Entry Tertunggak (ET) kali ini ialah mengenai Pesta Buku Antarabangsa yang Sherrina lawati kali kedua pada 12 April 2008. Kali pertama pergi masa
hari pertama ia dibuka. Kali ni agak special sebab ada pelancaran buku
Faisal Tehrani yang baru iaitu Detektif Indigo Kembali. Ramainye orang, sampai berlaga-laga bahu. Yang bestnya bila ke booth Ameen, dapat jumpa lagi dengan Faisal Tehrani. Yang lagi best ialah dapat borong 5 buah buku tulisan FT yang Sherrina belum beli termasuklah satu buku yang Sherrina dah give-up mencari tapi tak sangka ada dibawa di Pesta Buku iaitu Tunggu Teduh Dulu. Sempat berbual dengan FT dan beliau sudi menandatangani kesemua buku yang Sherrina beli. Yippee!!
Saudara FT sedang melayan peminat
Jam 5 petang, saya ke pentas utama untuk menyaksikan perasmian buku FT dan buku seorang penulis dari Singapura.
Saudara FT membuat ulasan mengenai karya beliau.
Tak sia-sia mengharungi lautan manusia, dapat melengkapkan koleksi karya Faisal Tehrani. Ketika berbual, FT bertanya Sherrina datang dari mana. Bila Sherrina jawab Wangsa Maju, FT kata "ohhh..itu kawasan permainan Makcik Musalmah"...hahaha...sapa2 nak tau siapa Makcik Musalmah, lawatilah
blog beliau :)
No comments:
Post a Comment