Pada 21 April yang lalu, Sherrina telah dijemput untuk mengendalikan kursus Microsoft Access di APIIT. Ini adalah pengalaman pertama mengendalikan public course selain first time kene ngajar dalam English. Mujur juga majoriti peserta adalah melayu, so boleh le rojak-rojak. Mengajar kursus public ni agak mencabar kerana kita tatau siapa peserta dan latarbelakang mereka sehinggalah hari kelas. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.
Habis je sesi training di hari ketiga, sherrina dan member berkunjung ke sebuah restoran baru di Ampang-Ulu Klang. Namanya Intai-Intai. Kenapa namanya gitu? Memang kene intai baru nampak kedai. Tersorok di belakang bengkel kereta. Kat sini suasanya tenang aje sebab di pinggir hutan. Dan yang menguruskannya ialah En. Bahar iaitu warden asrama Akademi Fantasia. Saya pun tatau, kawan saya yang bagitau. Mana ada Astro di rumah :p
Tomyam seafood. Sedap bangat. Tak masam sangat, tak pedas pijar. Mmg hirup sampai habis le.
Ayam masak sweet sour kot..arghhh..lupa namanya. Nama makanan kat sini pelik2, ikut nama siam.
Udang butter prawn. Takleh celen butter prawn di restoran kat Uniten tu. Lagi syok.
Jus Bango (Banana+Mango) dan jus Orenchee (Orange+Lychee)
Makanan disini sedap-sedap. Suasana pun best, romantik. Sesuai le ngan harganya yg agak mahal. Kira leh gi le bila ada special occasion. Kalau hari-hari, parah gak :
*percubaan mengambil gambar menggunakan kamera Olympus dengan setting Cuisine
No comments:
Post a Comment