Sunday, June 01, 2008

Dinner at Carousel Restaurant

Sherrina dan member berpeluang makan malam di Restoran Caraousel di Palaca Of The Golden Horses hotel semalam kerana menggunakan voucher buy 1 buffet free 1 buffet. Apabila melihat iklan2 buffet hotel, Sherrina slalu tertanya2 apa yang dihidangkan di hotel yang mengenakan bayaran buffet sehingga RM70 seorang. Maka apabila ada peluang ini, tidak dilepaskan. Bila dibahagi dua, dalam RM35 seorang.

Setelah menempuh jem di petang Jumaat yang di tahap dewa, selamat sampai ke Palace Of The Golden Horses jam 8.30pm. Sempat buat reservation sambil menunggu dalam traffic jam. Tak ramai orang pun. Cuma ada beberapa pelanggan dan peserta kursus MELTA. Tertinjau-tinjau gak kot Miss Misty Adoniou ada tapi tak nampak bayang. Kalau ada, sure dia inform nak turun KL. Back to buffet...lepas diberikan meja dan tinjau2 makanan yg ada..makan timeee...


Macam-macam adaaa...



Sup ada, rebus-rebus pun ada, goreng-goreng pun ada...



Nasi minyak, sup gearbox (first time makan), salmon dan kentang putar


Layan mee sup pulak. Sendiri pilih dan sendiri rebus. Taruk udang banyak-banyak..hehe..


Ketam, udang dan ikan bakar...rasa nak je ketuk ketam ni kat meja. Geram sebab takleh nak melantak macam dirumah


Seafood segar. Makan mentah2 dengan perahan limau. Tak reti den. Kalau reti, dah licin dah kene kebas nih..huhu...geram je nengok satu-satu...


Hantu sushi tentu suka....unfortunately saya tak suka sushi :(


Kek ada, puding ada, chocolate ada...makan ni 2-3 round


Macam-macam aiskrim ada....macam-macam toppings ada....


Layan anggur aje....sebab yg tu paling mahal..hehehehe...

Kol 10.30 beredar dari restoran. Yelah, chef dah mengibas apron...tak paham-paham lagi. Muahahahaha....akhir sekali minum secawan kopi. Puas hati le makan, semuanya syedap-syedap belaka. Cuma satu je heran, air yang dihidangkan cuma air kosong. Takde air kaler-kaler ke? Lupa nak tanya tapi memang dah cari merata-rata, takde air lain. Kopi pun mula-mula tak jumpa sampai le tanya kat waiter. Rupanya kene request dan dorang akan serve.

Apa pun, makan di restoran ini sangat sedap dan puas hati. Cuma nak pegi lagi, pikir soploh kali gak lah dengan harga yg begitu. Unless dapat kupon lagi....horrayy!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin