Sunday, September 06, 2009

Buka Puasa di Hotel Nikko

Walaupun Sherrina penah bagitau sebelum ni taknak blog pasal bukak puasa tahun ni, tapi acara bukak puasa kali ni kalau tak dilakarkan di blog, rasa rugi plak. Sebabnya bukan selalu dapat peluang buka puasa di tempat yang mahal seperti di Hotel Nikko.

Sherrina dan kengkawan sampai di parking Hotel Nikko jam 6.15 petang pada hari Khamis lepas. Jalan tak jem, parking pula RM5 sekali masuk jika masuk selepas jam 6 petang. Setelah lepak di lobi, kami pun masuk ke tempat berbuka puasa.


Ni kawasan luar dimana ada beberapa gerai seperti mee rebus, sate dll


Gerai Yong Tau Fu. Tatau le apa rasanya, tak makan pun.


Kalau tak silap ni kaunter ulam-ulaman dan pelbagai jenis kerabu


Buah-buahan tempatan. Surprisingly ada buah-buahan seperti rambutan, buah mata kucing, jambu air, nangka dan lain-lain lagi yang Sherrina tak penah nampak ada di mana-mana hotel semasa berbuka puasa.


Kaunter manisan. Kek yg kecil-kecil tu memang sangat marvelous. Sedap bangat. Kene plak makan sambil hirup kopi panas, fuhhh best.


Kaunter kuih-kuih tradisional. Tak try pun sebab kuih-kuih yang biasa di pasar ramadhan.


Bahagian lauk-pauk. Kali ni sherrina amik juga sesudu-dua nasi minyak. Nak try. Memang sedap. Lauk-lauk disini mostly memang tasty. Seperti ayam goreng kampung (sedikit manis dan lembut), rendang minangkabau (sangat enak), paru goreng lada dll. Tapi lauk sotong masak sambal agak kureng sket sebab sotongnya tebal-tebal.


Bahagian ikan bakar. Ikan pari bakar memang sedap. Lembut dan segar. Ada juga kambing panggang bersama mash potato. Oklah, agak liat kambing tu.


Seafood segar. Tang ni Sherrina tak layan walaupun nampak sangat menarik. Sebabnya tak reti makan makanan mentah dan sushi.

Ada lagi few kaunter yang Sherrina tak sempat nak amik gambar seperti gerai kebab, gerai popia basah, kaunter pizza, sotong kangkung, lauk-pauk moden.


Susunan kulinari yang menarik dan kemas.


First round. Taste lauk dulu. Ayam teppanyaki-sodap giler sampai makan 2 kali. Seafood dlm kuah putih yg pekat dan marvellous monday. Oyster masak kicap kalau tak silap. Sangat enak. Ada juga isi ikan digoreng dengan tepung. Not bad.


Kebab ayam, agak kering. Begitu juga dengan popia, tak sehebat di pasar ramadhan yang kene beratur panjang.


Minuman pun banyak pilhan. Sirap bandung tu sedap giler. Teh tarik ok, ngam. Tebu, biasalah. Lain seperti ABC (tak cuba), aiskrim (sedap dan byk perisa. Ada pelbagai toppings), kopi (wajib sebelum balik).

Kesimpulannya, buffet di Hotel Nikko best. Makanannya tasty. Suasana tenang. Tak crowded sangat. Bersesuaianlah dengan harganya, RM103 per adult (nasib baik makan free...fuh!)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin