Tuesday, July 08, 2003

hari nie antara hari dalam sejarah. Pukul 5.30 petang aku dah terpacak kat umah. kelakar. aku susah nak ditemui di umah sebegitu awal lagi2 hari kerja. agaknya sebab kawan serewang aku cuti kot. anyway, smalam masa kat mid valley (aku pi sana anto notebok utk check), singgah Jusco cari kaset. Semenjak dua nie aku suka bebeno layan lagu slow rock 80an. Sekali ada satu pakej. Dua kaset ngan harga RM16. Fuhh....lagu pon bagus. Sepanjang perjalanan hari smalam ngan hari nie aku dok layan kaset tu. Dan ku sangka2 aku ketemu ngan satu lagu yg dah lama aku cari. Bila di teliti liriknya, seddey tuuu. Yelah, pasal pasangan yg terpisah oleh ajal. Jodoh dan ajal ditangan Tuhan.

Airmata dan Cinta - CRK

disiniku berdiri
ketandusan diri ini
diri ini mengharapkan ku mencari
sang penghuni syurga jiwa
mendendang suara mengusap kalbu
ku lemas dalam terpesona
kehadiranmu menerajang kekusutan
yang lama terdampar disini

bagai telah dijanji
termakbulkah mimpi-mimpi
hujan ku mentari
terciptalah sang pelangi
irama lagu silam mewarnakan
idaman kalbu kesampaian
bulan memancar cahaya tanda rela
ikatan percintaan kita

kini tercapai sudah mahkota insani
takkan bermakna benih pastikan menjadi
kerana yang maha kuasa lebih menyanyangi

dikau pergi tanpa pesan
tinggalkan ku dalam kepasrahan
cinta ku yg suci bagai tak kesampaian
terputus ditengah jalan

hanya air mata doa
yang dapat ku iringkan bersama
kepada Yang Esa kupohonkan semoga
tempatmu disisi-Nya

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin