Wednesday, June 25, 2008

Jubli Perak MRSM Terendak - Jumaat

Perghhh...bersawang blog ni. Terbiar gara2 memang tahap gaban nye busy apabila sudah mencecah 7 hari menjelang Jubli Perak. Tapi apa pun, hasilnya sangat memuaskan hati. Jom layan laporan Jubli Perak

Jumaat, 20 Jun 2008.

Saya masih di rumah kak Aidrina. Dah 2 malam saya berkampung di rumahnya menyiapkan kerja2 akhir Jubli Perak. Dan seriously, tak packing apa pun. Kol 10 pagi, gerak dari umah dia balik rumah. Packing cepat2, dlm hati doa2 takde le mende penting yg tinggal. Pastu drive ke Carrefour utk potong seluar. Nak pakai masa perasmian. Dapat lak call, baju AJK bermasalah. Alamakk...terpaksa drive ke kedai tersebut dan test. Rupanya salah saiz, ketat ya amat. Mati. Lepas bincang2, tukang jahit setuju utk ubahsuai. Sabtu pagi, kak Intan dan abg Iznor yg datang ke Ismah Resort di Melaka selepas subuh akan pass baju tu. Ntah sempat gosok ke tidak.

Berkumpul di rumah kak Aidrina jam 12.30 tengahari. Kereta Mejar Haryadi, Shimi, Malyoi dan abg Azmi dah menunggu. Lepas packing laptop yg tersadai di ruang tamu, Sherrina punggah barang ke kereta Shimi. Parking my kereta kat rumah kedai tak jauh dari situ dan kami bertolak. Malyoi tinggal sebab dia jalan ngan kak Aidrina sefamily yg ketika tu masih blom packing pun lagi. Sibuk nye pasal.

Plan asalnya nak berkonvoi tak berapa menjadi. Kete kami dan abg Azmi sampai selepas tol Sg Besi, Zaitie lak sangkut sebab dia amik exit lain. Tak lama tu, Kamarul SPM 92 lak join konvoi kami. Sempat rembat sandwich di Dunkin Donut (lapar gile tak hengat) dan kami bertolak ke maktab. Kene sampai maktab before 3.30pm utk rehearsal.

Kami tiba sedikit lewat dibelakang kereta abg Azmi dan dengan selamba je pakai pass Jubli Perak masuk ke Kem Terendak walaupun dah tahu yg pass tu bertarikh 21 Jun. MP tahan dan tanya seribu soalan. Lepas agak2 puas hati, kami dilepaskan. yahoo..takyah tinggal IC dan boleh ke Ismah Resort ikut pintu belakang.

Sampai di Balai Pelajar, rehearsal baru bermula




Abg Azmi dipaksa menyamar menjadi tetamu VVIP semasa rehearsal


Tak lama kemudian, trak askar sampai bersama muatan dari KL. Goodie bag, majalah, mineral water dan mcm2 barang.


Lepas habis rehearsal, kami menonton pula rehearsal nasyid utk persembahan semasa dinner nanti.


Sebelum pulang, sempat bergambar kenangan di monumen 25 tahun ini hasil design Zaitie dan binaan oleh abg Muzammel

Sampai di Ismah Resort ingatkan terus rehat. Tak....pegi makan plak kat kedai bawah pokok depan pantai tak jauh dari Ismah. Sempat minum air kelapa dan makan kuey tiow goreng utk alas perut. Baru balik ke resort utk mandi, rehat dan bersiap ke maktab utk tahlil. Kami tiba agak lewat. Solat maghrib dah bermula. Saya berjumpa dengan team photographer Polini yang ditugaskan membuat liputan Jubli Perak selama 3 hari ini. Bawa team beliau ke surau MRSM Terendak.

Ingatkan tak ramai yg turun, melimpah sampai ke luar. Adik2 di maktab mmg diwajibkan hadir, alumni pun ramai yg turun. Begitu juga cikgu2. Dapat le masuk dlm surau dan lepak di port yg lama (belakang skali sandar ke dinding). Lainya surau ni ialah partition utk girls lebih besar dari boys. Ini sebab student perempuan lebih ramai. Lepas bacaan Yassin sementara menunggu Isya' Sherrina dipanggil oleh kak Shireen yg duduk di bahagian tengah. Rupanya ada cikgu yg mencari saya. Cikgu Niryati dok mencari saya dan nak tau siapa saya. Sebabnya tugas saya before Jubli ialah call every ex-teacher dan jemput ke majlis. So diorang wonder siapa Sherrina ni. hehe...glamer kejap. Tak penah blaja ngan Cikgu Niryati, ni baru first time jumpa. Selain tu cikgu Wan Ainizah ada, cikgu Sharlina (kimia) ada, Ustazah Rus dan ramai lagi.

Satu perkara yg terjadi ialah saya terlupa membawa senarai nama arwah yang telah dikumpulkan. Ustaz Wahab dah bertanya. Saya mmg menggelabah habis le sebab lupa nak print. Lupa langsung. Keluar dari surau ingat nak dapatkan signal wifi nak bukak forum. Takde. Ustaz Wahab cuma menyebut beberapa nama yg beliau tahu dan akhirnya menyebut semua bekas pelajar MRSM Terendak dan bekas guru yang telah meninggal dunia. Semasa tahlil juga, buku Yassin cetakan khas edisi Jubli Perak diedarkan dan disedekahkan kepada hadirin.

Lepas tahlil, kami ke kantin utk jamuan ringan. Berlakunya kejadian lucu. Semasa Sherrina nak cedok nasi, nampak 2-3 orang pemuda berdiri ditepi memberi laluan. Sekadar beramah-tamah, Sherrina menegur. "SPM tahun bila?" Dengan tersipu-sipu, salah seorangnya menjawab, "kami guru disini" Alamak...malu giler!! Macam mana Sherrina takleh cam. Rupanya Ustaz Tony. Dah terdetik dalam hati, muka mamat ni macam familiar. Senior ke junior? Rupanya cikgu daaa.....inilah jadinya kalau cikgu ada yg umur lagi muda. Kehkehkeh...

Habis program di maktab, masing-masing menyerbu nak balik Ismah. Sebab apa? Nak karaoke lah....Balan ngan anak2 (family kak Aidrina) dah layan dah. Sebelum ramai menyerbu, nyanyi cepat2. Kang kene buat keje, dah takleh karaoke. Sempat le payan 5-6 lagu sampai kol 12 tengah malam sebelum beredar ke dewan makan yg menjadi bilik gerakan Jubli Perak.


Zaitie nyanyi sakan


Malyoi jadi tokey karaoke sblm diambilalih oleh anak2 kak Aidrina



Dah puas karaoke, bergerak ke bilik urusetia. Banyak keje menanti daa. Saya dan kak Aidrina yg last skali meninggalkan bilik ni. Kol 4.30am. Mata dah takleh bukak. Jangan terlajak tak bangun ke majlis perasmian, sudah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin