Thursday, November 13, 2008

Teater Muzikal Impak Maksima

Semalam tengah2 makan kat food court Alpha Angle, member call. Bagitau dapat tiket Impak Maksima Muzikal free malam tu gak. Alamak, nasib baik blom balik umah dan nasib baik masih pakai baju keje. So apalagi, on lah. Kol 8 sampai di Istana Budaya

Ramai orang dan nampak ramai artis tapi rasanya malam tadi tu special preview ke apa kot. Sebab tiketnya bentuk lain, tak macam tiket Istana Budaya yang biasa. Dah tu free seating lak, kitorang disuruh duk depan pentas, 5 row dari pentas.

Jalan ceritanya ok lah. Aksi drift tu ada few times, bukan le racing atas pentas tapi dorg drift kat satu area, pusing2 few times. Cuma bila duduk dekat sgt dengan pentas, suara pelakon at certain time tu bunyinya kembang so tak tangkap apa mende yg dorang cakap. Dah le banyak nyanyi2 (muzikal kan) dan most cerita disampaikan dalam lagu, tak dengar sangat plak tu. Tak syoklah dok depan sangat.

Kali ni takde break di tengah2 pementasan macam teater yang lain-lain. Mungkin kerana tempoh masanya tak sepanjang teater lain kot. Mula kol 9 dan habis kol 10.30 kalau tak silap. Lakonan yg paling best bagi Sherrina ialah lakonan Dina. Kelakar habis. Overall oklah, sebab tak penah ikut filem Impak Maksima mahupun drama, so agak blur2 lah. Tapi part penari2 tiba2 serbu ke pentas dari belakang tu gempak lah, tetiba je muncul kat tangga dari tepi seat.

As usual masa penutup biasa2 je, takde pun standing ovation. So far gi teater tak penah lagi tgk ada standing ovation (except masa konsert Sheila Majid kat KL Convention Centre dulu). Malaysian ni kedekut nak kasi standing ovation. Oh ya, kali ni before pementasan bermula kene nyanyi lagu Negaraku. Rasanya dulu2 takde.

Habis je citer, semua serbu keluar. Ada yg amik peluang bergambar ngan pelakon. Usually takde sesi sign autograf tapi kali ni ada lak.



Ahmad Idham dan anak2 saudara Mas


Zulhuzaimy


Zed Zaidi @ D'Boy





Punya seronok budak2 tu dapat bergambar dengan pelakon. Thanks to Zed Zaidi @ D'Boy yang kasi kitorang tiket free. Zed Zaidi ni kawan baik member Sherrina. Sherrina kenal gak Zed Zaidi ni masa zaman skolah. Dulu Sherrina dan Zed Zaidi (dulu panggil D'Boy) ni naik satu bas skolah for 2 years (Zed Zaidi skolah St John, Sherrina di CBN) and slalu kacau2 dia sbb dulu dia pemalu sangat. Besides, dia slalu jadi mangsa kitorang untuk jadi tukang beli aiskrim dan keropok dlm bas...hahahaha. Bila dah beso, tak sangka lak jadi pelakon.

Overall teater ni oklah, kalau yg ikut citer Impak Maksima ni mesti enjoy punya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin