Pertama kali mencuba makanan timur tengah di Restoran Saba' yang terletak di Dataran Jelatek. Sherrina, Suhaila dan Wan Dina lunch disana pada hari Isnin.
Selalunya disitu susah nak parking tapi kami bernasib baik. Tapi awas! Harga parking agak mahal juga. Kami kene RM6 untuk hanya 2 jam parking!
Masuk di restoran, ruang bawah penuh dengan pelanggan. Kami naik lif ke tingkat atas. Lebih banyak ruang kosong. Bilangan pelanggan tempatan boleh dibilang dengan jari.
Setelah membelek menu, Sherrina memilih Lamb Tikka. Suhaila dan Wan Dina pula memilih nasi (nasi beriani ke?) Beserta lauk ayam dan kambing. Nasinya cantik. Panjang-panjang dan sangat enak.
Untuk minuman, selain air mineral Sherrina order Barbican perisa strawberry.
Jumlah belanja dalam RM60 semuanya. Nak pegi lagi lah, nak cuba mixed grill pulak. Kata Kak Shurqi, menu itu sangat enak!
Sent from my BlackBerry® wireless device via TMobile-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment