Best:
1. First time seumur hidup aku blajo subjek akaun aku berjaya siapkan akaun tu terus imbang (balance debit and credit). Sebetulnya aku tak suka subjek akaun. Dulu sanggup tadah kepala menampung fakta biologi semata2 nak elak akaun. Tapi kat unitar nie kene amik gak. Mujur lecturer akaun kat sini best sampai aku yg tak suka akaun pon dah jatuh cintan. Huhu...selama nie blajo akaun tak penah2 balance, masa exam terus balance....harap2 betul le jawapan tu.
2. Subjek yg aku study ciput2 iaitu Accounting and Transaction Processing System. Subjek nie aku dah amik semester Januari aritu tapi lepas aje mid term exam terus aku berkawad ke academic office utk drop subjek tu. Mujur exam paper tu aku masih simpan dalam fail. Tuhan nak tolong, tergerak hati nak study soalan tu and buat skema jawapan. Harap hafal aje le. Sekali masa exam smalam, rasa tatau nak jawab mana satu. Kluar balik sejibik-sebijik...Alhamdulillah, kali nie le nampak aku tak sempat nak termenung masa exam.
3. Aku dah start membuat lawatan ke kedai2 second hand car and kedai Proton. Ada beberapa yang menawan kalbu (menjerut poket lagi banyak). Nak amik kete seken (second), risiko keadaan kete le plak. Bayar bulan2 boleh tahan, sket lagi nak cecah kete baru. Smalam ada satu kedai tu tunjuk kat aku Wira 1.3 baru pakai setahun (mileage pon 17000 je) tapi ntah, cam tak confident le plak. Entah2 penah eksiden, entah2 dah ada org mati dlm kete tu (hampeh, idea member aku) takpon silap2 dah dicemari oleh org bikin projek dlm kete. Cehhh.......nampak gaya amik kete baru le kot. Omakkk....sapo nak tolong den bayo duit muko keto ni????
4. Semalam berbuka posa kat Great Eastern Mall. Wow..siap pasang azan kat speaker lagi. Bergema satu bangunan. Makan kat Chicken Rice Shop....sodapp....
5. Aku dah jumpa charger GP 2300 yg aku dok melilau cari satu KL selama nie. Rupa2 nya ada dijual kat Carrefour Wangsa Maju..cis...ciss dan ciss...
Hampeh:
1. Credit card direct access tak lulus lagi. bukan tak diluluskan, dorang belum proses borang. lambatnya......
2. Aku punye le sedih sebab laptop aku buat hal. Ingat nak anto kedai, tapi teringat plak kompeni yg nak anto pc baru kat opis nie. tanye dorang, dorang bleh repair laptop. minta tempoh 1 minggu. smalam aku tepon, depa kata tak sempat buat lagi. Arghhhh.......jangan kata aku taknak nolong orang Melayu meniaga. Orang Melayu yg taknak tolong diri sendiri. Terpaksa aku nganto ke kedai bangsa lain. cis..cis...dan ciss......bukan aku taknak bayo. nak bayo pon dorang taknok repair. respek aku kat kedai second hand cino tak jauh dr umah aku (laa..cian kedai depa. aku gi nengok kete 2 hari lepas. dah sangkut sama 1 atos hitam. smalam aku dengo radio RMKL, kedai tu kene rompak dek 7 orang India bersenjatakan parang. Ngan 3 biji kete kene angkut termasuk atos...huwaaa...), depa offer wira 1.3 tapi kalau bleh aku nak carik 1.5. dorang janji akan tolong carikkan. baru 20 minit aku sampai umah, budak tu dak tepon offer aku wira 1.6. alahai...copek bonar ekau buek kojo. aku tolak elok2 sebab tak minat.
3. aku teringin nak berbuka posa kat Menara KL tapi dorang kata ia hanya dibuka untuk tempahan saja. Tunggu aku jadi jutawang le kalau nak suh aku open table ramai2 kat Menara KL nun....
4. Kete yang aku minat tu dalam stok cuma ada kaler hitam aje...pulak. Jenuh aaa kalau kene taik burung, nampak dari sebatu!!
No comments:
Post a Comment