Restoran Pizza San Francisco ni terletak di Seksyen 5, Wangsa Maju. Sherrina dulu suka lah gi sini sebab memang jatuh cinta dengan spaghetti carbonara di sini. Tapi setelah jumpa dengan spaghetti carbonara yang lebih sedap di Naili's, tak gi sini dah. Tapi aritu lalu di area sini dan ternampak banner promosi Lamb Chop pada harga RM12.90. Ishhh, murah tu. Takleh dilepaskan. Mana tau kali ni lamb chop dorang dah bertambah baik berbanding dulu. Dulu agak teruk sket (kecuali branch di Bangi yg best) siap bagitau kat chef suh pi Bangi blaja dengan branch sana.
Sampai je order lamb chop lah. Mint sauce semestinya.
Food presentation not bad.
Tapi bila potong daging dengan pisau, humang aihhh....amende yang merah-merah ni? Rupanya minyak! Tak penah-penah makan lamb chop berminyak macam kambing beriyani nih. Rasanya pun ada rasa kari. Cilakak tol, nak buat eksperimen pun agak-agak lah. Takkan nak buat lamb chop perisa kari!
Akhirnya, beginilah. Membazir betul! First time makan lamb chop tak habis. Geram, memang geram!
Order ni plak. Apa namanya, Fettucini ke apa. Yang ni memang sedap sokmo lah.
Untuk sejukkan hati, order ice chocolate. Yang ni memang tip top.
Kesimpulannya, tak mau dah gi Pizza San Francisco nih. Makanannya makin lama makin tak berkualiti. Harap drinks aje yang maintain sedap. Lamb chop kat kedai mamak pun lagi sedap dari ni!
2 comments:
Lamb chop medium raw kut? Cuba mintak well done lain kali ;p)
ni bukan Tony Roma kene well done bagai. Kedai ni satu pesen aje...well done. Tapi kali ni tukang masak bereksperimen...terlebih done lak. Menci tol!
Post a Comment