Mengulangi subjek dan silibus yang sama tetapi kali ini pendekatan lebih santai dan lebih banyak tips-tips dikongsi bersama. Malah sempat buat kuiz dimana 5 pemenang terpantas diberikan hadiah. Kebetulan pula kelima-lima hadiah dimenangi peserta wanita, sukalah mereka dapat keychain comel.
Dah lama tak bermain dengan Lumix FZ3. Kesian Lumix FZ3 terdampar aje semenjak dah ada Olympus 795 SW. Kali ni bawa Lumix plak, dah lama tak main dengan kamera ini. Rasa rindu plak.
Terpaksa diconteng-conteng takut ada lak peserta akan dtg yg terjumpa blog ni, nampak plak kertas soalan exam :p
Oleh kerana minggu lepas Sherrina diserang sakit kepala ketika peperiksaan dijalankan (barangkali kerana stress) maka kali ini strategi telah diubah. Bertemankan alunan muzik instrumental yang juga membantu peserta menjawab dengan tenang serta secawan Nescafe 3 in 1 (mujur ada mesin air dlm makmal), maka perjalanan sepanjang 2 jam peperiksaan berjalan dengan lancar.
Selepas selesai semua, mengucapkan selamat tinggal kepada mereka dan mengumpul semua kertas jawapan dan disket, Sherrina memandu ke Cineleisure untuk merelakskan diri sambil menghadiahkan diri sendiri yang telah berjaya menjayakan 2 sesi kursus tanpa sebarang masalah dengan menonton filem James Bond, Quantum Of Solace. Best, jika anda meminatinya. Nanti saya tulis reviewnya ya.
Minggu yang baik sekali, harapnya minggu depan adalah lebih baik daripada minggu ini.
No comments:
Post a Comment