Birthday paling best dalam hidup ini
lama juga ek aku meninggalkan blog nie. agak sibuk dengan assignment dan kerja2 di pejabat. final exam pon dah dekat.
smalam aku dan geng2 MTU melepak di mapley. Aku sampai agak lewat selepas selesai membeli barang dapur di pasaraya. Sampai aje semua nampak serius. sedang membincangkan isu semasa. Aku join dan mendengar sambil sesekali memberikan pandangan. Kelihatan syuk asik melukis sesuatu sambil menyelongkar kotak warna Anum. Sejuk juga cuaca malam semalam, mujur aku pakai sweater.
Tak lama selepas itu tetiba Anum bangun dan suh yg lain bangun sama. Aku terpinga-pinga lalu aku pun turut bangun. Rupanya diorang menyanyikan ucapan selamat buatku sempena hari jadiku yg lepas. Aku tak sempat utk melihat reaksi org2 ramai disekeliling mapley tapi yg pasti kami peduli apa. Bukan melalak kuat2 pon. muehehehe...terkesima sekejap. Tak penah celebrate best camnie, walaupon sekadar di mapley. Aku menerima sekeping kad penuh dengan ucapan serta sekotak hadiah. Ianya sebuah frame kayu dihiasi kata2 mengenai persahabatan dan merupakan frame tercantik yg penah aku lihat dan hadiah terbesar yg aku dapat. Terima kasih yg tidak terhingga.....kawan-kawan yg susah dan senang bersama.
Hari ke-4 dalam usaha diet. Rasanya aku mula dapat menyesuaikan dengan keadaan. Sarapan pagi hanyalah secawan kopi/nescafe dengan satu sudu kecil gula bersama 3 keping biskut mayat atau sekeping roti bakar. Ubat menahan lapar membantuku sepanjang hari. Tengahari, sepotong tembikai dan air kosong cukup itk membuatkan aku sendawa kekenyangan. Minggu nie aku lihat buat pertama kalinya duit di dompet tidak terluak. Yelah, tembikai dibawa dari rumah (thank ayah sebab sediakannya) dan air mineral juga dari rumah. Kawan2 opis aku heran melihat aku melupakan nasi selama 4 hari. aku hanya memberikan alasan aku takde wang. Aku kira tak lama lagi aku terpaksa juga menceritakan hal sebenarnya. hehehe....
makan malamku samada tuna dan salad atau ratah lauk ikan atau ayam dimasak stim atau rebus. hari nie aku membungkus tomyam ayam. hanya separuh mangkuk mampu aku hirup. kekenyangan. Alhamdulillah. selebihnya aku tinggalkan utk keluarga. Aku gembira kerana keluargaku memberikan sokongan padu diatas niatku ini. Mak aku akan menyediakan sarapan yg boleh aku makan setiap pagi. Thank, ibu. Tengahari tadi aku tidak merasa apa2 melihat kawan2 ku meratah nasi bersama gulai pucuk paku dan ikan keli masak sambal (my feveret). Nampaknya aku dah start bleh kontrol nafsu makan. We'll see how far this can go......
rasa cam bila pakai jean skarang dah kene tambah lubang pada tali pinggang. imaginasi ke realiti nie....?? muahahahaha,.......
No comments:
Post a Comment