Sampai di Times Square, kami singgah breakfast/brunch di Marrybrown. Kemudian masuk ke pawagam jam 12pm. Ingatkan takde orang, rupanya 3/4 penuh. Hmm...not bad. Baca review di Forum CARI pun nampak memberangsangkan.
Lepas menonton, I would say...hey, this film is not that bad. Masa mula2 masuk tu persepsi negatif belaka lah. Ni mesti sisa2 macam Impak Maksima, Remp-It dan sekufu dengannya. Well, ia berkisarkan kehidupan masyarakat di bandaraya KL yang dari golongan bawahan. Sherrina sungguh enjoy tengok citer ni sebab kita bleh tengok camne life orang-orang begini (tatau le realiti 100% ke tak) dan persekitaran kehidupan mereka. Rumah flat yang kotor dan buruk dikawasan yang kiranya dark area lah sebab penjual dadah dan penhisap dadah berada disekitar itu. Dan cukup enjoy tengok persahabatan mereka berlima (Farid Kamil, Maya Karin, Adiputra, Raja Farah dan 2 lagi mamat yg tatau namanya). Cara mereka bergurau, berbual dan sebagainya nampal natural dan sedikit sebanyak mengimbau kenangan masa skolah dulu (cuma idok le sampai tahap sepak2 punggung orang, tunjal2 dahi orang tu semua)
But I don't highly recommend citer ni untuk budak-budak lah sebab ianya agak ganas. Dengan speak terajang yang nampak real dan bahasa-bahasa rojak yang tak sopan, takut budak terpengaruh. Dan filem ini membuatkan Sherrina ketawa, geram, marah dan menangis. Watak paling kelakar rasanya dibawa oleh Adiputra (especially tang dia nyanyi sambil pegang janggut Farid Kamil tu) dan gaya penjahat berjambul merah ala burung kakaktua yang samseng ala Kampung Dusun. Paling geram tengok watak Zul Huzaimy yang mengedarkan dadah dan menjadi ah long yang kejam (well, ada ke ah long yang lemah-lembut :p ). Paling marah dengan watak polis dalam citer ni yang ntah hapa-hapa le pi rembat Bonda tu yg tengah balun pencopet duitnya (merepek je cara polis dlm citer ni) dan menangis tang Adiputra kene tembak oleh kuncu-kuncu Tajul (Zul Huzaimy) sebab kononnya dia curi dadah dan jual sendiri walhal ia perbuatan Jehan Miskin (padan muka kene hentak muka kat cermin kete pastu kene tembak sampai mati...wahahaha)
Overall, citer ni boleh layan lah dan tak rugi le duit menontonnya. Scene paling menarik ialah masa mereka lari sambik Farid Kamil mengendong Bonda kemudian dikepung oleh polis di sebuah lorong gelap berlatarbelakangkan KLCC. Banyak scene dlm filem ini memperlihatkan kemunduran dalam kemajuan, sisi hitam bandaraya KL. Menarik dan mengujakan. Masa berjalan kaki balik, Sherrina dan Mas melihat-lihat sekitar kawasan Pudu dan mengagak flat mana agaknya menjadi tempat dorang shoot.
Pelbagai pendapat diberikan mengenai cerita ini yang mana menarik untuk dibaca. Contohnya, ulasan Faisal Tehrani mengenai filem ini. Menarik untuk dibaca dan difikirkan.
Lepas tengok filem, jalan-jalan dan makan di Johnny.
Steambot yang enak
Udang besar berwarna merah selepas dimasak
Macam sedap aje...
Habis urusan di Times Square, kami pulang untuk ambil kereta ke kedai Yohanis pula (tauke Restoran Serai Wangi) untuk membincangkan persiapan majlis pertunangannya hari Ahad ini. Wah, seminggu ni ada 3 majlis. Banyaknya makan percuma :)
No comments:
Post a Comment