Tuesday, November 10, 2009

Trip To Kuala Gandah Elephant Sanctuary

Pada 1 November 2009 yang lalu, Sherrina dan sekumpulan rakan Terendakian telah berkonvoi ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary. Program anjuran Biro Sukan & Rekreasi ini telah dirancang beberapa bulan lebih awal. Sebulan sebelum program kami telah menempah tiket dengan pihak sanctuary kerana takut kehabisan tiket. Maklumlah, nak pegi hari Ahad, sure ramai orang. Kami tempah dalam 70 pas kesemuanya. Sebilangan pas adalah pas B yang membolehkan pemegang pas naik dan mandi dengan gajah. Sherrina cuma amik pas A aje iaitu melawat sebab tak sampai hati nak naik atas gajah tu...ekekekekek....


Sherrina, Wana, Mas dan Nazri (SPM 04) bertolak dari rumah jam 8.30 pagi. Mas dengan baik hatinya menumpangkan Nazri dari LRT Bandar Tun Razak ke rumah Sherrina. Kalau nak tunggu tukar ke Putra, sure lambat. Kami bergerak ke stesen minyak BHP untuk berkumpul disana. Sampai disana, ramai lagi yang belum sampai. Sempat le sarapan dulu di kedai mamak disitu.


Jam 9 pagi diadakan taklimat yang disampaikan oleh saudara Huzairi, selaku ketua Biro Sukan & Rekreasi Ansara Terendak. Peserta dimaklumkan mengenai aturcara dan perjalanan ke sana. Kami bertolak jam 9.30 pagi kalau x silap. Masing2 memecut laju, Sherrina dan kereta tua tertinggal di belakang. Mujur ada GPS, set aje dan ikut arahan.


Lokasi pertama ialah Deerland yang terletak tak jauh dari Kuala Gandah. Sampai disini jam 10.30 pagi. Yuran masuk bagi dewasa ialah RM5. Kat sini pengunjung boleh bermesra dengan pelbagai jenis haiwan liar. Tumpuan utama ialah rusa, dimana kita boleh bagi rusa makan. Makanan disediakan oleh pihak Deerland.


Mungkin rusa-rusa tu tak makan gamaknya. Semua berebut mendapatkan makanan. Sherrina hanya rakam video aje. Merakam aksi lucu kengkawan kasi makan pada rusa.


Macam-macam gaya. Ada rusa yang dah menunggu je kot disuakan makanan.


Selain tu ada haiwan lain. Ni rusa Malaya. Besar bukan main, macam anak lembu.


Beruang ni memang famous lah. Macam artis. Mula-mula penjaganya pujuk beruang tu suh duduk. Pastu semua orang pegang dan amik gambar dengan beruang. Selain tu, banyak lagi haiwan disitu. Ada ular, burung dan lain-lain lagi.


Acara wajib: Group photo sebelum meninggalkan Deerland.

Setelah selesai melawat Deerland, kami terus ke Kuala Gandah. Tak jauh. Dalam 15 minit aje daripada lokasi Deerland. Bila tiba disana, dah ramai orang melawat dari pagi. Siap ada datang dengan bas sekolah. Kami ke pejabat untuk mendapatkan pas lawatan. Proses mengedarkan pas kepada peserta pula selepas itu.


Sebelum tu, kami menyampaikan sumbangan daripada peserta dan Terendakian yang tak dapat hadir kepada pihak sanctuary. Memandangkan tiket masuk adalah percuma, pengunjung digalakkan memberikan sumbangan. Untuk melihat sumbangan yang diperlukan, lihat di website Kuala Gandah. Kami telah membeli 13 bungkus susu tepung bagi anak gajah dan gajah dewasa yang dalam rawatan.



Oleh kerana sudah masuk waktu tengahari, kami ke kawasan berkelah untuk makan tengahari. Masing-masing membuka bekalan sendiri. Di sini takde sangat gerai makanan. Memang kene bawak sendiri. Lagi best. Dapat share makanan.



Lepas makan dan solat Zuhur, kami menunggu acara gajah bermula. Kami menonton bagaimana gajah diberi makan. Pengunjung berpeluang mengambil gambar bersama gajah. Kemudian, 2 ekor gajah dibawa keluar dan diikat pada pokok berhampiran untuk membolehkan pengunjung bermain dengan gajah dengan lebih dekat. Ada yang memberi gajah makan kacang dan sebagainya.

Tak lama selepas itu, acara menaiki gajah. Ini hanya bagi pemegang pas B sahaja. Dan akhir sekali ialah mandi dengan gajah. Dimana peserta beratur di pelantar, naik diatas gajah yang berdiri didalam sungai dan gajah akan bergerak beberapa langkah sebelum menjatuhkan dirinya ke dalam sungai bersama dengan peserta. Sangat menyeronokkan.



Sebelum bertolak pulang, semua peserta bergambar bersama-sama. Program yang sangat menyeronokkan dan menggembirakan. Untuk tonton video, klik dibawah.




























No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin