Monday, October 18, 2004

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Amacam puasa? Hari pertama tu maybe perit sket kot sebab perut terkejut. Lama2 okaylah. Cuma satu je, godaan tidur di bulan puasa nie hebat sungguh. Nikmatnya berbeza berbanding tido di bulan biasa. Nyenyak semacam aje. apa2 pun takleh dilayan sangat tidur nie, tak silap sherrina tidur terlampau banyak semasa puasa hukumnya makhruh (betulkan jika silap). Buka posa kali nie sempoi cam tahun lepas. Ayah sherrina kata dah taknak perabis duit banyak2 utk berbuka. Cukup dengan lauk yg ada. So far kitorang tak berkesempatan lagi membeli juadah di Pasar Ramadhan. Tapi sesekali lalu dikawasan pasar yg slalu sherrina pegi (di AU5), dah tak riuh macam tahun2 yg lalu. Mungkin tak ramai peniaga menyertai pesta kali ini dan juga dijangka pembeli pun akan berbelanja seadanya setelah pengumuman kenaikan harga minyak baru2 ini disambung pula dengan pesta kenaikan harga barang-barang harian. Cuma yang tak kurang ialah mercun. Belum apa-apa lagi, tiap2 hari ada aje bunyi mercun berkumandang. Stok tahun lepas agaknya. Kalau disimpan dgn baik, tak masuk angin. Masih boleh guna.

Sinonim dengan kehadiran bukan Ramadhan, antara pihak yang berlumba-lumba cuba memancing orang ramai untuk menghadirinya ialah buffet berbuka puasa (selain drpd solat terawih yg ditunggu2). Hampir kesemua hotel tampil dengan menu dan harga masing2 yg berbagai-bagai citarasa. Sherrina terjumpa list ini di Forum Cari.com.my dan mungkin ada antara anda yang hendak berbuka puasa secara buffet, boleh le pilih mana yang berkenan di hati, di perut dan di poket. Klik Berbuka di Hotel. Bagi sherrina, kalau ada peluang dan duit, teringin nak berbuka puasa di Menara KL. Boleh tenguk pemandangan matahari terbenam.



Selamat menjalani ibadah puasa. Jangan sampai jadik cam gambo dibawah ni ;)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin