Tuesday, July 29, 2003

Now I Understand Why Some People CLaims STREAMYX Sucks!!
I emailed this to the customer service. After two weeks, I am getting tired of keep on calling them. My streamyx bill is running so does my dial up. Maybe this what u get when they give you free modem :(

Referring to report no: 476847 and 446309.

I was very disappointed with the service. As new subscriber I was looking forward for better service and access. After 2 weeks, I haven't taste the enjoyment of using streamyx. Only managed to try it for 1 minute when the technician came and reconfigure my modem last saturday morning. After that, things get back to normal. DSL blinking as usual. I never thought that streamyx will be that troublesome. I've been taking the trouble going through oceans of human during the Sure Heboh at Bukit Jalil just to submit the form to entitled for the free modem and look what I got. 2 disasterous weeks!! My streamyx bill is going on and yet my dial up bill is still alive and getting stronger. Now I understand why lots of people says Streamyx just barking out loud when comes to the promotion. Me, a victim. I think if this matter still cannot be settled in another week or two, I shall unsubscribe this program, return the modem and I don't want to be charged a single cent for getting nothing at all....

For your info, modem was installed since 15 July 2003 and till now...nothing. Thanks a lot.......:(

Monday, July 28, 2003

Sejenak di SKUE
Sabtu dan Ahad yg lalu benar2 meletihkan. Sabtu pagi, baru nak ke pejabat tetiba terpancul 2 mamat streamyx. Oh ye, pasal configuration modem. Terpaksa layan diorang sat. Lepas depa godek2 laptop, baru dapat login ke streamyx. Yesss....akhirnyaaaaa....10.30am bergegas ke pejabat. Meeting dah mula tapi mujur antara bos ngan account admin dulu. Aku ngan manager tercongok diluar. 11am kami dipanggil masuk. Selesai urusan pejabat, kami berbincang mengenai plan yg terdekat. Meeting abis kol 12.30. Kami bergegas menyiapkan peralatan yg diperlukan utk demo di SKUE (Sek. Keb. Usaha Ehsan, area Batu Caves) esok. 2pm aku ke Unitar, menyiapkan assignment data comm hingga jam 6 petang sebelum bergerak pulang ke rumah.

Ahad pagi, seawal mungkin aku bersiap. Tapi tiba lewat juga di lokasi. Bila siap dah punggah barang ke classroom yg dikhaskan, baru perasan bekalan letrik takde. Puas petugas2 sekolah mengodek. Akhirnya ok. Hari itu ramai juga yg hadir sempena Hari Kantin. Aku memasang dua biji laptop disambung dengan sebiji webcam. 2 pc lain pula utk demo silibus. Kami menerima sambutan yg hangat. Lebih2 lagi dr ibu bapa yg dah tak sabar dengan sekolah yg cuma 30 mt dari KLCC itu yg hingga kini masih takde kelab komputer, apatah lagi makmal. Isu makmal roboh sedikit sebanyak membantu kami.

Tersengih2 aku melihat gelagat student2 dihadapan webcam. Ramai yg takjub melihat pergerakkan mereka di skrim laptop. Ada pula yg bertanya apa menatang ini (sambil menunding ke laptop). Kesian, mereka hanya tahu komputer dan games. Itu sahaja. Betapa ceteknya pengetahuan mereka. Comot skrin laptop aku dibuatnya....(mujur tak jadi apa2 kecederaan pada laptop). Ini adalah sebahagian dr gelagat mereka pada hari tersebut....
http://www.snapfish.com/thumbnailshare/AlbumID=7902991/t_=6214308

p/s: Yippee....I've lost 6kg after 2 weeks. Fuhh....luckily I managed to reach the target (even though I must admit I curi2 ate fried mee last Sunday and drank 2 glasses of ice tea and a mug of teh tarik :p )or else the doctor will asked me how come I can't reach the target. Fuhh....

Saturday, July 26, 2003

Hari Yg Memenatkan Tapi Seronok
Hari nie memang betul2 memenatkan. Pepagi kene gi kindy mengajar disana. Pastu rush ke office siapkan perkakas utk presentation ahad nie. Lunch time diorang ajak gi Carrefour. Sempat gak usha handphone utk mak. Then, bila balik ke opis semula tetiba ada kelas awal plak. student nak wat replacement. Arghh....cakap le awal2, nie keje tgh melambak nie. Baru ingat nak curi2 masa siapkan assignment. From 3pm to 6pm non stop bercakap sambil mengajar. Kering kontang tekak dibuatnya. Abis kelas lepak umah moi sampai kol 8. Aku dan wana gerak ke Istana Budaya. Menonton Alang Rentak Seribu. Masa awal tahun teater ini dipentaskan aku tak sempat nak menonton. Since anum kempen baik punye kata citer nie best gilosh, aku pon beli le 2 tiket. Wana pon tak penah ke Istana Budaya. She was really excited. Kami sampai ngam2 8.25. Masuk aje sekali aiseh, ingatkan seat sket punye cun dah pilih rupanya second row dari pentas daa....Yg tak syok sebab tak dapek nak show kat Wana camne stage tu tukar setting background dan dengar live musician play during the program. Takpelah, ada teater lain aku bawak dia lagi. Kelakar memang tahap cipan. Tak henti2 gelak sampai tepuk2 lutut. Tak sesia gak gi nengok. Audience tak begitu ramai tapi still penuh sampai ke belakang. Cuma celah2 row ada yg rompong. Dua teater sebelum nie aku nengok full house. Paling aku khusyuk menghayati watak si Alang le. Susunan kata2 nya cukup berseni, berirama. Memang best dan kelako. Yg lain tak kurang hebatnya. 4 bintang utk Alang Rentak Seribu....

Show habis kol 11.10. Show paling awal abis yg aku penah tgk. Lepas hantar wana ke rumah, aku pun pulang dan sampai umah tepat2 jam 12 malam. Letihnya badan, takleh nak kata. Rasa nak baring sekarang jugak. Tapi mengenangkan segala report yg perlu di print utk meeting sok dan assignment yg aku nak hantar esok, gagahkan juga le badan dan mata nie. Huwaaaa...ngantuknyaaaa.....

Mazni, Zul petiklah bunga-bunga di taman, buat hiasan penyeri halaman <--Petikan ayat dr Alang Rentak Seribu

Thursday, July 24, 2003

I want My Streamyx NOW!!!!

arrghhhh....I hate to see that beautiful Aztech DSL Modem just laid there on the floor unable to service me from last tuesday till now. I'v been making reports to the call centre, called the technician and the person who cam to my house to install the modem. I was told the technician in charge are attending a course for 3 weeks. 3 weeks!!! I can't wait that longer. Am I the only Streamyx user in this area (Taman Melawati)? As if I leave in Hulu Tembeling. Huwaaa...when can I online 24/7 without having to worry about the dial up bill?? wuwuwuwuwu.......

Lawak Hari Ini
Adalah seorang pekerja Syria yang sedang bekerja di tingkat 13 sebuah bangunan. Tiba-tiba seorang berteriak-teriak, "Umar .. Umar .. anak perempuanmu Fatimah mati dilanggar kereta ... Umar ...!"

Kerana panik, orang Syira ini terus meloncat melalui jendela... dari tingkat 13. Ketika dia hampir mendekati tingkat 9, dia baru ingat bahawa dia tidak punya anak perempuan bernama Fatimah, setelah dia hampir mendekati tingkat 5, dia baru sedar bahawa dia belum menikah.. apalagi punya anak. Dan ketika dia hampir menyentuh tanah.. dia baru sadar bahawa namanya bukanlah Umar..

Wednesday, July 23, 2003

Men Are Hard To Pleased ... The problems with GUYS:

an interesting article forwarded to my email by a friend of mine....


If u TREAT him nicely, he says u are IN LOVE with him;

If u Don't, he says u are PROUD.

If u DRESS Nicely, he says u are trying to LURE him;

If u Don't, he says u are from KAMPUNG.

If u ARGUE with him, he says u are STUBBORN;

If u keep QUIET, he says u have no BRAINS.

if u ! are SMARTER than him, he'll lose FACE;

if he's Smarter than u, he is GREAT.

If u don't Love him, he tries to POSSESS u;

If u Love him, he will try to LEAVE u. (very true huh?)

If u don't make love with him., he says u don't Love him;

If u do!! he says u are CHEAP.

If u tell him your PROBLEM, he says u are TROUBLESOME;

If u don't, he says that u don't TRUST him.

If u SCOLD him, u are like ! a NANNY to him;

If he SCOLDS u, it is because he CARES for u. (Bullshit)

If u BREAK your PROMISE, u Cannot be TRUSTED;

If he BREAKS his, he is FORCED to do so.

if u SMOKE, u are BAD girl;

If he SMOKES, he is GENTLEMEN.

if u do WELL in your exams, he says it's LUCK;

If he does WELL, it's BRAINS.

If u HURT him, u are CRUEL;

If he HURTS u, u are too SENSITIVE!! & sooo hard to please!!!!!

If you send this to guys, they will swear that it's not true.......

but if u don't, they say u are selfish.....

The moral of the story is....... SEND THIS TO GUYS OUT THERE ANYWAY ...


Guys ... when you people will ever learn!!!

Tuesday, July 22, 2003

Just An Ordinary Day

takde apa yg spesel hari nie. Pegi keje dan balik keje seperti biasa. Bolehlah diisytiharkan sebagai Hari Bosan Sedunia. Di jam2 terakhir dipejabat aku menghabiskan masa menonton Finding Nemo. Tak jemu-jemu walaupun dah berulang kali. Keluar dari pejabat, cuaca kelihatan cukup cantik. ahhh, alangkah ruginya jika hanya menghabiskan masa di rumah petang2 begini. Tapi nak ajak member jalan, takde member plak. semua dah meluru pulang. Singgah di rumah director utk collect cheque, aku ke supermarket membeli tuna dan salad. Inilah makanan malamku. Tiba di rumah terus siapkan makanan dan makan. Sedap juga rupanya tuna dan salad.

Malam ini, as usual di hadapan laptop selama sejam. Lepas nie nak study data comm kejap. exam dah dekat. pastu apa lagi, tido le. bila dah bosan camnie, ubatnya tidur aje.....zzzz...

Lawak Hari Ini
Di sebuah kelas, para mahasiswa sedang mengikuti kuliah Filosofi. Pensyarah yang mengajar cuba melemparkan topik perbincangan tentang Tuhan.

"Ada yang pernah melihat Tuhan?" tanya si pensyarah. Semua diam tak menjawab.
"Ada yang pernah mendengar Tuhan bersuara?" si pensyarah bertanya lagi. Kali ini pun tak ada yang menyahut.
"Ada yang pernah menyentuh Tuhan?" tanyanya lagi. Semua diam.

"Kesimpulannya tidak ada Tuhan," kata si penyarah sambil tersenyum. Terdengar gumaman protes. Kemudian akhirnya seorang mahasiswa berdiri sambil bertanya,

"Ada yang pernah melihat otak tuan pensyarah?" Tak ada jawapan.
"Ada yang pernah mendengar otak tuan pensyarah?" Tak seorangpun menjawab.
"Ada yang pernah menyentuh otak tuan pensyarah?" Sekali lagi hening.
"Kesimpulannya tuan pensyarah tidak punya otak," kata mahasiswa.

Monday, July 21, 2003

ini adalah antara artikel menarik yg sempat sherrina baca di Mingguan Malaysia bertarikh 20 Julai 2003. Mungkin pahit tetapi benar.....

Komited kepada tugas, jaga maruah diri dan pasukan - Polis jangan biar rakyat meluat


SEJAK dahulu lagi, tiada yang mempersoalkan permintaan bagi menambahkan jumlah keanggotaan dalam pasukan polis.

Semua pihak menyedari kepentingan mereka bagi menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Lebih-lebih lagi apabila rakyat - yang jumlahnya terus meningkat - sentiasa pula menuntut hak kehidupan yang selamat.

Persoalan umum lebih banyak tertumpu kepada tahap keberkesanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia dibangkitkan apabila PDRM dilihat kurang berupaya menghalang peningkatan jenayah dan mengesan kemunculan ancaman baru terhadap keamanan negara. Ini termasuklah kumpulan pelampau dan pengganas yang menakutkan orang ramai.

Setiap kali persepsi dan imej negatif `menyerang', soal keberkesanan akan dikaitkan dengan masalah kekurangan anggota dalam menghadapi tugas kepolisan yang semakin mencabar.

Namun pendedahan bahawa berlakunya pembaziran tenaga dalam polis apabila separuh daripada 85,000 anggota pasukan itu diberi tugas bukan kepolisan termasuk kerja-kerja pejabat baru-baru ini, mencetuskan persoalan baru.

Bagi bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Haniff Omar, penyusunan anggota dengan nisbah merugikan itu terjadi berikutan kurangnya kesedaran untuk menurunkan lebih ramai polis terlatih sedia ada untuk tugas kepolisan di lapangan.

``Saya setuju supaya tugas pejabat dan kerja lain yang bukan kepolisan diambil alih oleh kakitangan awam supaya tidak berlaku pembaziran tenaga seperti sekarang.

``Sepatutnya kita melihat jumlah anggota lebih ramai di bahagian kepolisan terutama bahagian pencegahan jenayah, itulah tugas polis, bukan menenyeh fail,'' katanya kepada wartawan HASSAN MOHD. NOOR dan RAMLI ABDUL KARIM.

Mohammed Haniff juga menyebut tentang kesanggupan anggota dan pegawai polis bekerja lebih termasuk di luar tugas hakiki yang sudah tidak kelihatan.

Dalam wawancara itu yang diadakan di pejabatnya baru-baru ini, beliau turut mengulas mengenai bahagian perisikan yang kurang cekap memasang telinga, mengatasi masalah korupsi dan bagaimana polis mahu membuatkan rakyat rasa selamat.

MINGGUAN: Sebagai orang yang telah lama berkhidmat dalam polis, selama 35 tahun, bagaimana Tun melihat pasukan polis dahulu dan sekarang?

HANIFF: Sebelum saya bersara dulu zaman sedang berubah dan saya tinggalkan pesanan kepada pegawai-pegawai bahawa mereka yang tinggal mestilah cekap menguruskan perubahan ini. Kita tidak dapat lari daripadanya.

Perubahan ini disebabkan tiadanya lagi ancaman besar seperti Parti Komunis Malaya (PKM). Maka rakyat akan mendesak untuk mendapatkan lebih banyak kebebasan. Perubahan ini adalah cabaran kepada pihak polis.

Apabila kita menjangka perubahan ini, saya cuba memberikan persediaan kepada pegawai-pegawai termasuk mengikuti pengajian mendalami Perlembagaan, berkaitan hak asasi.

Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh pasukan polis dalam beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan kegagalan dalam menangani desakan untuk perubahan ini ataupun tidak dapat mencapai tahap sukses, seimbang dengan kehendak keadaan.

Apakah punca kegagalan ini?

HANIFF: Sebabnya ialah tentang sikap yang tidak berubah. Dulu polis ini tuan, rakyat itu subjek. Tetapi apabila rakyat sudah mula mengadu dan mempersoalkan tindakan polis, itu diterima sebagai cabaran. Sikap polis pula menjadi terlalu defensive dan ini berlaku dalam tahun 1990-an.

Dengan sikap demikian, kita tidak dapat melayan kehendak rakyat untuk mempunyai kebebasan yang lebih. Kita masih mencengkam mereka seperti dulu sedangkan rakyat fikir sudah tidak ada ancaman besar seperti komunis.

Saya berpegang kepada prinsip bahawa pengurusan pasukan polis terletak kepada close command and control (perintah dan kawalan ketat) disebabkan pasukan ini mempunyai terlalu banyak kuasa. Ia tidak boleh dikendalikan semata-mata atas prinsip pengurusan seperti syarikat atau jabatan kerajaan lain.

Apakah keperluan prinsip itu?

HANIFF: Kepimpinan mesti mewujudkan sistem dengan perintah dan kawalan ketat terhadap orang bawahan. Saya berpendapat ini sudah renggang pada masa ini.

Ini kerana sesiapa yang hendak amalkan prinsip ini kepimpinan tidak akan mempunyai masa yang banyak untuk perkara lain. Mereka terpaksa tumpukan perhatian seratus peratus terhadap pasukan kerana semua perkara yang membabitkan kuasa dilakukan dengan ketat.

Prinsip perintah dan kawalan ketat ini ialah memastikan setiap anggota dan pegawai semua respons terhadap arahan-arahan dan peraturan yang ditetapkan.

Dengan pengawasan ketat dan menekankan akauntabiliti, barulah dapat ditentukan setiap pergerakan dan tindakan adalah betul.

Kalau asyik mahu bermain golf atau selalu mementingkan cuti, prinsip perintah dan kawalan ketat tadi sukar dilaksanakan.

Adakah Tun ingin memberitahu bahawa pasukan sekarang kurang menekankan akauntabiliti pasukan?

HANIFF: Kalau dibandingkan dengan dahulu, memang ya. Dulu, untuk lebih akauntabiliti saya menubuhkan Unit Disiplin Pusat dan diletakkan di bawah saya sendiri.

Tujuannya ialah supaya lebih ramai anggota dan pegawai yang berdisiplin dan jujur. Prinsip saya, kalau pasukan bersih dan rela bekerja jujur, sudah tentulah begitu ramai orang (polis) yang akan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Mereka ini melapor terus kepada saya, Ketua Polis Negara. Tujuannya supaya pegawai-pegawai ini tidak takut mengawasi pegawai lain di bawah saya.

Sepanjang saya bertugas lebih 10 tahun sebagai Ketua Polis Negara, tidak kurang 20,000 tindakan diambil. Ini bukanlah kemegahan tetapi ia mendukacitakan apabila terpaksa bertindak terhadap pegawai polis sendiri.

Apabila saya bersara, unit ini dibubarkan dan diletakkan di bawah ketua-ketua polis negeri dan daerah. Bagaimana pegawai ini mahu bekerja jika diletakkan di bawah orang yang juga sepatutnya diawasi?

Mungkinkah orang atasan sekarang tidak mengikut cara Tun yang mengawasi dengan ketat setiap pegawai kerana tindakan itu tentunya kurang popular?

HANIFF: Yalah, memang tidak popular. Adakah kita bertugas untuk populariti? Apakah tugas kita? Kita orang atasan ni, mahu berkhidmat untuk anggota dan pegawai dalam pasukankah atau untuk rakyat?

Rakyat yang menggajikan kita, untuk apa? Tentu ada tugasnya, jalankanlah tugas itu.

Bagaimanakah pula Tun melihat mutu kerja pasukan polis sekarang?

HANIFF: Persepsi saya secara peribadi memang melihat ketaatan, komitmen dan penghayatan mereka terhadap tugas berkurangan.

Misalnya sistem kerja Aberdeen Patrol, mungkin ramai yang tidak tahu dan tanya ``saya tidak pernah ke Scotland'' kerana mereka ingat itu Aberdeen di Scotland.

Apabila kita asyik kata tidak cukup orang, kenapa tidak gunakan sistem Aberdeen Patrol iaitu cara penentuan rondaan yang lebih meluas tetapi menggunakan kurang orang.

Pada masa ini daripada 85,000 anggota polis keseluruhannya, hanya separuh terlibat dalam urusan mengawal keselamatan dan ketenteraman awam manakala selebihnya menjalankan tugas-tugas pentadbiran, pengurusan dan logistik.

Di manakah silapnya pembahagian ini yang tidak memberi gambaran tentang tugas kepolisan?

HANIFF: Saya mahu menjelaskan begini. Dulu oleh kerana adanya ancaman komunis, maka pada bila-bila masa diperlukan semua anggota dari seluruh unit, termasuk yang bekerja di pejabat malah yang bermain pancaragam pun boleh digunakan untuk tugas-tugas kepolisan dalam menangani ancaman ini.

Kalau diletakkan kakitangan awam untuk menjalankan tugas itu, mereka tidak boleh diarahkan untuk menjalankan tugas dalam keadaan yang saya sebutkan tadi.

Tetapi keadaan sudah berubah apabila tiada lagi ancaman komunis. Apakah perlunya terlalu ramai anggota dan pegawai menjalankan tugas bukan kepolisan?

HANIFF: Saya rasa ini kerana tiadanya kesedaran untuk menurunkan lebih ramai polis terlatih ini daripada tugas pejabat kepada tugas kepolisan seperti rondaan dan siasatan jenayah. Menggunakan polis yang terlatih dalam tugas-tugas kepolisan untuk kerja yang tidak berkaitan memang merugikan.

Jadi Tun sendiri bersetuju kalau ditempatkan kakitangan awam bagi menggantikan tugas-tugas polis di pejabat?

HANIFF: Ya. Itulah jawapan sebenarnya. Dalam hal ini, kita hanya perlu meminta supaya tugas mereka itu digantikan oleh kakitangan awam. Ini bagi membolehkan anggota polis terbabit menjalankan tugas kepolisan manakala kerja-kerja pentadbiran diambil alih oleh kakitangan awam.

Apabila berlaku penggunaan tenaga secara tidak optimum dalam polis, sama ada betul atau tidak, masyarakat sudah membuat tanggapan bahawa penempatan terlalu ramai anggota polis untuk tugas-tugas pejabat adalah suatu pembaziran. Apakah penjelasan Tun?

HANIFF: Sebenarnya, orang yang masuk polis ini lebih menyukai kerja-kerja di lapangan. Dia tidak mahu kerja di pejabat. Memanglah ini sesuatu yang merugikan.

Tetapi ini bukanlah salah pegawai atau anggota polis berkenaan, tetapi itu kesalahan orang atasan yang menempat atau menyusun jawatan mereka dengan tugas-tugas begitu.

Orang atasan ini mesti merasai bahawa tugas utama dirinya sendiri dan anggota bawahannya ialah menjaga keselamatan, nyawa dan harta benda rakyat serta negara. Itulah tugas polis, bukan menenyeh fail.

Bercakap tentang penggantian perjawatan kepada kakitangan awam, ini di luar bidang kuasa polis. Apakah cadangan Tun?

HANIFF: Pihak kerajaan, Perbendaharaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga perlu sedar bahawa polis sepatutnya dibenarkan berubah mengikut peredaran semasa.

Dalam memenuhi keperluan perjawatan ini, kerajaan tidak patut terlalu mengikut birokrasi seperti dikenakan ke atas jabatan lain kerana keperluan polis berubah-ubah mengikut tahap dan jenis ancaman.

Saya juga berpendapat sudah tiba masanya kita menekankan tentang pengambilan anggota dengan asas sementara.

Tetapi mereka ini layak diberikan ganjaran atau gratuiti apabila mahu berhenti walaupun ini bertentangan dengan peraturan JPA.

Hakikatnya, dengan ancaman jenayah dan keperluan berubah-ubah ini, pengambilan pegawai sementara yang ramai boleh membantu mengatasi masalah ini.

Dalam polis, bidang manakah yang diberi keutamaan?

HANIFF: Terdapat lima tugas utama. Paling penting ialah mencegah jenayah. Selepas itu barulah pengesanan jenayah iaitu kerja-kerja detektif dan diikuti bahagian siasatan. Keempat ialah bahagian pendakwaan.

Akhir sekali ialah bahagian risikan keselamatan iaitu kerja merisik, pengumpulan risikan sebelum diedarkan kepada pihak-pihak yang berkenaan seperti tentera dan kementerian berkenaan.

Kalau begitu, ditambah dengan perubahan trend jenayah dan ancaman keselamatan semasa, penempatan anggota untuk tugas kepolisan perlu diutamakan mengatasi jumlah petugas di pejabat?

HANIFF: Ya, memang betul. Dalam pada itu tugas di pejabat pun penting juga. Kalau tidak siapa pula mahu menguruskan soal gaji, perkeranian dan lain-lain. Sebab itulah saya sebutkan tentang pentingnya tempat mereka itu digantikan oleh kakitangan awam.

Tetapi kenapakah sehingga terlalu ramai bekerja di pejabat menyamai petugas kepolisan?

HANIFF: Penjelasan saya begini. Sekarang tugas duty officer contohnya, dijalankan oleh tiga atau empat orang anggota. Satu hari tiga orang bekerja secara syif iaitu masing-masing selama lapan jam. Kalau ada seorang bercuti, masih ada seorang lagi. Dahulu ketika pasukan kurang mewah tugas-tugas di pejabat dibantu oleh pegawai atau anggota lain yang dedikasi.

Memanglah seseorang tidak boleh bekerja lebih daripada lapan jam. Selepas duty officer sebenar tamat bekerja lapan jam, tugasnya akan diambil alih bergilir-gilir oleh anggota lain.

Penggantinya ini sebenarnya mempunyai tugas hakiki sendiri tetapi melakukannya disebabkan dedikasi dan komited kepada pasukan.

Berapakah nisbah keperluan perjawatan dalam polis terutama dalam lima tugas kepolisan yang Tun nyatakan tadi?

HANIFF: Bagi saya tidak ada nisbahnya. Kita tidak dapat tentukan secara tepat keperluan untuk tiap-tiap tugas kepolisan.

Yang penting, jumlah pegawai dan anggota mestilah mencukupi untuk tugas di luar menjaga keamanan dan keselamatan rakyat dan negara. Ia banyak bergantung kepada indeks jenayah. Kalau jenayah kurang, penyiasat tidak perlu ramai dan pendakwa pun tidak perlu ramai.

Maknanya bahagian pencegahan jenayah perlukan anggota paling ramai?

HANIFF: Ya. Itulah maksud saya. Jumlah mereka yang mencegah jenayah termasuk menjalankan rondaan perlu ditambah.

Pihak atasan juga perlulah bijak dalam menyusun atur pegawai dan anggota pasukan.

Apabila keperluan dijangka bertambah pada satu-satu masa, misalnya waktu cuti sekolah yang mana jenayah mungkin meningkat, janganlah luluskan banyak cuti kepada anggota atau pegawai polis. Sebaliknya tambah orang untuk membuat rondaan.

Dahulu kita berpegang bahawa cuti bukannya hak kita tetapi adalah keistimewaan. Tak tahulah kalau sekarang mereka sudah anggap cuti adalah hak mereka.

Kita sudah bersetuju bahawa pencegahan itu amat penting, tetapi masalahnya di dalam polis tiada Jabatan Pencegahan Jenayah yang khusus seperti di Singapura atau England?

HANIFF: Dulu sewaktu saya menjadi Ketua Polis Daerah Ipoh ada unit pencegahan jenayah. Tidak tahulah sama ada orang atasan sekarang sedar kepentingan unit seperti ini atau tidak. Kalau kita mahu menangani sesuatu masalah, kita kena kenali punca masalah itu dan mengakui wujudnya masalah itu.

Sebab itu kita tidak boleh ada sindrom suka membuat penafian. Orang seperti ini selalu kata tahap jenayah tidak begitu tinggi. Apabila rakyat kata jenayah meningkat, kita nafikan dan tunjukkan statistik yang menurun.

Kenapa ada percanggahan persepsi ini?

HANIFF: Selain sindrom suka menafikan, apa yang berlaku ialah mungkin rakyat sudah meluat sehingga tidak mahu membuat aduan kepada polis kalau berdepan dengan jenayah.

Kenapa mereka tidak mahu buat report? Bagi mereka tiada gunanya buat report, bukannya dapat semula barang mereka yang dicuri. Ini tentunya berdasarkan pengalaman mereka apabila buat report, tiada seorang pun anggota polis yang datang menyiasat.

Bagi anggota polis yang terima aduan itu, dia anggap kes yang dilaporkan itu adalah jenayah kecil. Ada kes kopek tingkap rumah misalnya, anggota polis itu kata ``apa kopek tingkap ni, ini perkara kecil.''

Sedangkan kepada pengadu ini, itu adalah kes besar, ``tingkap rumah aku kena kopek, aku sudah tidak selamat lagi''.

Sebabnya ialah kejadian jenayah itu telah menghilangkan sense of security. Mereka mula curiga dan tidak rasa selamat lagi.

Dahulu tahap kesediaan atau kesanggupan anggota amat tinggi untuk bekerja lebih masa secara sukarela atau menjalankan tugas di luar bidang kerja kepolisan.

Saya rasa saudara pun masih ingat, dahulu kalau ada kematian di sesuatu tempat, orang ramai telefon polis. Mereka minta polis maklumkan kepada waris atau saudara-mara di tempat lain yang jauh dari tempat kematian.

Ini kami lakukan dahulu. Walaupun kayuh basikal tiga empat batu jauhnya, berita kematian itu tetap disampaikan. Sekarang nilai kesanggupan, kerelaan dan semangat begini sudah tidak kelihatan lagi.

Apakah ukuran ancaman jenayah?

HANIFF: Saya mahu cerita ketika saya masih bertugas dulu. Saya bertegas supaya indeks jenayah diturunkan lagi walaupun statistik menunjukkan pengurangan.

Pegawai dan anggota ketika itu tanya: ``Tan Sri, hendak turun sampai rendah mana lagi masalah jenayah ini?''

Saya jawab: ``Sehingga rakyat rasa selamat. Sungguhpun ada lagi satu dua jenayah, tetapi jika rakyat rasa selamat, mereka tidak buat aduan. Selagi ada aduan, selagi itulah mereka rasa tidak selamat.''

Jadi kalau rakyat tidak rasa selamat, ini memberi mesej jelas bahawa kita belum lagi menjalankan tugas dengan sempurna untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara. Itulah hakikat yang kita perlu terima.

Satu persoalan lagi. Apabila ditanya, kebanyakan ketua jabatan termasuk polis memberi alasan bahawa masalah keberkesanan berpunca daripada kekurangan anggota. Tetapi dalam kes polis, nampaknya kesilapan mengenal pasti keutamaan menjadi punca. Adakah Tun bersetuju?

HANIFF: Saya tidak pasti. Mungkin kepada orang yang berkata begitu memang betul tidak cukup orang. Kita kena lihat jumlah anggota dalam pasukan keseluruhannya, adakah ia mencukupi atau tidak? Ada orang kata jumlah 85,000 anggota itu sudah besar dan cukup.

Contohnya, kalau 30,000 orang jalankan kerja-kerja kepolisan, ramai yang lupa bahawa mereka ini bertugas tiga syif. Maksudnya hanya 10,000 orang bekerja pada satu-satu masa. Mana ada orang bekerja 24 jam sehari.

Beralih kepada satu lagi isu. Risikan kita dikatakan lemah. Ini terbukti apabila kita gagal mengesan gerakan yang boleh mengancam keselamatan seperti, KMM, JI dan Al-Maunah. Hanya selepas rompakan berlaku barulah kita tahu tujuan sebenar gerakan ini? Di manakah silapnya keadaan ini?

HANIFF: Itu maknanya kita sudah tidak cekap memasang telinga. Polis sepatutnya sentiasa pasang telinga supaya tahu apa saja berlaku dalam masyarakat sekitarnya.

Kebanyakan anggota atau pegawai polis termasuk bukan dari Cawangan Khas diberikan tanggungjawab iaitu kawasan masing-masing yang dituntut mengawasinya.

Risikan ini dijalankan di luar daripada kerja hakiki harian mereka, walaupun misalnya mereka bekerja menjaga lokap.

Setiap pegawai dan anggota yang diamanahkan ini tidak boleh buat laporan ``hasil lawatan saya didapati semua baik adanya''.

Ini tidak boleh diterima. Kena dinyatakan dengan siapa berjumpa, dapat maklumat daripada siapa, semuanya perlu dijelaskan.

Orang atasan pula tidak boleh mempercayai sepenuhnya laporan daripada pegawai-pegawai ini, kenalah buat siasatan. Jumpa sendiri dengan ejen pemberi maklumat mereka dan bertanya benarkah pegawai polis ini menemui mereka. Kita tidak mahu ada pegawai yang membuat laporan sekadar memenuhi arahan.

Adakah polis khususnya di Cawangan Khas ini sudah selesa kerana tidak ada lagi ancaman besar seperti komunis?

HANIFF: Sebagai perisik, mereka kena tahu tugas mereka ialah merisik segala-galanya yang boleh mendatangkan ancaman kepada negara dan rakyat. Mereka perlu cari maklumat tentang apa saja yang boleh mendatangkan ancaman.

Kalau risikan menunjukkan adanya yang mendatangkan ancaman, kenalah laporkan kepada Ketua Polis Negara supaya tindakan boleh diambil, bukan sekadar merisik, kumpul dan simpan.

Kenapa polis silap perkiraan dalam kes Al-Maunah kerana pertubuhan itu bukan tersembunyi malah mempunyai laman web sendiri. Dan kenapa kita tidak boleh kesan kegiatan sebegini?

HANIFF: Itu Cawangan Khas dan Ketua Polis Negara sekarang saja boleh jawab. Pada kita termasuk di luar, mungkin kita anggap mereka tidak mengetahui tentang perkara itu.

Pendekatan kita menangani ancaman seperti keganasan dengan ancaman jenayah, seharusnya berlainan. Mungkin dalam kes Al-Maunah polis sudah tahu daripada risikan tentang kegiatan mereka, cuma belum sampai masa untuk bertindak.

Kita juga ada masalah penuntut dan pensyarah universiti yang terlibat dalam kegiatan kumpulan yang mengancam keselamatan negara. Adakah polis sekadar merisik dan mengumpul maklumat tetapi tidak mengedarkannya kepada pihak-pihak berkenaan?

HANIFF: Mungkin begitu. Mungkin juga tidak. Yang sepatutnya, polis di bahagian perisikan ini mestilah sentiasa berhubung dengan lain-lain jentera kerajaan.

Maklumat-maklumat ini perlu disampaikan kepada mereka supaya tindakan susulan boleh diambil bagi menghalang ancaman berbahaya ini daripada berkembang.

Kalau ancaman berkisar di universiti misalnya, maklumat perisikan yang diterima itu perlu disampaikan kepada Kementerian Pendidikan, bukannya disimpan. Polis kena selalu beritahu. Soalnya polis sendiri tahu atau tidak ancaman-ancaman itu?

Mungkin juga maklumat ini sudah disampaikan kepada pihak berkaitan tetapi tidak diambil tindakan. Itu saya tidak pasti.

Betulkah perisikan di negara jiran lebih baik sehingga mereka boleh lebih awal tahu apa yang kita mahu lakukan?

HANIFF: Kita boleh buat pilihan sama ada mengamalkan demokrasi seperti di Amerika Syarikat yang mengumumkan segala rancangannya, atau kita kembali kepada prinsip utama dalam polis. Kalau kita tidak mahu rancangan kita diketahui, kita mestilah berpegang kepada prinsip utama dari dulu iaitu know your enemy dan need to know basis.

Dalam prinsip ini, seseorang pegawai polis sendiri tidak akan berani bertanyakan tentang siasatan atau apa-apa maklumat daripada pegawai polis lain.

Jenayah-jenayah kejam semakin meningkat. Mangsa dirompak, dirogol, dibunuh dan dibakar. Dan apa peranan yang harus dimainkan oleh pasukan polis?

HANIFF: Pada zaman ini rakyat mahukan kebebasan, jadi polis menghadapi kesukaran untuk menjalankan beberapa operasi.

Berbeza dengan dahulu yang mana ketika masih ada komunis, ketika perintah berkurung pun kita masih jalankan operasi mengesan perlakuan jenayah. Kita periksa kenderaan dan sebagainya. Orang ramai tidak membantah kerana tahu sebabnya.

Tetapi apabila tiada lagi ancaman komunis ini, polis sukar memeriksa semua orang kerana rakyat menuntut lebih kebebasan.

Apakah cadangan Tun dalam isu ini?

HANIFF: Institusi Rukun Tetangga (RT) perlu dihidupkan semula selepas sudah lama dilupakan. Kita mahu kalau boleh fungsinya kembali seperti dulu.

Tiada seorang pun daripada rakyat Malaysia yang tidak diliputi sektor RT dan pengawasan daripada sukarela di kawasan mereka. Menerusi RT, semua orang juga terlibat dalam pencegahan jenayah. Untuk pencegahan jenayah, penambahan jumlah polis simpanan juga diperlukan.

Polis berdepan dengan kerosakan imej berikutan masalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta krisis pada 1999. Bagaimanakah mahu memulihkan imej, integriti pasukan polis sekarang?

HANIFF: Tidak susah. Tinggalkan masalah-masalah lama ini dan tumpukan kepada usaha meningkatkan imej pada masa ini. Rakyat bukannya mahu cerita mereka dulu selamat tetapi mereka fikirkan tentang keselamatan mereka sekarang ini.

Kalau kerosakan imej ini adalah persepsi rakyat, betulkanlah dengan apa cara pun supaya persepsi rakyat memihak kepada polis.

Jika persepsinya polis itu korup, sama ada benar atau tidak, itu sudah jadi persepsi. Bagi mengatasi rasuah dalam polis, kita kena tengok pendekatan yang diambil. Adakah pendekatan itu membiarkan masalah menjadi lebih besar atau sebaliknya?

Pihak polis sekarang kena bijak mengenal pasti punca persepsi ini dan mengatasinya segera. Tindakan menafikan persepsi orang lain tidak menyelesaikan masalah.

Dalam masalah korupsi ini, apakah cadangan tindakan daripada Tun?

HANIFF: Kadang-kadang saya fikir tindakan pentadbiran ketika British dulu amat penting. Mereka bertindak serta-merta terhadap ketua-ketua jabatan termasuk polis yang mana jabatan mereka berhadapan dengan masalah rasuah.

Bukan esok, lusa, tulat atau bulan depannya baru British bertindak, tetapi serta-merta dihantar pulang ke England sebagai hukuman.

Dulu pesuruhjaya polis pun yang bermasalah dan tidak berkesan dihantar pulang ke England. Mereka lakukan demikian kerana tidak mahu rakyat membuat persepsi buruk terhadap British dan raja mereka. Jadi orang bawah pun fikir: ``Kalau bos kita pun kena, tidak mustahil kita boleh kena tindakan''. Sekarang sebaliknya berlaku. Mereka kata: ``Alah... bos pun sama.''

Apakah pesanan Tun kepada anggota-anggota polis?

HANIFF: Komitedlah kepada tugas. Jaga maruah diri dan pasukan kalau betul-betul anda menghargai diri sendiri dan pasukan. Cara terbaik ialah memenuhi harapan rakyat iaitu menjaga keselamatan, harta benda dan persekitaran.

Tentang caranya, terpulanglah kepada setiap pemimpin dan anggota dalam pasukan polis. Asalkan, amanah rakyat dipenuhi.

Janganlah berpuas hati dengan statistik dan rekod tetapi ambil kira persepsi rakyat. Tiada gunanya statistik jenayah menurun tetapi persepsi rakyat kata meningkat dan tidak selamat.
Adil

Hari nie aku tertanya2. Berapa ramai diantara kita mampu berlaku adil? Adil kepada diri sendiri, kepada keluarga, teman-teman, masyarakat sekeliling, kepada agama dan negara? Adil dalam perkahwinan, adil dalam pembahagian harta, adil dalam penentuan kuasa? Adil, perkataan yg simple yet difficult to fullfil. Dan aku cuba utk berlaku adil hari ini. Tetapi aku khuatir org akan mempersoalkan kewibawaan aku utk berlaku adil. Adilkah mereka utk menghakimi aku tanpa menyiasat? Atau mampukah aku berlaku adil dengan seadil-adilnya? Yg pasti aku cuba utk mengusahakannya. Jika gagal, sekurang2nya aku puas kerana aku telah mencuba. Aku tak mahu gagal sebelum memulakannya. Dare to fail? Entah....apakah aku punya kekuatan. Dan aku mula menyedari dunia hari ini semakin pincang dari sifat keadilan. Maju bukan semestinya adil. Dan bukan semua manusia dikurniakan kekuatan utk berlaku adil setiap masa. Kadangkala kita tewas dan menjadi zalim....

Streamyx masih belum boleh digunakan di rumah. Kesian modem aztech, terlantar sepi diatas lantai. Kerlipan lampu DSL padanya seolah2 meminta belas kasihan. Aku sudah melalukan yg sepatutnya, melaporkan dan memaklumkan. Kini aku hanya menunggu mereka datang menjalankan tugas.

Hari ini sahaja aku mendengar dua luahan hati. Nasib baik aku sendiri tak punya masalah besar, jika tidak tentu telinga dan hatiku ini tak tertampung mendengar luahan org lain. People says that I am a good listener. Tapi aku adalah org yg payah apabila cuba meluahkan masalah. Takpelah, sekurang2nya aku dapat membantu rakan-rakanku yg lain. Tahun 2003 nie betul2 menguji kekuatan mental aku. Pelbagai masalah dan ragam yg aku dengar dan lihat tetapi aku menganggap ia sebagai satu latihan bagi aku utk menghadapi sesuatu yg lebih sukar dimasa hadapan.

Saturday, July 19, 2003

Birthday paling best dalam hidup ini

lama juga ek aku meninggalkan blog nie. agak sibuk dengan assignment dan kerja2 di pejabat. final exam pon dah dekat.

smalam aku dan geng2 MTU melepak di mapley. Aku sampai agak lewat selepas selesai membeli barang dapur di pasaraya. Sampai aje semua nampak serius. sedang membincangkan isu semasa. Aku join dan mendengar sambil sesekali memberikan pandangan. Kelihatan syuk asik melukis sesuatu sambil menyelongkar kotak warna Anum. Sejuk juga cuaca malam semalam, mujur aku pakai sweater.

Tak lama selepas itu tetiba Anum bangun dan suh yg lain bangun sama. Aku terpinga-pinga lalu aku pun turut bangun. Rupanya diorang menyanyikan ucapan selamat buatku sempena hari jadiku yg lepas. Aku tak sempat utk melihat reaksi org2 ramai disekeliling mapley tapi yg pasti kami peduli apa. Bukan melalak kuat2 pon. muehehehe...terkesima sekejap. Tak penah celebrate best camnie, walaupon sekadar di mapley. Aku menerima sekeping kad penuh dengan ucapan serta sekotak hadiah. Ianya sebuah frame kayu dihiasi kata2 mengenai persahabatan dan merupakan frame tercantik yg penah aku lihat dan hadiah terbesar yg aku dapat. Terima kasih yg tidak terhingga.....kawan-kawan yg susah dan senang bersama.

Hari ke-4 dalam usaha diet. Rasanya aku mula dapat menyesuaikan dengan keadaan. Sarapan pagi hanyalah secawan kopi/nescafe dengan satu sudu kecil gula bersama 3 keping biskut mayat atau sekeping roti bakar. Ubat menahan lapar membantuku sepanjang hari. Tengahari, sepotong tembikai dan air kosong cukup itk membuatkan aku sendawa kekenyangan. Minggu nie aku lihat buat pertama kalinya duit di dompet tidak terluak. Yelah, tembikai dibawa dari rumah (thank ayah sebab sediakannya) dan air mineral juga dari rumah. Kawan2 opis aku heran melihat aku melupakan nasi selama 4 hari. aku hanya memberikan alasan aku takde wang. Aku kira tak lama lagi aku terpaksa juga menceritakan hal sebenarnya. hehehe....

makan malamku samada tuna dan salad atau ratah lauk ikan atau ayam dimasak stim atau rebus. hari nie aku membungkus tomyam ayam. hanya separuh mangkuk mampu aku hirup. kekenyangan. Alhamdulillah. selebihnya aku tinggalkan utk keluarga. Aku gembira kerana keluargaku memberikan sokongan padu diatas niatku ini. Mak aku akan menyediakan sarapan yg boleh aku makan setiap pagi. Thank, ibu. Tengahari tadi aku tidak merasa apa2 melihat kawan2 ku meratah nasi bersama gulai pucuk paku dan ikan keli masak sambal (my feveret). Nampaknya aku dah start bleh kontrol nafsu makan. We'll see how far this can go......

rasa cam bila pakai jean skarang dah kene tambah lubang pada tali pinggang. imaginasi ke realiti nie....?? muahahahaha,.......

Wednesday, July 16, 2003

HAPPY BELATED BIRTHDAY TO ME

hahaha.....I am already 23 years old but I don't think I am qualified to be 23. Not yet. I still wanna be young, free and happy but who says you can't feel young and happy when you reach 23?

Nothin much happened on my birthday. I received several sms, calls and wishes through internet from friends, MTU geng and officemates. Thanks a lot. It really cheered me up. The first sms came at 12.05 am. It was the best sms I had ever received so far. Thank you.

In the morning, my friend and I went to a clinic. We've been planning this for quite some times and we think this is the good time to do it. Whooaa...what the hell is this? hehehe....hate to say this but I am on a diet program. That's right, me...on a diet program. kehkehkeh....hate it coz not much youngsters at the clinic yesteday and I nearly walked out of the clinic, changing my mind. But I hate the fact that I started to loose the energy that I need daily and my back and knee starts to gives me pains. Some officers from our previous practical training office suggested us this place and we've seen the result coz three of the officers attended it and it works well on them.

Today, the program begins. We were given three types of medicine and a routine of meals that we must follow. The doctor was quite strict and she wants us to loose 5 kg by the time we meet in the next meeting, that will be in 2 weeks in time. I only ate one toast and a cup of milo (my mom thought I can take milk). Then the medicine helps me not to feel hungry. Then I had a plastic of watermelon and plain water. That's pretty cool because I didn't feel hungry at all but then the programs ended when my officemates and I went to celebrate my birthday at Chop n Steak( They gave me a nice maroon shirt which they said they want me to wear when meeting client since I don't have formal shirts to wear). They don't know that I am trying to cut down my food and I just had to gobble down a piece of beed steak and teh tarik. But it was fun. We chat and chat. We are in the planning of buying over the company but it will needs lots of money. We are still thinking about it. Hopefully it will comes true. So, the diet was ruined by the time I reached home. My parents were laughing when they heard my story. So, I had to start it again tomorrow and hopefully will be able to stick to it till night....duhh...

Sunday, July 13, 2003

Semalam Yang Hangit

as usual after class di opis aku ke unitar utk attend kuliah. Lepas class, aku dan laptopku menuju ke workstation and I was so shocked to find out that we are, the laptop user are no longer be given access to the internet. Whatt!!! Just because the tech staff caught a student chatting using his laptop and that stupidas's IP were blocked by the system admin and the dude managed to somehow change his IP and still get access, the Dean decided to block all access for other laptop user. Hey, do u think we buy this laptop without purpose? You should thank us who willingly sacrifice our money to get ourself a laptop to giveaway chances to other students who can't afford to have one or who is not willing to spend the money for a laptop to use the pcs that are provided in the lab. Besides, sometimes we have to download huge files which definitely can't fit into the floppy disk. I wonder what other stupid rules Unitar will create in the future. Here I am stucked in a classroom (luckily it is empty) and thank God it still has the internet access.

Yesterday was a horrible day. Besides the problem of accessing to LAN, I was stucked with a bunch og blue-minded guys at the cafe behind our campus. There was this girl which I had never met and somehow the others knows her and she starts to have sex talk with the other and join them smoking. Urrghhh......I just can't stand it. Quickly finished my meal and drink, I dismissed politely and walked to my car. Sitting in there at 5pm on Saturday evening with no where to go except home. I called a friend but she was heading towards PD with her fiancee. Luckily I called my officemates and they were heading towards nearby mall. Yippee....at last. I drove there and we chat and chat. We plan to go somewhere for dinner but ended up at my manager's house having burger and watching a drama on tv. Arrived home after midnight and dozzed off till morning.......

Saturday, July 12, 2003

muahahaha....assignment database dah submit. walaupon tak complete at least aku anto gak.

nape le mata takleh nak lelap nie. sok nak keje wehh....dah le ada class data comm petang sok. tidurlah mata......tapi tak mau lelap. asal aku taruk aje kepala kat bantal, macam2 perkara akan bermain di pikiran. pikir apa nak jadik ngan diri aku nie, pikir masa depan, pikir pasal umur yg dah makin tua dll....arrgghh......biar le masa menentukannya.

hari sabtu dan ahad datang lagi. seperti slalu aku akan mengabdikan diri di workstation Unitar. kunun nak study tapi alih2 main tenet aje......ape lah nak jadik ngan aku nie.....zzzzzz.......

Thursday, July 10, 2003

seharian aku menghabiskan masa di jalanan memandu kereta bersama manager aku. Seawal pagi kami ke Derby Park di KLCC utk attend meeting di opis director. Pastu pi HQ Futurekids di Puchong. Lega sebab proposal projek kami diterima. Harap2 sangkut le kali nie. Habis di Puchong kami ke Ampang utk lunch. Lapo habis sebab tak sempat breakfast. Lepas tu kami terus ke bank utk uruskan beberapa cheque tapi terpaksa ke Derby Park semula sebab ada masalah signature. Sementara nak tunggu director yg keluar dari opis, kami melepak di Ampang Park di MacD. Sempat juga meninjau2 digicam idaman. Bila le aku nak rembat nih? Selesai urusan di Derby Park, kami terus pulang.

Aku amik kete aku semula di umah manager then aku ke opis amik minah tu yg tercongok sorang diri di opis. Hanto dia ke umah coz ari nak ujan. Aku sampai umah pon ujan dah lebat. Terus naik ke bilik, salin pakaian dan aku tertidur. Letih bangat, malam tadi tido lewat coz selesaikan proses translating proposal ke bahasa melayu. Sepatutnya mamat streamyx datang hari nie tapi aku tundakan. Harap2 by tuesday aku dah ada streamyx...yahooo........

Tuesday, July 08, 2003

hari nie antara hari dalam sejarah. Pukul 5.30 petang aku dah terpacak kat umah. kelakar. aku susah nak ditemui di umah sebegitu awal lagi2 hari kerja. agaknya sebab kawan serewang aku cuti kot. anyway, smalam masa kat mid valley (aku pi sana anto notebok utk check), singgah Jusco cari kaset. Semenjak dua nie aku suka bebeno layan lagu slow rock 80an. Sekali ada satu pakej. Dua kaset ngan harga RM16. Fuhh....lagu pon bagus. Sepanjang perjalanan hari smalam ngan hari nie aku dok layan kaset tu. Dan ku sangka2 aku ketemu ngan satu lagu yg dah lama aku cari. Bila di teliti liriknya, seddey tuuu. Yelah, pasal pasangan yg terpisah oleh ajal. Jodoh dan ajal ditangan Tuhan.

Airmata dan Cinta - CRK

disiniku berdiri
ketandusan diri ini
diri ini mengharapkan ku mencari
sang penghuni syurga jiwa
mendendang suara mengusap kalbu
ku lemas dalam terpesona
kehadiranmu menerajang kekusutan
yang lama terdampar disini

bagai telah dijanji
termakbulkah mimpi-mimpi
hujan ku mentari
terciptalah sang pelangi
irama lagu silam mewarnakan
idaman kalbu kesampaian
bulan memancar cahaya tanda rela
ikatan percintaan kita

kini tercapai sudah mahkota insani
takkan bermakna benih pastikan menjadi
kerana yang maha kuasa lebih menyanyangi

dikau pergi tanpa pesan
tinggalkan ku dalam kepasrahan
cinta ku yg suci bagai tak kesampaian
terputus ditengah jalan

hanya air mata doa
yang dapat ku iringkan bersama
kepada Yang Esa kupohonkan semoga
tempatmu disisi-Nya
Selepas melepaskan dendam terhadap blog ini pada sabtu lepas, aku freeze sekejap blog ini sehingga hari ini. Today, I am back. Dengan semangat yg fresh.

Semalam aku melepakkan diri di KLCC ngan zura. Sempat layan Full Throttle. Cehhh...menipu sungguh. Tapi kalau sekadar for fun bolehlah. Nak dijadikan iktibar, jauh sekali. Pastu malamnye aku melepakkan diri bersama abg harris and kak anum. Sembang sampai tak hingat dunia. Thanks sebab belanja makan.

Hari nie aku selesaikan beberapa urusan di bank dan pejabat pos. sementara duit masih panas nie baik langsaikan segala hutang piutang dulu. Laponya perut. Nak pi cari nasi le. Baru teringat perut aku cuma menerima seteguk teh sejuk aje sejak pagi ini. Hmmm....harap2 lauk ikan sembilang tu ada lagi.....

Sunday, July 06, 2003

hari ahad. org lain sebayaku maybe berada di KLCC ketika ini. Berlibur sambil merehatkan diri. Aku, terperuk di workstation bersama mood yg ntahapahapantah. Aku ponteng kelas database. Lambat sejam. Terus saja ke kafe menikmati nasi ayam dan teh ais sambil meneruskan pembacaan kisah pengembaraan Harry Potter. So far aku tak penah jumpa org lain seusiaku yg mengendong buku ini merata-rata tempat. Me and my childish brain. Tetapi bilangan pembaca dewasa juga ramai, meskipun tidak seramai kanak-kanak. Hajat dihati nak study data comm tapi aku masih leka menyelusuri world wide web.

Robbie Williams - Better Man

Send
someone to love me
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain

Give me endless summer
Lord I fear the cold
Feel I'm getting old
Before my time

As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doing all I can
To be a better man

Go easy on my conscience
'Cause it's not my fault
I know I've been taught
To take the blame

Rest assured my angels
Will catch my tears
Walk me out of here
I'm in pain

As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doing all I can
To be a better man

Once you've found that lover
You're homeward bound
Love is all around
Love is all around

I know some have fallen
On stony ground
But Love is all around

Send someone to love me
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain

Give me endless summer
Lord I fear the cold
Feel I'm getting old
Before my time

As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doin' all I can
To be a better man

Saturday, July 05, 2003

7.03pm

I'm still here. Blur. Blur. Blur. Rupanya aku nie tak tahan cabaran. Tak tahan torture. Busan tahap dewa. Silap. Bapak segala dewa. Rindu. Pada mee goreng mapley. Ada 100Mbps broadband pon tak guna. Tatau nak surf apa. Blank. Aku tak biasa hidup susah. Bukan susah duit, tapi susah masalah. Sesekali datang susah, aku melatah. Kelakar. Aku rasa aku telah mengidap penyakit 'Blogritis' takpun 'Blogholic'. Nie semua Dylia punye pasal. Joking. Brape harga kompeni Blogger nie???

testing Google's toolbar

Google Toolbar Installed
6.39pm. Aku masih di workstation. Tatau nak surf website apa. Banyak website entertainment kene blocked kat sini. Baru ingat nak surf website Harry Potter. Perut berkeroncong tapi tatau nak makan kat mana dan makan apa. Ada duit banyak pon tak guna kalau hati tak gembira. Duhh...

Aku Demam Terkujat

Baru call Zura. dia dah beli tiket tgk wayang. Kalau aku speeding ke klcc pon takkan sempat nak catch up. Aku call wana. dia balik KL hari Rabu. aku call manager aku. She sounds fine. Macam takde apa2. apsal aku sorang aje yg dilanda salji nie? Jari aku masih beku. I am struggling to type this. Aku rasa aku nak demam. Demam terkejut. I hate surprise. I hate unplanned things. I hate today and I hate myself today. aku nak gi klcc jugak tapi takkan nak lepak sorang kat sana sementara tunggu zura abis layan TGV? kan best kalau laptop aku nie ada wifi card. I can't accept being a looser........

Tetiba jemariku beku

5.19pm, aku di workstation Unitar. Manager aku baru sms aku mengatakan director aku turun opis petang tadi. hanya sorang staff tinggal. Aku ke Unitar, manager aku ke family day polis. The worst part, dia terlupa nak bagitau director yg kami chow awal. Damn...damn.....aku benci bila mende nie jadi. Lebih2 lagi baru lepas dapat gaji. I hate to downgrade my reputation. Tapi aku tak blame manager aku. Aku sepatutnya ingat mende2 camnie. Camne kami boleh jadi gitu kalut sampai lupa nak inform dia? Baru sehari wana takde, terlingkup opis nie. Cepat2 le balik KL......rasa tak best sungguh. Hilang mood aku nak lepak lelama kat sini. Rasa cam nak berenti keje pon ada. Arghhhhhhh.........pi KLCC le lepak ngan zura......

Diluah mati siput, Ditelan mati cipan.

Pepagi aku dikejutkan oleh sms oleh manager aku mengatakan director aku nak jumpa kat opis. Ahh sudah. kan ke aku kene pegi location ari nie. Adusss...aku balas balik dengan mengatakan aku kat spital jaga anak buah (bohong sunat tapi memang betul pon anak buah aku masuk spital). Sekali dia tipu aku daa...ciss...ciss dan ciss. Seawal pagi manager aku terpacak kat opis sekali director aku tak datang le. Ada ke patut dia kata dia ingatkan hari nie hari sabtu. cesss....

Terasa sunyi di opis. Staff admin tadak. Cuti balik kg. Mujur manager aku bawak anak dia sama. Ada gak member nak aku agah-agahkan. Petang, aku yg paling akhir meninggalkan pejabat coz manager aku dah balik dulu. kelas aku habis paling lewat dan murid yg terakhir pula dijemput agak lewat dr biasa oleh ibunya. Mujur buku Harry Potter setia disisi menemani aku dimasa bosan. Selalunya aku bertemankan rakan ketika pulang tapi hari nie aku lone ranger. Masuk ke kereta kepala aku ligat memikirkan. Mana aku nak gi ni. Nak balik umah awal lagi. Aha....pi Gleneagles le tgk Haiqal, anak buah kesayangan aku yg dimasukkan hospital semalam kerana pneumonia. Mujur tak serius. Aku kesana dengan segera. Tersengih2 Haiqal melihat aku melangkah masuk ke bilik. Habis satu floor aku round sambil mendokongnya. Fuhh...patut le berat. dah 10kg rupanya anak buah aku nie. Tepat jam 8pm nurse masuk. Operasi yg paling menyayatkan hati akan berlangsung. Kesian Haiqal meronta2 dan menangis bila dipakaikan mask nubelizer (ntah camne ejaannya, cam topeng pernafasan utk mencairkan flame, yakni kahak dalam peparu). Selesai operasi aku dukung dia ke sekitar wad utk memujuk dia. Jam 10 aku ke mapley ngan anak buah aku, Didi utk membeli makanan dan jam 11 aku pulang ke rumah.

Sebelum aku keluar meninggalkan hospital, henpon aku berdering. Seorang teman menelefonku. agak terkejut juga tapi dia masih kawanku. Kami bersembang hampir 20 minit sebelum talian terputus dan dia menghubungiku semula semasa aku masuk ke kereta. Beliau bertanyakan aku beberapa perkara dimana persoalannya meletakkan aku ditengah2 dua simpang. Inilah yg dikatakan diluah mati siput, ditelan mati cipan. Aku cuba memberikan kata2 yg paling adil. Aku harap aku berjaya melakukannya. Dia pernah menjadi kawanku dan aku tak pernah bermusuh dengannya. Mereka juga kawanku dan aku tak pernah bermusuh dengan mereka. Tersepit. Betul gak kata sorang kawan aku, "ko nie ina, nampak luaran aje brutal tapi hati ko terlalu lembut. Tak sekeras luaran".Aku terkesima dan kini baru aku menyedari kebenarannya. Aku terlalu mudah berlembut hati dan terlalu mudah melupakan dan memaafkan. Sepanjang perjalanan pulang aku cuba menyelusuri sejarah hidupku sejak 23 tahun yg lalu dan ternyata aku gagal menamakan seorang manusia yg aku benar2 musuhi dan marahi. Patutlah aku tak penah ada senarai Rakan Benci. Heran jugak aku. Rakan2ku mostly mempunyai paling koman pon sorang yg mereka sangat2 benci tapi kenapa aku susah sangat nak membenci orang? Benarkah hatiku ini terlalu lembut dan terlalu pemaaf, mudah melupakan? Apa yg mak aku kasik aku makan masa kecik2 nie? Apa pon aku akan cuba berlaku seadil yg aku mampu dan semoga Allah kurniakan aku kekuatan utk menjadi insan yg paling arif dan adil....

Friday, July 04, 2003

SMS oh SMS....

baru balik dari meeting MTU kat Mapley. Since aku nye percentage utk pegi dalam 30%vs70%, maka aku tak konsentrate sangat kat meeting part awal. sibuk layan vcd sg congkak yg si Jebatz siapkan. Sakit perut melihat semula adegan2 melampau ahli MTU. Paling tak tahan, tang si Rini menggesek belon, Anum nangis ngan Garb insaf sebab mengenakan Anum. Best, memang best.

Abis meeting kol 12.30. ntah le actual abis kol brape coz aku blah awal. Mata dah ngantuk, otak dah letih. Sok ada kelas kol 10.30. harap aku tak terlajak bangun. Opismate aku sorang sok balik kg. Siap kirim ikan patin tu. kih...kih...kih... Aku ngan manager le jenuh nak berpulun sampai hari Sabtu. Terpaksa ponteng kelas data comm sabtu nie coz tak cukup staff.

Dalam tgh drive balik umah, tetiba member anto sms. hampeh cipan sungguh. mujur aku baca sampai abis. kalu tak mau terkujat badak aku...

Cepat tgk TV3: Hard Rock Cafe KL dibom, semua tingkat runtuh. Polis sudah tangkap pengebomnya. 127 mati terkorban, 261 cedera, 150 pengsan, 10 hilang dan 1.....kene tipu!!!

Cis..cis..dan cis...patut le aku heran punye ramai umat terkorban dan cedera, muat ke reramai tu masuk Hard Rock......hampehhh....

Thursday, July 03, 2003

Somewhere I Belong...but where?

When this began
I had nothing to say
And I'd get lost in the nothingness inside of me
I was confused
And I let it all out to find that I'm
Not the only person with these things in mind
Inside of me
But all the vacancy the words revealed
Is the only real thing that I've got left to feel
Nothing to lose
Just stuck/hollow and alone
And the fault is my own
And the fault is my own

I wanna heal
I wanna feel
What I thought was never real
I want to let go of the pain I've held so long
[Erase all the pain 'til it's gone] I want to heal
I want to feel
Like I'm close to something real
I want to find something i've wanted all along
Somewhere I belong

And I've got nothing to say
I can't believe I didn't fall right down on my face
I was confused
Looking everywhere/only to find that it's
Not the way I had imagined it all in my mind
So what am I
What do I have but negativity
'Cause I can't justify the
Way everyone is looking at me
Nothing to lose
Nothing to gain/hollow and alone
And the fault is my own
The fault is my own

I will never know
myself until I do this on my own
And I will never feel
Anything else until my wounds are healed
I will never be
Anything 'til I break away from me
And I will break away
I'll find myself today

I wanna heal
I wanna feel like I'm
Somewhere I belong

Wednesday, July 02, 2003

Separa Merdeka

Yahoo....separa merdeka. Mid Term dah abis. Yg kelakonya subjek yg aku tak study sangat tu yg aku pulun dok jawab, yg aku dok study sampai tah hingat dunia yg aku ternganga. Takpelah, final ada lagik. Hari nie aku nak melepakkan diri menghabiskan buku Harry Potter yg baru dan majalah Ujang.....yearrghhhh....

Tuesday, July 01, 2003

Hujan Membawa Rahmat

Letih study semalaman, aku terlewat ke pejabat pagi nie. Mujur aku sempat pegi collect cheque client kat Melawati, so aku bagi alasan aku check komputer kat sana. That's why lambat. heh. Tugas di pejabat takde apa sangat hari nie. Pepagi manager aku bagi good news yg meeting khamis nie batal (yahoo!!) and then ada one of our client akan kasik cheque 15K minggu depan and cask 1.7K esok. Alhamdulillah. Lepas le gaji aku. Dah kekontangan tahap dewa nie. Memandangkan aku ada mid term exam sok (2 paper) bos aku suh aku lepak study. Memang itu pon niat aku ke pejabat. hehehe....

Petang kol 6.30 baru boleh gerak dari opis. Hujan selebat-lebatnya. Kesian wana basah kene hujan sebab aku park kete kat padang. Mujur beg laptop aku kalis air kalu tak lencun le buku network aku. Aku anto dia balik umah dan aku terus pulang. Sehingga kini hujan masih mencurah-curah membasahi bumi. Mata dah berat tapi nota banyak lagi nak baca nie. Database satu pon tak baca lagi nie. Gilo betul lah........

lupakanlah saja diriku
bila itu bisa membuatmu
kembali bersinar dan berpijak seperti
dulu kala

caci maki saja diriku
bila itu bisa membuatmu
kembali bersinar dan berpijak seperti
dulu kala

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin