dah kunci di luar pagar, apa ke maknanya? Dah tatau nak kata apa dah...tunggu je lah tokeynya datang tgk kerja anak buahnya nanti. Dalam nak marah, rasa nak gelak pun ada. Sebab tak terpikir camni boleh berlaku. Tatau le dorang pikir lagu mana.



Apa pun bila dah jadi macam ini, tatau le lepas ni boleh percaya kontraktor melayu lagi atau tidak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin